fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Bagaimana Mengekalkan Motivasi Dalam Membaca?

Buku Membaca: Motivasi Dan Kaedah karya Zaini Ujang mendedahkan 1001 rahsia serta tips berkaitan membaca selain berkongsi pelbagai teknik pembacaan, termasuk kaedah luncuran (skimming) serta imbasan (scanning) yang akan membolehkan para pembaca membaca sehingga 20,000 patah perkataan. 

Penulis membahagikan kepada 10 bab di mana ia terdiri daripada bab 1 masyarakat membaca masyarakat berilmu, bab 2 motivasi membaca, bab 3 mitos tentang membaca, bab 4 memahami tabii pembacaan, bab 5 masa membaca, bab 6 rintangan membaca, bab 7 kaedah membaca, bab 8 membaca pantas, bab 9 kaedah membaca dan bab 10 pengalaman membaca buku. 

Tercetus sedikit sebanyak keinginan mendalam kepada saya untuk menghargai tabiat membaca. Dalam pemahaman saya, proses membaca melibatkan deria dan minda. Deria mata digunakan untuk membaca, sebelum ia kemudian menghantar isyarat kepada otak bagi membolehkan makna perkataan ditafsir. Gerakan mata pembaca yang telah mahir akan hanya berhenti pada sesuatu frasa atau ayat. Individu cacat penglihatan atau buta menggunakan deria sentuhan tangan untuk mengenal huruf-huruf Braille. Sentuhan tersebut kemudian disalurkan kepada otak untuk mentafsir apa yang telah dibaca.

Proses membaca juga melibatkan makna tersirat pada setiap huruf disusun pada bahan-bahan bacaan. Ringkasnya, membaca adalah satu proses untuk mengenal simbol bercetak huruf dengan mengutamakan deria dan mentafsirkan makna huruf tersebut menggunakan akal dalam sesuatu Bahasa.

Seterusnya buku ini telah memberi tamparan hebat dalam diri yang menaikkan semangat saya untuk membaca setiap hari. Membaca bukan sahaja jambatan ilmu yang membolehkan kita memperoleh pelbagai maklumat tetapi juga ibarat jambatan masa dan tempat untuk kita mendampingi, memahami dan menghayati ilmu. Buku adalah teman ketika sunyi, penghibur ketika sepi selain meluaskan ufuk pemikiran dan menyuluh hidup. 

Tabiat tidak mahu membaca barangkali berlaku disebabkan beberapa mitos tentang membaca. Pertama yang sering menghantui kebanyakan rakyat Malaysia ialah membaca itu sukar. Mitos ini berkait langsung dengan pengalaman hidup pembaca. Kedua ialah membaca hanya untuk pelajar dan golongan kolar putih. Bagaimanapun hampir semua golongan penduduk negara maju tanpa mengira kerjaya dan latar pendidikan.

Akhir sekali, saya memperoleh satu ilham di mana sebelum mula membaca, kita mestilah terlebih dahulu melakukan persediaan untuk membaca. Persediaan ini membabitkan empat perkara penting, iaitu memahami ciri yang seharusnya dimiliki untuk menjadi seorang pembaca yang baik, menetapkan objektif membaca dan memilih jenis bahan bacaan serta tempat membaca yang sesuai. Kita juga mestilah mengetahui ciri-ciri membaca dengan baik agar kita boleh melengkapkan diri dengan ciri-ciri tersebut. Antaranya ialah sentiasa memperluas skop bacaan, bersifat kritis dan berani mengemukakan pandangan atau sikap sendiri.

Manusia yang berjaya mesti sanggup mengaku kelemahan diri dan kemudian memperbaikinya. Dalam hal ini, keseluruhan sikap manusia terhasil daripada tabiat hidupnya. Motivasi bermaksud bertindak berdasarkan sesuatu insentif atau dorongan dalaman mahupun luaran. Manakala motivasi membaca ialah membaca berdasarkan sesuatu dorongan dalaman dan luaran.

Kesimpulannya, golongan yang tidak rugi adalah mereka yang bijak menggunakan tempoh singkat itu dengan aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh, di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kita disarankan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Sesuatu tabiat yang baik seharusnya dihayati bersama-sama sekumpulan masyarakat dan tidak terkecuali ialah tabiat membaca. Caranya kita perlu bergaul dengan kumpulan-kumpula yang menghayati tabiat membaca. 

 

Disediakan oleh,

Mohd Huzaifi Bin Mat Ail

 

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.