fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Abbas Ibnu Firnas : Manusia Pertama Yang Terbang

Tokoh polymath dan jurutera ini berani untuk mencipta mesin terbang ( lebih berat dari angin ) seribu tahun sebelum kapal terbang bermotor diciptakan.

Walaupun gandingan adik beradik Wright telah mencipta pesawat udara bermotor yang pertama, tetapi jurutera abad ke – 9 Abbas Ibnu Firnas dianggap sebagai manusia pertama yang terbang dengan bantuan dua pasang sayap yang diciptakan dari sutera, kayu dan bulu burung.

Menurut para sejarawan, apabila Ibnu Firnas berumur di antara 65 dan 70 tahun, beliau telah terjun dari sebuah bukit di Jabal Al – Arus Yaman dan meluncur di udara, dan kekal dalam keadaan terbang lebih kurang 10 minit. Penerbangan jangka masa pendek itu menyebabkan beliau tercedera dan juga kecewa pada masa yang sama. Beliau mendapati bahawa beliau telah mengabaikan mekanisma untuk mendarat, beliau tidak dapat menyeimbangkan penerbangan di atas udara dan mengakibatkan beliau terpaksa mendarat dalam keadaan yang cemas.

Ibnu Firnas berjaya hidup untuk 12 tahun yang seterusnya. Beliau mendapati bahawa pendaratan perlahan dapat dicapai melalui pergerakan ekor dan sayap yang berhubung di antara satu sama lain, satu konklusi yang beliau telah capai setelah hampir berdekad lamanya dalam mengkaji cara burung terbang dan mendarat. Ibnu Firnas ialah sebenarnya tokoh yang berjaya mencipta satu teori yang menjadi tulang belakang kepada penciptaan “ornithopter”, sebuah pesawat udara yang meniru gaya bagaimana seekor burung terbang dengan mengepakkan sayapnya. Kebanyakan diagram – diagram mesin terbangnya telah menjadi rujukan di dalam kejuruteraan aviasi pada akhir abad ke 20.

Terbang di udara merupakan impian umat manusia untuk beberapa abad sebelum ianya dapat direalisasikan. Sejarah manusia telah dipenuhi dengan mitos yang menceritakan bagaimana manusia bersayap mampu melakukan perkara yang luar biasa di atas langit. Dalam mitos Greek, Icarus dipercayai telah terbang sangat hampir ke matahari walaupun dinasihati bapanya, sayapnya yang dibuat daripada lilin telah cair, mengakibatkan Icarus jatuh dari langit dan akhirnya tenggelam di lautan.

Apabila menyentuh tentang perbangan secara praktikal, percubaan yang pertama di mana sebuah objek “terbang” di udara, sebenarnya telah dilakukan oleh dua orang ahli falsafah Cina, Mozi dan Lu Ban, yang juga dikatakan sebagai orang yang telah mencipta layang – layang. Hasil projek –projek perintis mereka dalam abad ke 5, mereka berjaya mendapatkan informasi ketenteraan dari musuh kerajaan mereka.

Walaupun begitu, Ibnu Firnas masih dianggap sebagai orang yang terkedepan dalam bidangnya dan juga dianggap aviator pertama yang terbang menggunakan mesin yang ( lebih berat dari angin ).

Dilahirkan pada abad ke – 9 di Izn-Rand-Onda Al Andalus, dikenali sekarang dengan nama Ronda, Sepanyol, Beliau telah menghabiskan kebanyakan masa dewasanya di Cordova, salah sebuah pusat ilmu sewaktu zaman pemerintahan Umayyah.

Ada juga berpendapat bahawa Ibnu Firnas dipengaruhi oleh Armen Firman, individu yang dikatakan bukanlah seorang saintis mahupun polymath tetapi seorang pemerhati alam. Firman merupakan orang pertama yang telah membina sayap yang diciptakan dari papan kayu diselaputi sutera dan bulu burung. Pada awal 850 masihi, Firman telah memanjat sehingga ke puncak sebuah minarat masjid di Qurtuba dan telah lompat dengan memakai sayap. Walaupun percubaannya gagal dan dia tersungkur ke tanah, mesin terbangnya berjaya melambung pada waktu yang tepat dan memperlahankan daratannya. Beliau bernasib baik kerana tidak mengalami apa – apa kecederaan yang serius. Penangguhan dalam pendaratannya adalah sebab mengapa beliau terselamat.

Ibnu Firnas adalah salah seorang yang telah menyaksikan aksi Armen Firman pada waktu itu, semua hadirin yang terpukau melihat ke atas langit dengan penuh perhatian, kagum dengan aksi Firman, Ibnu Firnas mula menyedari perlunya banyak lagi kajian dalam hal penerbangan.

Beliau telah mengulangkaji corak penerbangan burung dan pelbagai jenis objek selama 23 tahun. Beliau kemudiannya telah membina mesin terbangnya sendiri dan telah terjun dari Jabal Arus di Yaman walaupun ketika itu beliau sudah berumur.

Beberapa abad kemudian, Seorang warga Turki Uthmaniah bernama Ahmed Celebi telah berjaya untuk terbang  sepanjang selat Bosphurus dan mendarat dengan selamat pada tahun 1630.

Ciptaan Ibnu Firnas yang lain

 

 

Minat mendalam Ibnu Firnas di dalam sains dan teknologi telah membawa beliau untuk menghasilkan jam kuasa air. Beliau juga telah bereksperimen dengan pasir dan kristal quartz supaya dapat lebih memahami sifat bahan – bahan ini. Ramai sejarawan memujinya kerana telah menciptakan kaca lut sinar yang menggunakan bahan – bahan tersebut. Beliau juga telah dikatakan perintis dibelakang penciptaan kaca Andalusia yang terkenal, di mana ia masih mempunyai permintaan yang tinggi sehingga ke hari ini. Golongan yang mempunyai masalah penglihatan juga mendapat manfaat daripada Ibnu Firnas, kerana beliau dikatakan orang yang telah mencipta lensa yang membantunya untuk membaca.

Ibnu Firnas berketurunan Barbar. Asal usul namanya adalah Afernas, yang di mana sekarang merupakan nama yang banyak digunakan di Morocco dan Algeria. Beberapa lapangan terbang, jambatan, bukit, taman dan pelbagai lagi telah dinamakan sempena namanya, terutamanya di negara majoriti Muslim. Sebuah patung yang terletak di airport Baghdad dan jambatan di sungai Guadalquivir, Cordoba, Sepanyol juga diberi nama sempena nama Ibnu Firnas.

Beliau dikatakan telah meninggal dunia di antara tahun 890 dan 895, ramai sejarawan mengatakan bahawa kematiannya kemungkinan adalah disebabkan kecederaan yang dialaminya.

 

Penulis,

Hazmi Azman

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.