fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Aku Tak Gila!

 ‘’Setiap kali nak tidur, aku rasa tak selamat. Aku risau kalau-kalau pintu rumah ini dipecah masuk. Benda itu berulang-ulang dalam fikiran aku sehingga aku rasa tidak tenang.’’ Ini adalah antara keluhan yang diluahkan oleh seseorang yang sangat saya kenali sejak tiga tahun lepas.  

Saya  mempunyai seorang sahabat yang mengalami  masalah gangguan emosi. Setelah diperiksa oleh pakar psikiatri, dia disahkan mengalami simptom OCD (obsessive compulsive disorder). Saya sendiri baru sahaja mendapat kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mental atau emosi. Penyakit ini sangat berbahaya kerana ianya tidak terlihat di luaran seperti penyakit-penyakit serius yang lain. Seorang pesakit jantung akan mengalami rasa mual, muntah, pening kepala atau sakit dada. Seorang pesakit kencing manis yang kronik pula terpaksa memotong bahagian kakinya jika kuman sudah merebak. Berbeza dengan orang yang mengalami masalah emosi, ianya sukar dikesan oleh orang sekeliling lebih-lebih lagi jika orang tersebut tidak suka bergaul atau bermuka-muka untuk menyorok masalah sendiri. 

Dr Ng Chong Guan, Profesor Bersekutu Psikiatri, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) berkata, 40 peratus penduduk tempatan menderita akibat penyakit kemurungan itu. Menurut beliau juga, wanita adalah penyumbang tertinggi kepada gejala penyakit jiwa atau mental berbanding lelaki. 

Saya mula berkenalan dengan sahabat saya ini adalah sebagai rakan sekerja. Pertama kali saya melihatnya dari luaran, dia ialah seorang yang sangat komited dengan kerja dan mempunyai hubungan yang baik dengan rakan yang lain. Selepas tiga bulan bekerja, kami berada dalam satu pasukan untuk menjayakan sukan tahunan sekolah. Sejak itu, hubungan kami makin erat. Pada mulanya, saya agak sukar untuk mendekati seseorang yang lain. Namun setelah beberapa lama, sahabat saya ini mula berkongsi tentang hal peribadinya. Daripada apa yang saya dapat kesan, seorang yang mempunyai masalah emosi ini tidak suka rapat dengan orang lain kecuali orang yang dia sudah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kita. Orang yang menghadapi masalah ini kebanyakannya suka memendam masalah sendiri kerana risau stigma masyarakat tentang mereka. Lalu saya mengambil keputusan untuk dekat dengan dia untuk memberi sokongan kepadanya. Penghidap penyakit emosi juga risau apabila orang  dapat tahu tentang penyakit yang dialami, orang sekeliling akan mula melabel dan menjauhkan diri daripada mereka. Mereka akan dianggap tidak waras dan masyarakat akan takut untuk berkawan dengan mereka. Semua tanggapan seperti ini adalah salah sama sekali. 

Pesakit OCD menghadapi derita dalam diam. Antara simptomnya penghidap suka melakukan perkara berulang-ulang seperti membasuh tangan dan berada di dalam bilik air berjam-jam. Penghidap OCD melakukan perkara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum itu tidak sempurna. Mereka sentiasa berasa resah, tertekan dan cemas. Sahabat saya mengalami beberapa simptom. Kami selalu melakukan aktiviti memasak bersama. Semasa dia mencuci bahan-bahan mentah seperti ayam atau sayur, dia akan mengambil masa yang agak lama walaupun saya kira bahan tersebut telah pun bersih. Selain itu, sahabat saya juga mengambil masa berjam-jam berada di bilik air untuk mandi atau membersihkan diri. Simptom ini amat mengganggu hidupnya menyebabkan dia terlambat ke tempat kerja dan berasa amat tertekan dengan perasaan-perasaan negatif yang bermain dalam fikirannya. Pada suatu petang, kami berdua pernah bersiar-siar ke pantai. Kebetulan pada waktu itu, disebabkan ramai pengunjung kami ‘parking’ kereta di tempat letak kereta yang agak jauh dari kawasan pantai. Sahabat saya berasa sangat risau sekiranya keretanya itu akan hilang dirompak penjenayah. Ketika menghabiskan masa di pantai itu, dia asyik menoleh ke belakang untuk memeriksa keretanya itu. Perbuatan ini berulang-ulang walaupun saya sudah meyakinkan dia bahawa keretanya itu selamat. Pada saat ini, saya berasa kasihan padanya kerana tidak dapat menikmati keindahan pantai pada ketika itu. Sekiranya kita adalah orang terdekat dengan pesakit, saya menyarankan supaya kita memberi nasihat dan dorongan yang wajar kepadanya. 

 

Setiap manusia mempunyai ujian hidupnya tersendiri. Jika pembaca berada di tempat saya, apa perkara perlu saya buat? Stigma masyarakat yang agak sinis terdapat isu ini menyebabkan pesakit tidak mahu meneruskan hidup. Malah, ada yang cuba mencederakan diri sendiri kerana terlalu tertekan dengan simptom-simptom yang dialami. Kadang-kadang, mereka dianggap gila. Ada yang kata mereka ini mengalami gangguan makhluk halus, mereka ini tidak mengingati Tuhan, tidak solat sebab itu fikir benda-benda yang buruk. Bermacam-macam tanggapan masyarakat. Menurut pembacaan dan sedikit pengalaman yang saya ada, seseorang yang mengalami penyakit mental tidak semestinya dia seorang yang tidak menunaikan perintah Allah. Sahabat saya sendiri seorang yang solat awal waktu, menutup aurat dengan baik dan selalu baca Al-Quran. Namun, tetap menghadapi masalah ini. Sebagai seorang muslim, perintah Allah itu wajib kita laksanakan. Tetapi, masalah yang berkaitan dengan penyakit emosi, pesakit seharusnya merujuk pada pakar psikiatri. Rawatan secara islam juga boleh diambil sebagai alternatif lain.

Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”

(Surah ar-Ra’d, ayat 28)

Apabila pesakit merujuk kepada doktor pakar, dia akan diberikan nasihat dan juga rawatan  yang boleh mengurangkan simptom. Pesakit mental biasanya mengambil masa yang tidak menentu untuk pulih. Ia amat bergantung kepada pesakit untuk mengawal  emosinya sendiri. Pesakit juga amat memerlukan sokongan yang kuat daripada orang dipercayainya seperti ahli keluarga dan sahabat. 

‘Ramai juga yang menyatakan bahawa depresi adalah sejenis penyakit mental dan walaupun kekuatan iman serta didikan agama yang tinggi mampu untuk mengurangkan tahap kemurungan seseorang namun ianya bukanlah solusi sepenuhnya.’’

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah seseorang itu bukan sahaja kuatkan diri dalam beribadah malah perlu berusaha untuk pulih daripada penyakit. Seseorang itu wajib mendekatkan diri pada Allah dan pada masa yang sama berikhtiar untuk sembuh. Dua-dua perlu berjalan seiring. Dalam berusaha, di situlah perlu diiringi dengan doa dan tawakal pada Allah. Moga kita semua dikurniakan kesihatan badan dan mental yang baik. Insya-Allah.

Pengulas,

Anis Semail
Guru,
Kajang, Selangor

 

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.