Perkembangan teknologi kini mula bersaing dengan buku. Keluhan ibu bapa, anak lebih mengutamakan gajet dari buku. Ini bukanlah masanya untuk menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, sama-samalah kita berusaha menyelesaikannya.
Salah satu penyelesaian adalah dengan memberi beberapa galakan kepada anak-anak berbentuk buku sebagai bahan untuk mengantikan gajet. Buku yang berbentuk pop up, interaktif dan berwarna-warni boleh memberi alternatif aktiviti yang menarik.
Belikan buku kegemarannya, walaupun harganya mahal. Pelaburan ini tidak rugi, hasilnya akan dapat dalam masa lima enam tahun, apabila anak anda sudah boleh membaca dan tidak membuang masa dengan menghadap gajet. Harga buku pun juga tidaklah mahal jika dibandingkan dengan harga gajet.
Galakkan anak anak memegang buku walau dimana dia berada. Di dalam kereta sewaktu pulang ke kampung, dalam perjalanan ke kedai, sewaktu pulang dari sekolah. Pendek kata, ke mana saja!
Minta anak berkongsi semula apa yang dibacanya. Anda mungkin boleh bertanya seperti, “Seronok tak baca buku?”, “Ceritakan kepada ibu kisah tersebut” dan “Jom lukis watak dalam cerita tadi”
Beri pujian atau ganjaran sekiranyan anak anda boleh membaca dan dapat menghabiskan suatu buku dalam masa yang ditentukan. Pada peringkat awal galakan anda membaca dengan muka surat yang tidak banyak dan juga dengan perkataan yang mudah.
Mudah bukan? Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi ayuh mulakan perubahan ini sama-sama!
Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.
Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.
Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.
Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.