fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Ulama Yang Dilahirkan

Mendengar perihal kesarjanaan dan ketokohan para ulama islam sama ada d isekolah, majlis ilmu ataupun melalui bahan bacaan. Timbul sebuah persoalan, bagaimana ulama Islam dilahirkan? Adakah melalui silibus sekolah, akademik ulama, program realiti televisyen dan sebagainya? 

Di dalam pendidikan, institusi keluarga adalah watak terpenting dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak, terutamanya membekalkan ilmu dan akhlak dalam menghadapi liku-liku kehidupan dan membentuk masa depan yang lebih cerah . Seperti ilmu menguruskan masa, minat membaca, disiplin, ibadah dan lain-lain.  

Sebagai contoh jika ibu bapa yang mengambil berat terhadap ilmu pengetahuan, maka kemungkinan besar anaknya akan mengikutinya. Selari dengan ungkapan yang menarik children imitate thier parents” dan “your child will follow your example not your advice”.

Jika diteliti kisah-kisah silam ulama Islam majoritinya datang dari keluarga yang mementingkan agama misalnya al-Imam Ibnu al-Rusyd (nama sebenar: Muhammad bin Ahmad, meninggal 565 H). Beliau dilahirkan dalam suasana keluarga yang menitik beratkan iImu agama. Tambahan pula, datuknya Muhammad bin Ahmad bin Rusyd seorang alim masyhur pada zamannya dalam bidang fiqh, dan salah seorang ahli jawatankuasa hakim di Cordoba. Di samping itu, beliau menulis beberapa magnus opus antaranya Al-Bayan wa al-Tahsil, al-Masail dan al-Fatawa.  Ayahnya juga seorang alim fiqih dan menyibukkan diri dengan berfatwa dan ilmu  . Selain itu, al-Imam Ibnu al-Rusyd juga mengambil kesempatan belajar ilmu undang-undang dan ilmu perubatan ketika hayatnya ( Bidayah al-Mujtahid wa nihayah al-Muqtasid, hal.7&8, Bierut: Markaz Dar Maktabah al-Ma’arif Nasyirun).

Kisah al-Imam Ibnu al-Qudamah juga dari keluarganya yang mengambil berat soal ilmu agama dan ayahnya Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Maqdasi alim fiqih serta guru kepadanya ketika di Damsyiq.

Kisah kemudian, datuk kepada al-Imam Ibnu Taimiyyah seorang pakar dalam fiqh, hadith, tafsir dan nahu,  beliau berkata kepada kepada anaknya apabila berada di ruang atau tempat yang sunyi, maka bacalah kitab dan tinggikan suara sehingga kedengaran. [ Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah- Qimatu al_Zamani ‘inda al-Ulama, hal.122, Dar al-Salam ].

Al-Hafiz al-Munziri mempunyai seorang ayah yang pencinta ilmu, ketika al-Imam al-Munziri berusia 10 tahun ayahnya sudah memperdengarkan kepadanya hadith dan selepas kematian ayahnya beliau mendalami ilmu hadith hingga beliau menghasilkan kitab dalam bidang ilmu hadith ( Jawab al-Hafiz al-Munziri ‘an asalah fi al-Jarh wa al-Ta’dil, jil.1, hal.20 ). 

Ini menunjukkan bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam membina suasana dan menanam minat anak-anak dengan ilmu sehingga menjadi pencinta ilmu, beramal dan dapat menyumbang ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

Secara ibrahnya, tidak wajar sebagai ibu bapa mengabaikan pendidikan awal di rumah  dan hanya bergantung harap kepada pendidikan di sekolah. Jika ditanya kenapa masih ramai remaja meninggalkan solat sedangkan sudah diajar di sekolah, KAFA, dan lambakan kuliah di masjid? Secara logiknya, isu remaja tidak solat ini tidak timbul. Jawapannya, kerana lemahnya didikan dalam  institusi keluarga dan suasana yang tidak membantu memelihara solat.

Bagaikan kita tidak lagi mampu melihat  pemikir-pemikir islam yang unggul dan menguasai pelbagai cabang ilmu islam seperti nama-nama besar al-Imam al-Tabrani (meninggal pada 360 H), al-Imam Ibnu Jauzi (meninggal pada 597 H) dan al-Imam al-Syatibi (meninggal pada 790 H), Ulama mazhab yang empat dan ramai lagi.   

Jika dilihat dalam konteks negara Malaysia, segelintir ibu bapa dan masyarakat beranggapan bahawa hanya melalui silibus sekolah yang berstatuskan agama mampu melahirkan ulama, ilmuan islam. Adakah ia benar?

Pada hemat saya, melahirkan ulama tidak mudah seperti kita bayangkan bukan sekadar menghafal 30 juzuk al-Quran, matan al-Jurumiyyah kemudian diuji tahap hafalan atau belajar di universiti selama 4 tahun lalu boleh digelarkan ulama Kemudian dibenarkan berfatwa.

