fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Lentera Kaca – Nuha Yusuff

RM40.00

Out of stock

Description

“Mujurlah Amani membesar dengan ayah dia, sebab itu dia boleh berjaya. Kalau kau yang besarkan dia Zahrah, dah tentulah jadi macam Dian ni, gelap masa depan!”

Hamburan kata-kata itu membuat Dian nekad untuk mengeluarkan dirinya dan mama daripada penghinaan manusia. Dian percaya nilai dirinya hanya akan dihargai dan disanjungi tatkala dia meraih status sosial yang tinggi di mata orang lain.

“…kau tahu kan sebenarnya, yang kau akan jumpa aku dekat sini.”

Hidup Dian menjadi huru-hara tatkala dia dihantui oleh bayangan seorang budak berhoodie. Dian juga tanpa sengaja telah membuka semula kunci kepada taman temanya yang telah lama dibiarkan sepi. Kemunculan Ana, teman lamanya juga menambahkan lagi kekalutan dalam jiwa Dian yang menyangka Ana telah lama hilang.

“Taman ini wujud untuk membantu kau, Dian. Bukan untuk menghukum.”

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

PENGHANTARAN PANTAS
Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
BUKU TERBAIK & BERKUALITI
Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
PEMBAYARAN SELAMAT 100%
Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

Inginkan ruang khas ?

Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.