Mempunyai segulung ijazah bukanlah tiket kita dijamin akan mendapat pekerjaan jauh sekali membolehkan kita duduk menggoyangkan kaki sambil menunggu tawaran pekerjaan daripada syarikat-syarikat gergasi.
Sebaliknya mempunyai segulung ijazah adalah ibarat kepingan emas yang semakin banyak kita mengumpul semakin kaya kita dengan ilmu.
Mempunyai segulung ijazah juga bermakna kita telah memasuki Institusi ilmu yang luas, belajar akan peradaban ilmu dan hikmah dalam menuntut ilmu.
Malahan dengan segulung ijazah juga mampu memberikan kita satu pengalaman dan pengajaran yang tidak mampu dibeli dengan wang.
Oleh itu, apabila kita telah memiliki segulung ijazah setelah berhempas pulas, bermandi air mata dan pengorbanan beserta doa ibu bapa dan sahabat sekeliling… sekarang lah masanya kita perlu mempraktikkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dengan realiti hidup masa ini.
Mungkin kita biasa dengar kata-kata ni, :
Yup, that’s true. Bangkitlah anak muda, kita perlu keluar daripada zon keselesaan. Jangan pernah berasa malu untuk mencari rezeki hatta dalam bidang perniagaan walaupun itu bukan di bidang hakiki kita. Ayuh membanting tulang mencipta peluang pekerjaan agar kita juga mampu memberi sinar kepada mereka yang mengharungi hutan kehidupan.
Sekian, coretan daripada anak muda yang masih bertatih menongkah cabaran pasca pandemik COVID19.
Disediakan oleh,
Nur Mahirah Amani,
Graduan Ijazah Sarjana Muda Dietetik .
Hantar karya anda di emel [email protected].
Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!
You must be logged in to post a comment.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?