fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Kartini Perempuan Cahaya

Gelap Terang Kartini

Raden Ajeng Kartini, sosok tubuh yang tidak asing lagi dalam sejarah Indonesia yang dianggap sebagai pejuang wanita pertama pada awal abad ke-20. Siapa yang tidak kenal seorang tokoh wanita yang memperjuangkan bangsa hanya melalui mata pena sehingga namanya digunakan sebagai nama di beberapa buah sekolah di Indonesia dan lagu Kartini antara lagu nasional yang diciptakan oleh W.R Supratman iaitu Ibu Kita Kartini. Mantan presiden Indonesia, Soekarno menetapkan peringatan Hari Kartini sebagai hari besar Nasional yang jatuh pada tanggal 21 April pada setiap tahun sesuai dengan hari lahir Kartini. Penulis, Nurlaela Isnawati dalam bukunya Gelap Terang Kartini mengupas perihal keperibadian dan pemikiran seorang pejuang wanita Indonesia dalam pembangunan negara.

Kalian berada di dalam kegelapan, sekarang kami bawa kepada cahaya

Istilah tersebut telah terkait dengan kelompok rahsia iluminasi Hindia Belanda adakah ianya benar? Tajuk yang dipilih penulis merupakan sebuah istilah perjuangan Kartini iaitu Kartini sebagai perempuan cahaya yang menerangi jalan gelap bangsa Indonesia. Kartini juga terkenal dengan karya oleh Armijin Pane yang bertajuk “Habis Gelap Terbitlah Terang” yang merupakan kumpulan surat oleh Abendon dalam Bahasa Belanda dengan judul Door Duisternis tot Licht iaitu bermaksud Dari Kegelapan Menuju Cahaya atau lebih dikenali Habis Gelap Terbitlah Terang. Penulis menerangkan terdapat fakta-fakta disebalik tajuk “Habis Gelap Terbitlah Terang” iaitu yang pertama tajuk tersebut adalah inspirasi daripada ayat-ayat al-Quran dan yang kedua tajuk tersebut adalah daripada petikan yang terdapat di dalam kumpulan surat Kartini.

Sikap Nasionalisme Kartini

                 Foto Raden Adjeng Kartini

“Saya merindukan untuk berkenalan dengan seorang ‘gadis moden’, gadis yang bangga, merdeka, yang merebut simpati saya….”

Penulis mengulas semangat-semangat nasionalisme yang dibangkitkan oleh Kartini didalam surat-suratnya kepada sahabat Belandanya. Kartini mengkritik dan menyuarakan soal pendidikan bagi kaum wanita sehingga kini terwujudnya sekolah perempuan Kartini sebagai pelopor bahawa wanita perlu dididik dan dibangunkan akal fikiran mereka. Menurut Cipto Mangunkusumo, Kartini merupakan lambang kesedaran nasional sekaligus lambang cita-cita mulia.

Kita dapat menjadi manusia sepenuhnya, tanpa harus berhenti menjadi wanita sepenuhnya

Penulis juga mengulas bahawa perjuangan Kartini bukan sahaja terbatas buat kaum wanita tetapi buat seluruh warganegara Indonesia tanpa mengira bangsa atau pegangan agama. Beliau telah memberi pandangan soal toleransi dalam agama yang telah melanda Indonesia dalam peristiwa seperti penyerangan tokoh agama, penyerangan terhadap kampung Ahmadiyah, penyerangan gereja dan pelarangan ibadah. Kartini juga menentang kemasukan budaya luar ke dalam budaya Indonesia. Ia tidak sepakat bahawa semua budaya asing, budaya, budaya Eropah adalah sama dengan budaya Indonesia walaupun beliau mempunyai keinginan untuk mengubah segala bentuk budaya yang merugikan bangsanya.Menurut Cipto Mangunkusumo, Kartini merupakan lambang kesedaran nasional sekaligus lambang cita-cita mulia.

Pemikiran dan idea-idea Kartini tentang feminisme itu bukanlah yang ia sadur dari pemikiran luar melainkan idea berasal dari dalam diri Kartini sendiri

Adakah Kartini seorang gerakan feminisme? Seringkali kita dengar bahawa gerakan feminisme masa kini bukanlah sebuah gerakan yang sesuai dengan agama kita iaitu mereka memperjuangkan hak kesamarataan diantara perempuan dan lelaki dengan alasan bahawa kaum perempuan ditindas dan dieksploitasi.  Feminisme adalah sebuah ideologi pembebasan terhadap kaum perempuan kerana perlakuan yang tidak adil terhadap mereka. Hal ini berkaitan dengan situasi Kartini ketika dipingit dimana beliau mempunyai cita-cita untuk bersekolah di sekolah Belanda tetapi tidak tercapai malahan adik beradik lelakinya memperoleh pendidikan. Daripada surat Kartini, beliau menyatakan untuk menjadi peribadi yang mandiri, yang bebas menentukan masa depannya sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Bagi Kartini, wanita juga berhak mendapat pendidikan tanpa memandang masalah gender. Perjuangan feminisme oleh Kartini tidak menjadikan alasan untuk beliau berbuat sekehendak hati, meninggalkan kewajiban sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan sebagainya. Menurut Grace Natalie, Kartini merupakan sosok pejuang yang menentang diskriminasi gender yang tumbuh dari cara pandang feodal. Dengan demkian Hari Kartini adalah hari anti-diskriminasi gender.

Sosok Kartini melalui karya Nurlaela Isnawati telah mengajar kita untuk berani mencapai cita-cita dan memperjuangkan secara terhormat. Buku ini bukan sahaja soal perjuangan untuk kaum wanita tetapi untuk lelaki untuk lebih memahami soal hak dan kewajipan sebagai manusia.  Akhir kata:

“Pergi! Pergilah! Berjuang dan menderitalah, tetapi bekerja untuk kepentingan yang abadi”

– R. A Kartini

-Aina Athirah

 

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.