fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Suara Liberalisme: Satu Kajian terhadap Hak Asasi Manusia (HAM) dan Hubungannya dengan Tuntutan-Tuntutan Pihak Liberal di Alaf Malaysia Baru (Bahagian 1)

Pendahuluan

Apabila berbicara tentang Liberalisme, falsafah ini sememangnya sangat berkait rapat dengan ideologi masyarakat barat di Eropah. Liberalisme adalah sebuah ajaran tentang konsep kebebasan di mana pengamalnya bebas berperilaku sepertimana yang dikehendaki tanpa terikat dengan mana-mana hukum, kebebasan mengemukakan pendapat dalam apa jua persoalan, dan kebebasan memilih agama yang menjadi pegangan masing-masing. Ringkasnya, ajaran mereka adalah kebebasan tanpa limitasi asalkan tidak merugikan hak individu lain.

Di barat, masyarakat pada awalnya berada pada zaman kegelapan, di mana setiap idea yang timbul dalam pemikiran akan dihubungkan dengan konsep keagamaan. Sekiranya timbul persoalan yang terkeluar dari ruang lingkup agama, pihak gereja akan mempersoalkan perkaitan di antara persoalan tersebut dengan hal ehwal keimanan. Oleh itu, kita mendapati bahawa soalan-soalan yang berkait dengan kehidupan seakan disekat dan menjadi satu bebanan ketika timbul di dalam pemikiran.

Akhirnya, muncul fahaman sekularisme yang bersifat mengasingkan agama daripada kehidupan. Keimanan dianggap sebagai satu hal dan penjelasan tentang alam yang lain sementara kehidupan dunia harus dibincangkan menurut sudut pandang peribadi tanpa dihubungkaitkan dengan mana-mana nilai agama. Fahaman sekularisme ini telah mendapat tempat dalam masyarakat barat semasa era Revolusi Perancis 1791 di mana mereka mulai membebaskan diri daripada ikatan beragama.

Selanjutnya, masyarakat barat kemudian menjadikan humanisme (kehendak manusia tanpa batasan) sebagai tuhan, hingga lahirlah golongan yang mulai berani memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang jelas bertentangan dengan nilai mana-mana agama dan norma masyarakat dengan berlindung di sebalik perjuangan “Hak Asasi Manusia (HAM)”.

Di dalam dunia Islam, idea sekularisme ini telah banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat kerana mereka terpukau dengan kemajuan ilmu dan teknologi Barat. Aliran yang turut dikenali sebagai liberalisme atau golongan Muslim yang berfikiran liberal ini membuatkan para pendokongnya berusaha untuk mempraktikkan ajaran tersebut di negara masing-masing tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu doktrin yang sangat berbahaya dan boleh merosakkan akidah umat Islam. Hakikatnya, ajaran Islam dan liberalisme sama sekali tidak boleh dikaitkan kerana liberalisme adalah satu ideologi yang berkonsepkan kebebasan tanpa sempadan sementara ajaran Islam akan sentiasa terikat dengan panduan al-Quran dan Hadith bagi menuntun penganutnya ke arah jalan yang benar.

Menyedari akan ancaman ideologi ini terhadap akidah ummat Islam khususnya di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa ajaran Liberalisme adalah sesat kerana menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam. Fenomena liberalisme ini sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia, namun pendokong-pendokong gerakan ini semakin berani menonjolkan diri setelah berlaku perubahan besar dalam nuansa politik Malaysia yang kini diterajui oleh parti Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dato Seri Dr Mahathir bin Mohammad. Pelbagai tuntutan telah dikemukakan dalam rangka untuk mengukuhkan pengaruh serta kedudukan kefahaman mereka di Malaysia dengan harapan agar Islam khususnya dapat dimodenisasikan sesuai dengan kehidupan masyarakat. Hal ini kerana nila-nilai agama dan tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh ulama-ulama silam dianggap primitif dan tidak lagi relevan dengan keadaan-keadaan semasa.

