Manual lengkap dan jujur untuk memasuki gerbang perkahwinan. Buku ini juga melawan stigma masyarakat yang berpunca daripada dalil yang disalah tafsir dengan memberi hujahan yang bernas. Banyak tanda tanya yang terjawab bila baca.
Sudut pandang segar berkaitan rumah tangga yang bukan sekadar membuai perasaan teruja mendapatkan pasangan. Isu yang lebih mustahak adalah kesediaan mempersiapkan diri baik dari aspek fizikal, mental dan rohani. Kerana rumah tangga bukan cuma ada bahagia. Cinta adalah kata kerja, bukan kata nama. Let's grow in love according to His guidance.
Sebagai guideline sejak mula bertunang, berkenalan (taaruf) dan lain-lain. Semua dah ada guideline untuk kita ikut. Kadang-kadang kita lost nak mula dari mana. Jadi, buku ni memang dah habaq semua.
Pernikahan itu komitmen sepanjang hayat. Jadi, ia perlukan persediaan awal. Cinta sahaja tidak cukup untuk membahagiakan rumahtangga,. Perlu ada ilmu yang betul dan buku ini beri ilmu serta solusi untuk orang yang bakal bernikah.
Sebagai isteri, saya pernah berfikir akan banyak belajar dari suami selain ilmu dari kursus kahwin, terutama mengenai nafkah batin. Namun, saya salah. Membaca buku ini telah menjawab banyak kemusykilan kami sepanjang hampir 10 tahun pernikahan kami. Saya yakin, anda juga memerlukan ilmu dalam buku ini!
Berbanding kursus perkahwinan yang dianjurkan, buku ni beri panduan yang sangat praktikal dan masyarakat kita fikir mereka sudah tahu, tapi ianya benda yang penting untuk dibicarakan. Terutamanya tentang cara mengendali pasangan, kewangan dan perancangan perhubungan seterusnya.
Untuk menjawab segala kerisauan yang ada memandangkan kita belum bernikah. Maka, takkan kita tiada preparation kan. Jadi, dengan baca buku ni kita akan lebih yakin untuk ke next step.
Bagi saya, buku ni sarat ilmu baru yang kita tak tahu. Memang membuka mata kena baca!
Bagi saya dalam buku ni memang complete. Kita ni sibuk bekerja, tak sempat nak pergi kelas atau kuliah untuk bab-bab perkahwinan ni. Memang panduan dia sangat lengkap yang kita boleh follow A to Z.