“Selama ini sudah berapa kali orang di sini menolong kita?”
“Sekerat beras pun aku tak pernah merasai pertolongan mereka. Yang mereka tahu hanya mengecam aku. Aku buas. Aku harimau kampung. Aku iblis. Semua suka melihat kita berpindah dari sini.”
Dipulaukan, disalah erti dan dipandang hina — itulah pandangan orang Kampung Banggul Derdap terhadap Pak Kasa yang melarat hingga kepada anaknya, Semaun.
Apabila lembu bunting Dogol dibaham harimau, inilah peluang yang digunakan olehnya untuk mencoreng arang di muka keluarga arwah Pak Kasa. Maka, tersebarlah khabar bahawa Semaunlah yang menakik keting lembu dan menjual daging bangkai yang hakikatnya menjadi santapan pak belang.
Berhasilkah usaha Semaun membersihkan nama baik keluarganya?
Atau akan rentungkah segalanya dijilat api dendam Dogol?
Nantikan kesudahannya dalam novel sulung karya Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1965.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Reviews
There are no reviews yet.