Justeru, artikel ini akan membincangkan falsafah liberalisme dan Islam Liberal serta ideologinya, khusus di Malaysia, menganalisis hubungannya dengan HAM, serta tuntutan-tuntutan yang disuarakan oleh pihak liberal di alaf Malaysia Baru.

Memahami Liberalisme dan Islam Liberal serta Ideologinya

 Seperti yang telah dinyatakan penulis sebelumnya, liberalisme merupakan sebuah ajaran yang berkonsepkan kebebasan sehingga ia dianggap berperanan untuk menggantikan agama dalam mengatur urusan kehidupan manusia. Ia terhasil daripada pemikiran cendekiawan-cendekiawan barat akibat daripada penindasan yang dilakukan oleh pihak gereja di zaman gelap. Pihak paderi mengongkong pemikiran penganut agama Kristian terutamanya daripada hal-hal yang dianggap bersifat keduniaan. Para pemikir ini juga menolak kewujudan mukjizat yang dikatakan tidak dapat diterima oleh rasional akal. Di samping itu, para petani marhain yang ditindas oleh golongan bangsawan dengan paksaan kerja tanpa upah sementara pihak gereja pula hidup dengan gaji yang besar dan penuh kemewahan turut menjadi faktor yang melatari pembentukan falsafah liberalisme.

Hasilnya pada zaman pencerahan atau disebut sebagai Enlightenment, liberalisme ini terpaksa diterima oleh masyarakat Kristian di barat kerana wujudnya kelemahan-kelemahan dalam agama mereka sendiri di mana rasional akal dan ajaran agama dianggap tidak dapat berhubungan secara murni serta kegagalan para paderi dalam memimpin masyarakat barat ke arah kemajuan dan pembangunan.

Walaubagaimanapun, kesilapan terbesar berlaku apabila para pemikir barat cuba memukul rata semua agama dengan anggapan tidak ada mana-mana agama yang dapat memimpin kehidupan manusia ke arah yang lebih baik melainkan ia perlu diberi penafsiran yang baru agar lebih senafas dengan peredaran zaman. Islam tidak terkecuali daripada tuntutan ini kerana ia dianggap bersifat tradisional, konservatif, dan primitif sehingga ada salah seorang cendekiawan barat yang menamakannya sebagai Islam Ortodoks. Oleh itu, dengan anggapan bahawa Islam harus dimodenisasikan, lahirlah kelompok-kelompok kecil daripada kalangan Muslim sendiri yang menyebarkan gagasan pemikiran Islam Liberal kepada masyarakat. Di Malaysia, sekiranya kita memerlukan kepada pengidentifikasian, maka kelompok-kelompok seperti G25, Sister in Islam, Islamic Reinassance Front (IRF) dan banyak lagi merupakan wajah-wajah yang terkemuka dalam mendokong gerakan liberalisme. Selain itu, kehadiran kelompok Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia seolah ingin memberi satu tanggapan bahawa Islam dan Liberal itu boleh disatukan meskipun keduanya membawa makna yang sangat kontradiktif antara satu sama lain.

Leonard Binder di dalam bukunya Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies menyifatkan Islam Liberal sebagai satu kelompok yang mengiktiraf bahawa bahasa al-Quran adalah merupakan wahyu, namun isi kandungan dan makna daripada wahyu tersebut tidak bersifat verbal. Oleh itu, satu usaha perlu dijalankan untuk memahami al-Quran bukan secara literal semata, namun harus diselami untuk difahami makna di sebalik bahasa yang digunakan oleh al-Quran.

