Pengenalan tanda pagar (#) MalaysiaMembaca oleh Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan membawa makna yang cukup besar dalam industri buku negara lebih-lebihlagi Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh badan UNESCO sekaligus membawa harapan untuk menjadikan negara ini sebagai negara membaca menjelang 2030. Tidak dapat tidak, kita masih terkebelakang dari segi bilangan buku yang dibaca oleh individu setiap tahun berbanding negara-negara Asia yang lain.
Kempen membaca bukanlah perkara baru dalam negara ini, bahkan slogan seperti ‘Mari Membaca Bersama’, ‘Membaca Merdekakan Minda’, ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’ dan sebagainya telah lama berakar umbi sejak sekian lama. Namun begitu, ia masih belum cukup untuk meletakkan kadar pembacaan rakyat di negara ini di tahap yang memuaskan.
Seperti yang disebut oleh YB Nurul Izzah di dalam buku ini bahawa masih ada pandangan golongan pembaca ini sebagai nerd dan antisosial yang menyebabkan budaya membaca ini dianggap ‘tidak cool’. Lebih memburukkan lagi pada waktu ini adalah kita berhadapan dengan kemajuan teknologi tanpa sempadan yang menyebabkan seseorang lebih risau jika tidak mengikuti perkembangan teknologi tersebut.
Risalah #MalaysiaMembaca membawa pembaca untuk mengenal lebih dekat lagi apa itu makna membaca, bacaan yang mempengaruhi penulis, cara memupuk seseorang untuk membaca dan sebagainya. Saya bersetuju bahawa untuk mengajak seseorang untuk membaca bukanlah mengajak secara perintah, bahkan ia dilakukan melalui tindakan. Misalnya dalam konteks sosial media, kita berkongsi bahan bacaan dengan rakan-rakan kita melalui ulasan buku, petikan (quote) buku, dan lain-lain lagi.
Membaca ini bukanlah satu hal yang remeh bahkan menjadi satu perintah yang diturunkan oleh Allah sebagaimana terkandung dalam Surah al-‘Alaq.
“Bacalah dengan nama tuhamu yang menciptakan.”
Buku Malaysia Membaca boleh dibeli melalui pautan ini:
https://jejaktarbiah.com/kedai/risalah-malaysiamembaca/
Oleh: Muhammad Syahiran Ramli
You must be logged in to post a comment.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?