fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Agamawan Perlu Menanam Pokok!

Begitulah kawan, tak akan pernah rugi orang yang rajin berbuat amal kebajikan. Menanam pokok (boleh jadi pokok buah atau pokok tidak berbuah) adalah antara amal jariah yang semakin dilupakan. 

Gambar ini adalah pokok sukun tertua di Malaysia (katanya) yang berada di Pulau Aman. Berusia sudah hampir 129 tahun. Ditanam oleh seorang guru al-quran, yang mana pokoknya sampai sekarang masih berbuah dan dari pokok yang utama ini, tumbuh pula pokok-pokok sukun yang lain.

Ditanam oleh Tok Awang Bin Akib, guru quran Pulau Amal

Bayangkan, asalnya beliau hanya menanam sebatang, mungkin tak pernah terbayang akan si penanam bahawa selepas 100 tahun, pokok itu masih hidup dan bercambah pula pokok-pokok yang lain. Selagi pokok-pokok ini memberi manfaat kepada yang makhluk, selagi itulah si penanam; walaupun sudah lama meninggal dunia, akan tetap mendapat pahala berterusan dengan amal jariah yang ini.

Aku rasa antara benda yang agamawan yang sangat patut hebahkan dekat masyarakat adalah menanam pokok sebagai amal jariah. 


Jadinya, orang ramai tidaklah berfikir simplistik dengan hanya menganggap, amal jariah itu hanyalah perlu mempunyai ilmu dan diajar ataupun mempunyai harta lalu disedekahkan/diwakafkan. Sedangkan Islam itu luas.

Aku sendiri pernah berjumpa dengan manusia yang menganggap menggunakan wang tabung masjid untuk membeli benih dan menanam pokok tidak mendapat pahala dan tidak membawa manfaat. Lebih baik gunakan untuk beri makan pada orang susah atau buat kuliah agama, katanya.

Bukankah menjaga alam itu juga satu tuntutan dalam agama? Hairan betul. 

Perubahan iklim yang semakin teruk sekarang salah satu punca adalah kekurangan pokok. Mungkin ada sahaja dalam kalangan kita yang akan mengatakan; ini tanda kiamat sudah dekat! Cepat-cepat bertaubat, kena tambal amal ibadat!

Tapi bukankah alam ini semakin rosak angkara tangan-tangan manusia sendiri juga? (Surah Ar-Rum:41) dan menjaga alam itu bukankah sebahagian dari amal kebajikan?

Bukan main kita merungut cuaca sekarang makin panas, tetapi bila pokok yang ada ditebang, kita tak marah pula. Pernah ada satu kali pokok yang ditanam di kawasan pejalan kaki di Jalan TAR, tetapi ditebang oleh pekedai kerana dianggap menghalang orang untuk nampak kedai mereka. Wang lebih utama berbanding oksigen yang mereka perlukan untuk bernafas? Entahlah. Materialisme.

Tahukah kalian, sebatang pokok juga memberi hidupan kepada makhluk lain? Satu ekosistem. Proses pendebungaan, berbuah semuanya memerlukan haiwan seperti serangga, burung dan tupai. Tiada pokok habis semua haiwan ini.

Benarlah sabda nabi junjungan kita, menanam tanaman atau menabur benih yang hasilnya bermanfaat kepada makhluk itu juga merupakan suatu sedekah.

Oleh: Hanis Hafizah

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.