fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Membaca Pribadi Hebat

Buku ini sarat dengan hikmah dan pelajaran motivasi dalam pembinaan karakter peribadi. Iya, sebagai seorang manusia, peribadi merupakan cerminan kepada keluhuran yang terdapat dalam diri kita.

Malah, muka depan buku ini juga terpampang nukilan Buya HAMKA yang tertulis, “Bebanmu akan berat. Jiwamu harus kuat. Tetapi aku percaya langkahmu akan jaya. Kuatkan peribadimu.”

Walaupun buku ini nipis dan halaman muka suratnya tidak sampai 200, namun ia kaya dengan buah-buah pelajaran dan hikmah. Buya HAMKA terlebih dahulu mendefinisikan tajuk yang sesuai untuk melatari buku ini.

Sebenarnya buku ini lebih kepada pencerahan mengenai personaliti orang-orang hebat. Malah, terma dan definisi personaliti adalah tunjang kepada penghasilan buku ini.

Buya HAMKA mendefinisikan menuliskan personaliti dari sudut bahasa Inggeris sebagai personality dan Persoonlijkheid bagi bahasa Belanda.

Namun, istilah itu sepertinya kurang popular dalam kalangan masyarakat Indonesia ketika itu. Iya. Ia agak asing. Maklumlah, ketika buku ini dihasilkan pengunaan istilah sebegitu masih agak kurang digunakan. Sebagaimana yang Buya HAMKA selalu nyatakan dalam kebanyakkan bukunya, yang menyatakan bahawa masyarakat Indonesia masih lagi ramai buta huruf ketika itu.

Maka, Buya HAMKA cuba merungkai maksud dan mengenal pasti suatu istilah yang lebih dekat dengan masyarakat ketika buku ini diterbitkan (1950).

Akhirnya, Buya HAMKA memilih perkataan ‘Pribadi’ (Peribadi) untuk digunakan dalam buku ini, sebagai ganti kepada perkataan Personaliti yang merujuk kepada kehebatan peribadi seseorang individu.

Buku ini dimulakan dengan penceritaan bahawa kepentingan peribadi kepada seseorang. Malah, nilai dan martabat seseorang manusia itu sebenarnya terletak kepada peribadi yang dimilikinya.

“20 ekor kerbau yang sama besar dan sama kuat, pasti harganya tidak jauh berbeda. Namun, jika 20 orang manusia, yang mempunyai kemampuan dan kekuatan yang sama, pasti nilainya jauh berbeda.”

Kerana bagi seekor kerbau yang berharga adalah dagingnya. Sedangkan bagi manusia yang berharga adalah peribadinya.”

Tajam.

Itulah ungkapan yang memberikan tasawwur mengenai kepentingan nilai peribadi dalam kehidupan manusia.

Buya HAMKA juga mengajak pembaca untuk lebih memahami beberapa perkara yang menjadi pemangkin kepada pembentukan peribadi. Didalam buku ini terdapat sepuluh bahagian yang merungkaikan soal pembentukan dan sejarah hebat soal peribadi.

Terdapat satu bahagian khusus yang memperihalkan pengaruh keadaan kepada peribadi bangsa Indonesia, selepas pasca kemerdekaan. Apabila kita menanggapi peribadi seringkali yang bermain di fikiran kita adalah ciri-ciri luaran yang dapat kita lihat.

Malah, dalam konteks psikologi, personaliti merupakan suatu karakteristik luaran yang dapat dilihat melalui ekspresi wajah, sahsiah, tingkah laku dan pelbagai kaedah luaran lain.

Malah psikologis moden seperti Butler dan Scurlock-Evans (2013) berpendapat bahawa Personaliti adalah merujuk kepada sistem psikososial yang membentuk ciri kelakuan, pemikiran dan emosi.

Al-Imam Ghazali pula berpendapat bahawa personaliti merujuk kepada sahsiah dan akhlak yang dimiliki oleh seseorang.

Namun, dalam buku ini Buya HAMKA menjelaskan dengan lebih terperinci, bilamana suatu peribadi yang hebat itu bukan sahaja memiliki karakter luaran yang hebat, malah turut memiliki karakter dalaman yang luarbiasa.

Ini dapat kita lihat bilamana individu-individu yang Buya HAMKA nyatakan di dalam buku ini, semuanya manusia-manusia yang luar biasa.

Sehinggakan Buya HAMKA dalam prakata menjelaskan,

“Mereka terdiri daripada beberapa orang, namun bernilai ratusan orang. Orang-orang seperti itulah yang membentuk sejarah hebat dan besar kerana berani bertanggungjawab dan tangkas menetapkan suatu jalan yang akan ditempuh. “

“Kerana itu, boleh dikatakan bahawa fikiran umum (persepsi) dibentuk oleh beberapa orang sahaja.”

Buya HAMKA juga menjelaskan dengan mengatakan bahawa individu yang memiliki peribadi hebat ini juga adalah insan biasa. Yang makan beberapa kali dalam sehari seperti orang lain, hidup dan berperwatakan seperti manusia biasa.

Bezanya, mereka memiliki kekuatan dan usaha yang jauh lebih baik berbanding orang lain, untuk menjadi insan yang memiliki kekuatan peribadi.

Malah untuk menjadi seseorang yang mempunyai peribadi yang hebat, antara persoalan pokok yang paling penting adalah kita perlu mengenali diri kita sendiri terlebih dahulu.