 

 

Jika kita mengimbau sejarah perjalanan dan didikan awal ulama klasik islam seperti al-Imam al-Jalil al-Syafie (meninggal pada 204 H), beliau telah menghafal al-Quran semenjak umur 7 tahun Kemudian belajar fiqh, bahasa dan menghafal kitab al-Muwatta (kitab hadith karangan Imam Malik ) ketika berumur 10 tahun, lalu dibenarkan berfatwa di Mekah pada umur 15 tahun. Di Madinah beliau belajar ilmu hadith dengan al-Imam Malik dan ulama Madinah ( Muktamad fil Fiqh al-Syafie, jil. 1, hal.13-14, Damsyiq: Dar al-Qalam ).  Ini sebahagian daripada kisah perjalanannya sebelum beliau menjadi ulama rujukan yang muktabar dan hasil karya agungnya ialah kitab al-Um.  

Imam Ibnu Qudamah Ketika berusia 10 tahun beliau sudah belajar al-Quran dan menghafal Sebahagian matan antaranya Mukhtasar al-Kharaqi fil Fiqh kemudian beliau mensyarahkannya dalam kitab al-Mughni. Ketika berada di Baghdad beliau mendalami ilmu fiqh dan hadith (Raudhatul al-Nazhir wa Jannatu al-Munazhir, jil. 1, hal .9, Ar-Riyadh: Maktabah al-Rusyd). Beliau bertalaqqi dengan ramai syeikh dalam pelbagai cabang ilmu syariah sebelum beliau menjadi tonggak penting kepada mazhab Hambali.

Al-Imam al-Syafie dan al-Imam Ibnu al-Qudamah mereka telah bertalaqqi dengan ramai syeikh bagi  membentuk pemikiran islam yang betul lagi sahih di usia muda bukan semata-mata menghafal nas-nas agama.  Bukan mereka sahaja malah ramai ulama islam begini.         

Adakah kita mahu menyatakan bahawa semua ini kebetulan bukan ‘ala carte? Hakikatnya, majoriti ulama islam mereka sudah organised oleh seseorang untuk menjadikan mereka seorang ulama. Apabila kita mengkaji kisah hidup ulama islam, kita akan mendapati bahawa mereka mempunyai garis panduan dan hala tuju yang jelas untuk menjadi ulama islam  sepertimana kisah hidup al-Imam al-Syafie dan al-Imam Ibnu Qudamah , perjalanan hidup mereka dipenuhi dengan hafalan, belajar, membaca, bertalaqqi, berhijrah dari satu tempat ke tempat lain, dari seorang guru ke guru lain, dari sesuatu ilmu ke ilmu lain sejak dari usia kanak-kanak. 

Tetapi realiti zaman sekarang, bilamana seseorang menjejak kaki ke alam universiti. Maka saat itu, baru kita menyedari hala tuju kita sebagai agamawan, doktor, jurutera atau apa-apa bidang yang telah dipilih kerana ketika di bangku sekolah seolah-olah kita tidak miliki hala tuju yang jelas sebaliknya ulama tidak begitu.  

Yang namanya ulama tidak akan terlahir dengan sikap malas membaca dan lemah berfikir tetapi yang mengunakan masa dengan membaca, beribadat, menulis, mengajar, menghafal al-Quran, hadith dan matan kitab tertentu. Adakah untuk mendapatkan  gelaran ulama itu mudah?

Bagaimana seseorang ulama islam memperuntukkan masa dengan ilmu? Sebagai contoh Kisah al-Imam al- Munziri (meninggal pada 656 H) sibuk dengan ilmu walaupun ketika menjamah makanan [Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah- Qimatu al Zamani ‘inda al-Ulama, hal.124, Dar al-Salam ]

Al-Imam al-Tabrani menulis 40 helai kertas setiap hari. Beliau menunaikan solat zohor di rumahnya kemudian memulakan penulisan karyanya sehingga asar dan keluar rumah untuk menunaikan solat asar, dan meluangkan masa bersama masyarakat dengan ilmu sehingga Maghrib. Kemudian disambung dengan pengajian fiqh sehingga  Isya’ bersamanya and beliau kembali ke rumahnya. Beliau menggunakan siang dan malam untuk maslahah (manfaat) diri, agama dan masyarakat  (Doktur Solah al-Khalidi- al-khattah: al-Barraqah lazi al-Nafsi al-Tawwaqah, hal. 38 & 39, Damsyiq: Dar al-Qalam).

Ulama-ulama islam digelar dengan fiqih al-waqtu iaitu insan yang berjaya mengurus masa dengan baik dan efisien. Kitab Qimatu al-Zamani ‘inda al-Ulama menceritakan tentang bagaimana ulama-ulama menguruskan masa.    

Semoga cebisan ilmu dan pandangan saya ini memberi sedikit manfaat kepada pembaca. Waallahu a’lam.

Ridhwan bin Hussin

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.