Dalam rangka untuk memberi faham yang lebih mendalam tentang ideologi Islam Liberal, Binder turut menyatakan bahawa ia merupakan kontra daripada Islam yang disifatkan sebagai tradisionalis atau nama lainnya disebut sebagai “Islamic Fundamentalism”. Islam Fundamentalis dijelaskan sebagai satu gerakan yang meskipun relatifnya dianggap moden, namun doktrinnya masih berakar kepada sejarah awal Islam di mana ia menceritakan kepelbagaian kisah sejarah gerakan Islam dalam usaha untuk menyentuh hati penganutnya bagi memperbaharui keimanan, mengembalikan mereka kepada kemurnian Islam, di samping mendapatkan semula kekuatan dan kesederhanaan yang telah dilalui semasa zaman kenabian Muhammad saw. Inti daripada ideologi gerakan ini adalah kecenderungan kepada keyakinan emosional, namun ciri utama yang terbesar pada golongan fundamentalis saat ini adalah sifat skriptualisme iaitu sikap yang menjadikan teks al Quran semata sebagai pegangan asas yang membentuk fahaman terhadap seluruh aspek kehidupan.

Charles Kurzman ketika memulakan penulisan bukunya Liberal Islam: A Source Book, dilihat kurang bersetuju dengan istilah Islam Liberal kerana ia dianggap saling bertentangan ketika cuba dihimpunkan. Oleh itu, beliau telah menukilkan pandangan seorang sarjana undang-undang India, Asaf Ali Asghar Fyzee yang menggelarkan Islam Liberal ini sebagai Islam Protestan. Fyzee menyebutkan sekiranya bebenang syariah ini ditenun kembali sehingga menghasilkan satu lembaran fabrik yang sempurna dalam mendepani isu-isu kritikal (berhubung keadilan sosial dan kemasyarakatan) di samping penambahan terhadap Islam yang bersifat ortodoks dengan corak pemahaman yang lebih stabil,  kita menjangkakan kehadiran Islam yang berwajah baru, iaitu Islam Protestan yang akan bersifat lebih mesra sesuai dengan abad 20 kini, seterusnya mencantas semua ranting ajaran lalu yang telah mati, berorientasi ke arah kehidupan di masa hadapan yang lebih positif dan membina.

Suatu hal yang mengundang kekeliruan adalah ketika para orientalis bahkan beberapa kelompok daripada kalangan Muslim sendiri melihat Islam sebagai satu ideologi sedangkan ia merupakan satu agama, cara hidup, dan memiliki sudut pandang tersendiri dalam hal-hal yang berkait ekonomi, politik, hak individu, dan sebagainya. Maka ketika Islam dianggap sebagai ideologi, ia mungkin sahaja mengalami perubahan namun ketika ia merupakan sebuah agama, ia bukanlah ciptaan manusia yang memerlukan kepada pembaikan kerana dianggap mengandungi kesalahan dan tidak sempurna.

Pada pandangan penulis, idea Islam Liberal ini dapat kita namakan sebagai Muktazilah Moden kerana sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan cara fikir Muktazilah yang mendahulukan rasional akal dalam mentafsir agama. Hanya sahaja Muktazilah melakukannya atas dasar untuk mentanzihkan Allah swt dan menyucikan ajaran Islam sementara pihak liberal ini hanya membawa kepada satu sudut pandang yang menolak kesempurnaan ajaran Islam dan didakwa bukan bersifat “divine” iaitu suci daripada Ilahi. Sementara Islam di atas manhaj ahli Sunnah wal Jama’ah bersepakat bahawa akal manusia dengan sifat keterbatasannya haruslah menerima ketetapan terhadap perkara-perkara yang telah diputuskan secara qoth’ie dan tunduk kepada segala hal yang sudah menjadi qadiyyah kauniyyah. Misalnya, antara dakwaan yang dikemukakan oleh Sister in Islam (SIS) terhadap kepimpinan lelaki ke atas wanita adalah tidak relevan dengan alasan bahawa tafsiran yang telah dibuat oleh ulama’ Islam seakan meletakkan wanita sebagai kelas kedua. Hal ini sama sekali tidak sepatutnya menjadi pertikaian kerana ia merupakan satu aturan kehidupan yang telah diputuskan oleh Allah swt sejak azali sesuai dengan cara kejadian lelaki dan wanita. Bahkan menurut Mutawalli al-Sya’rawi, perkataan Qawwamah yang didatangkan oleh Allah swt kepada kaum lelaki bukanlah satu hal yang harus dibanggakan sebaliknya ia datang dengan satu amanah dan taklifan yang berat untuk menjaga, melindungi, dan pertanggungjawaban yang sepenuhnya ke atas wanita sama ada dari sudut fizikal mahupun emosi. Ia bukanlah bermaksud penguasaan secara total ke atas kaum wanita sehingga mereka boleh diperlakukan sewenang-wenangnya oleh kaum lelaki namun ia merupakan isyarat kemuliaan daripada Allah swt ke atas kaum wanita. Justeru, kaum wanita sebaliknya harus berasa beruntung kerana tidak disesakkan dengan pertanggungjawaban yang berat.

