Mencari buku yang ingin dibeli di PBAKL boleh jadi seperti mencari harta karun. Jika tidak tahu di mana lokasi reruai yang menjual, boleh tersesat dan mendatangkan stres! (melainkan anda memang suka bertawaf di semua dewan pameran). Oleh sebab itu, pelan lantai amat penting bagi pengunjung yang ingin menjimatkan masa dan tenaga.
Semalam pihak penganjur telah mengeluarkan senarai pempamer berserta nombor reruai masing-masing di laman web rasmi PBAKL. Berdasarkan senarai tersebut dan pelan lantai PBAKL pada tahun lepas, pelan lantai PBAKL 2019 edisi Projek Bibliofil telah dihasilkan. Reruai-reruai yang dimasukkan di sini adalah reruai yang disarankan untuk dikunjungi bagi mendapatkan bahan bacaan yang bermanfaat.
Ada reruai menarik lain yang ingin dimasukkan? Kongsikan di bahagian komen dan akan dimasukkan jika bersesuaian.
Tidak pasti buku apa yang nak dibeli di PBAKL nanti? Mungkin anda boleh mulakan dengan buku Risalah Malaysia Membaca dan Projek Bibliofil; buku bertemakan perihal membaca yang pasti menaikkan semangat anda untuk membaca.
Silakan kongsi dan simpan jika pelan lantai ini dirasakan bermanfaat!
(Nota:
*Pengunjung akan berada di aras 2 sebaik memasuki pintu utama PWTC
*Sila maklumkan jika terdapat kesilapan dalam pelan lantai)
#projekbibliofil #pbakl2018 #pestabukuantarabangsakualalumpur2019#malaysiamembaca
Tulisan: Zahrah Yunos
FB: Projek Bibliofil
You must be logged in to post a comment.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Wan says:
Terima kasih. Sudah tangkap layar. Sangat kemas dan bagus pelannya. Saya jenis yang mudah sesat jadi ada peta kecil macam ni sangat membantu. May Allah bless!
NurFarzana Nizam says:
Cadangan saya untuk masukkan Reruai ISSI-KRM, milik satu institusi kajian yang bertapak buat pertama kali dalam PBAKL. Reruai ini menawarkan buku rujukan ilmiah dalam Mantiq/Logik, Kalam, Falsafah, Peradaban, Pemikiran. Boleh rujuk link ini untuk maklumat terperinci https://www.facebook.com/ISSIMalaysia/.
Terima kasih Projek Bibliofil.
Saya antara yang mencari buku ini semasa pesta buku yang lepas. Masuk dalam list MUSTBUY saya.