Seperti mana nukilan Socrates di dalam buku ini yang menjelaskan,

“Kenalilah siapa dirimu, kenalilah peribadimu sendiri!”.

Ini penting dkerana hanya dengan kita mengoreksi diri sendiri, kita akan tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita.

Jauh daripada itu, untuk membangunkan pembentukan peribadi hebat datang daripada pelbagai aspek dalam segenap kehidupan.

Boleh jadi kita perolehi daripada pergaulan yang luas, pendidikan, latar masyrakat dan boleh jadi juga pengalaman sosial yang kita perolehi. Buya HAMKA mengatakan bahawa kesemua itu merupakan Guru yang akan membentuk kepada kekuatan peribadi dalam diri manusia.

Peribadi hebat juga sebenarnya memiliki kekuatan pendirian dalam apapun soal dalam kehidupan. Malah, ramai individu-individu hebat yang memiliki sifat seperti ini.

Hal ini timbul daripada kepercayaan mereka kepada kebenaran melebihi pendirian mereka sendiri.

“Dalam memilih suatu pendirian, kita tidak perlu takut akan dibenci oleh orang lain. Sebab hal itu adalah berdasarkan pandangan dan pembelajaran kita.”

Kita pun bersedia mengubahnya jika ada alasan yang kuat untuk membantah pendirian kita. Jika telah berani menentukan pendirian, mengapa kita tidak berani mengubah pendirian jika ternyata salah?

“Bukankah yang menjadi pokok segala pendirian adalah menuntut kebenaran?”

Intipati dalam teks yang dinukilkan oleh Buya HAMKA jelas menunjukkan bahawa peribadi hebat, bukan sahaja mempunyai pendirian yang jelas dan tetap.

Namun, pendirian juga boleh diubah berdasarkan kebenaran yang bercanggah dengan pendirian yang telah kita rangkumkan.

Itu bukanlah barometer bahawa kita tidak mempunyai pendirian yang tetap, melainkan ianya adalah satu isyarat, bahawa peribadi hebat terikat kepada kompas kebenaran yang jelas dihadapan mata, walaupun ia perit dan pahit dengan prinsip yang kita percaya dan anuti.

Begitu cantik, halus dan berseni sulaman kata yang digunakan oleh Buya HAMKA dalam buku ini.

Buku ini juga begitu sarat dengan contoh daripada individu-individu dari pelbagai cabang dan lapangan kehidupan. Penerapan unsur-unsur yang menguatkan peribadi juga dirungkai kepada pembaca. Peripentingnya unsur pengolahan unsur sebegini adalah untuk menambah nilai kepada pembaca.

Memiliki tujuan, keinginan berkerja, rasa wajib, pengaruh agama dan iman, pengaruh solat dan ibadah merupakan kunci utama yang dijelaskan oleh Buya HAMKA.

Ini adalah sebagai manifestasi bahawa untuk mengapai kualiti keperibadian yang unggul dan hebat, perlu ada acuan dan transisi yang dilalui, malah terminal insaniah ini pastinya berbeza bagi setiap individu hebat yang dihasilkan.

Namun, kesemua peribadi hebat ini sudah tentu melalui denai-denai yang sangat sulit jika dibandingkan orang kebanyakkan. Kerana itulah harga yang perlu mereka bayar.

Akhir sekali, Buya HAMKA menukilkan bahawa orang yang memiliki peribadi hebatbukan sahaja berani menongkah arus, malah mereka tidak takut dan cemas saat melakukan sesuatu perkara yang sulit bagi orang lain laksanakan.

“Pekerjaan yang besar menurut orang lain, dipandangnya seperti hal yang wajib dikerjakannya”

Sebelum mengakhiri catatan di dalam buku Peribadi Hebat ini, Buya HAMKA meninggalkan suatu coretan yang saya kira cukup meninggalkan aura positif kepada pembacanya.

“Hari telah hujan semalam, sekarang Matahari telah terbit, cerah langit sepagi ini.

Mari kawan, kita maju ke depan bersama-sama, riang gembira!

Mari!

Nasib kita, kita sendiri yang menentukannya!”

Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan untuk menyuntik dan mengambil ibrah dan hikmah. Begitu banyak pendekatan orang-orang hebat ketika menyelesaikan masalah besar, yang bersangkut paut dengan maruah, nyawa dan negara.

Malah, Buya HAMKA tidak hanya mengambil contoh daripada ilmuan Islam yang terkemuka, malah tokoh-tokoh orang hebat dari dunia Barat juga turut diselitkan dan dirangkumkan.

Sungguh, kehebatan Buya HAMKA sangat terserlah bilamana beliau dapat menghubung jalinkan kisah peribadi Hebat dari dunia Islam dan Barat untuk dijadikan nilai tambah kepada pembaca.

Konklusinya, buku ini sangat inspiratif dan penuh dengan pelbagai kisah-kisah yang menarik, malah kaya dengan maklumat yang dapat membuka lembaran dan dimensi baharu kepada pembaca, mengenai perspektif pembinaan karakter peribadi hebat.

Untuk membeli buku Pribadi, anda boleh menekan pautan ini:
https://jejaktarbiah.com/kedai/pribadi-hebat/

Oleh: Rashidin Idris

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.