Selain itu, antara doktrin yang cuba dibawa masuk oleh Islam Liberal adalah berasaskan kepada fahaman segala ilmu pengetahuan itu bersifat relatif di mana hakikat sesuatu perkara adalah tergantung ke atas keyakinan individu. Jika sesuatu perkara itu dianggap betul, maka itulah hakikat daripada perkara tersebut dan begitulah sebaliknya. Hal ini sebenarnya tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, misalnya di dalam perbahasan mengenai kewujudan alam. Sekiranya kita menerima pakai prinsip ini, maka hakikat alam ini mengandungi dua perkara sama ada ia wujud secara qadim (sedia ada) atau haadith (baru). Dalam erti kata lain, jika seseorang mempercayai bahawa hakikat daripada alam ini adalah sedia ada, maka begitulah hakikat alam. Namun jika dipercayai bahawa alam ini bersifat baru maka hakikat alam adalah satu hal yang baru. Sedangkan logik akal mendapati bahawa dua perkara yang berlawanan itu mustahil akan terhimpun pada masa dan keadaan yang sama. Berbeza dengan ahli Sunnah wal Jama’ah secara epistemologinya telah berpegang kepada prinsip bahawa ilmu dan hakikat bagi sesuatu perkara itu adalah tsabit (tetap dan tidak berubah-ubah).

Justeru, atas fahaman ilmu itu bersifat relativisme, pihak liberal melihat bahawa tafsiran terhadap al-Quran yang telah dibuat oleh ulama’ Islam 300 tahun lamanya dahulu sedikit sebanyak telah mengalami fallibility iaitu kemungkinan berlakunya kesalahan dalam pentafsiran sehingga menyeru ke arah pembukaan ruang ijtihad yang seluas-luasnya untuk melakukan perubahan dari sudut kefahaman terhadap nas agar ia dapat disesuaikan dengan realiti manusia. Mereka turut mendakwa bahawa Islam yang sampai kepada mereka ini adalah hasil pemahaman (fiqh) para ulama’ terhadap syariah dan bukanlah syariah sepertimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri. Zainah Anwar menyebut bahawa undang-undang keluarga Islam yang kontemporari sama ada ia diperlembagakan atau sebaliknya adalah tidak tulen suci daripada Ilahi, namun ia hanya bersandarkan kepada situasi di abad silam dan terhasil daripada interpretasi kefahaman yang dibuat oleh kelompok manusia yang kemudiannya diperundangkan oleh koloni-koloni dan kerajaan yang ingin terus berkuasa dalam pemerintahan. Ungkapan ini sebenarnya sangat berbahaya kerana ijtihad yang dijalankan oleh ulama’ Muslim bukanlah bersandarkan kepada rasional akal semata sebaliknya berpandukan kepada dalil-dalil yang kukuh daripada sumber-sumber Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Meskipun ijtihad itu dilaksanakan oleh kelompok mujtahid, namun tidak bermakna bahawa segala hukum dan undang-undang tersebut datang daripada mujtahid.

Oleh: Hawa Dalila binti Md Fazil 


    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.