fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Barat Beriman Dengan Kebangkitan Khalifah

Umum mengakui bahawa pertembungan ideologi yang terbesar abad ini ialah antara Islam dan Kapitalis ( Barat ) setelah jatuhnya komunis di Soviet Union yang dketuai Rusia.  Hakikatnya  pertembungan antara Barat dan Islam berlaku  sebelum kemunculan komunis lagi apabila tercetusnya perang salib antara Eropah dan Daulah Khilafah  yang berlarutan sehingga musnahnya institusi agung umat Islam iaitu Khilafah Uthmaniyah di Turki. 
Sejak itu umat Islam telah memasuki era kefasadan, kejijikan dan kekejian yang tak terperi. Rasulullah saw mengatakan di dalam hadis riwayat Imam Ahmad bahawa “ Akan sampai satu zaman dimana munculnya zaman mulkan Jabriyan”. Maksudnya bahawa umat Islam  bakal memasuki era kegelapan di mana dunia Islam dinaungi oleh para diktator yang bengis terhadap para ulama dan umat tetapi pengecut di depan pemimpin kafir.  
Umat Islam pasrah dengan kezaliman yang berlaku diseluruh tanah kaum muslim. Aqidah dicabar, ibadah dihalang, pejuang islam di kelar, kehormatan dicabut, kegirangan kanak kanak diragut, kitab Allah dan Rasulnya dicabul, masjid dan madrasah dijajah, hasil tanah dirobek dan pemikiran diperangi  ideologi sekular dan demokrasi sehingga umat Islam tidak lagi mengenal agamanya dan khilafah.


 Walaubagaimanapun, utusan Allah yang agung itu telah menjanjikan bisyarah kepada kaum mukmin di dalam hadis yang sama bahawa “Setelah berlakunya zaman mulkan jabriyan  seperti yang Allah kehendaki, maka Allah angkat zaman tersebut dan akan kembalinya zaman Khilafah ala minhajin nubuwah”. Ini ialah satu zaman kemenangan yang dinanti – nantikan oleh kaum mukmin kerana akan datang kembali satu zaman yang dunia ini akan diperintah oleh satu khilafah yang memayungi seluruh tanah dan warganegara Islam yang berbagai ras dan etnik serta mazhabnya seperti mana era Khulafa Ar Rasyidin. 


Malangnya, kebekuan dan kesejatian semangat nasionalisma, demokrasi dan patriotik yang disemai dan dibaja semenjak  kecil lagi telah membutakan mata sebahagian umat Islam untuk  beriman dengan konsep negara bangsa dan menolak malah mencerca kebangkitan Khilafah sebagai satu yang utopia( ilusi). Lebih menghibakan apabila penolakan terhadap Khilafah ini diwakili oleh para ulama dan intelektual Muslim yang mendapat didikan dalam bidang Islam. 


Lain pula yang berlaku di Barat apabila para pemimpin penjajah dan agensi penjajah mereka di era imperialisme dulu dan sekarang amat memerhati dengan teliti tentang  kebangkitan kuasa politik  dunia Islam. Berbagai teori , kertas kerja dan persidangan yang dibentangkan menunjukkan kebimbangan mereka akan pembentukan neo khilafah yang baru di dunia Islam dan hilangnya pengaruh barat dan sempadan negara bangsa.  Bukti kenyataan itu ialah :
George W. Bush, Presiden USA ke-44 ( 2005 )
“Para pasukan perlawanan bersenjata itu meyakini bahwa dengan menguasai satu negara saja, hal itu akan menghimpun kaum Muslim Dimana hal ini akan memungkinkan mereka untuk menghancurkan seluruh sistem-sistem di wilayah-wilayah itu, dan mendirikan kerajaan fundamentalis Islam dari Sepanyol hingga ke Indonesia”.


George W. Bush ( 2006 )
“Khilafah ini akan menjadi imperium Islam totalitarian yang meliputi seluruh wilayah Muslim saat ini dan yang terdahulu, yang membentang dari Eropa sampai ke Afrika Utara, Timur Tengah sampai ke Asia Tenggara”.


Henry Kissinger , diplomat Amerika ( 2004 )
Ancaman-ancaman itu sesungguhnya tidak datang dari teroris, sebagaimana yang kita saksikan pada 11 September, akan tetapi ancaman itu datang dari Islam fundamentalis ekstrim yang berusaha menghancurkan Islam moderat yang bertentangan dengan pandangan kelompok  radikal dalam masalah Khilafah Islamiyah”.


 Henry Kissinger dalam kenyataan lain,
“Musuh utama sejatinya adalah kelompok Islam fundamentalis yang aktif dalam Islam, dimana dalam saat yang sama ingin mengubah  masyarakat Islam moderat dan masyarakat lain yang dianggap sebagai penghalang penegakan Khilafah”.


Allen West , wakil rakyat Florida
“Arab Spring yang anda ketahui akhir-akhir ini sebetulnya bukan tentang gerakan demokrasi, tapi tahapan awal penegakan Khilafah  Islam. Dimana Khilafah Utsmaniyyah adalah yang terakhir.” 

Vladimir Putin , Presiden Komunis Russia ( 2002 )

“Terorisme Internasional telah mengumumkan peperangannya dengan Rusia dengan tujuan merampas sebagian wilayah Rusia dan mendirikan Khilafah Islamiyah”.


Charles Clark, British Home Secretary ( 2004-2006)
“Tidak boleh ada negosiasi mengenai pembentukan kembali Khilafah. Tidak boleh ada negosiasi mengenai penerapan hukum syariah”

Tony Blair , bekas Perdana Menteri Penjajah Britain dan penjenayah perang Iraq ( 2005)
“Kita sesungguhnya sedang menghadapi sebuah gerakan yang berusaha melenyapkan negara Israel dan mengusir Barat dari dunia Islam serta menegakkan Daulah Islam tunggal yang akan menjadikan syariat Islam sebagai hukum dunia Islam melalui penegakkan Khilafah bagi  segenap umat Islam”.  


Mitt Romney, Gabenor Massachusset ( 2007 )
“Bagi Islam radikal, terdapat konflik dan tujuan menyeluruh –yang menggantikan semua negara-negara Islam modern dengan sebuah Kekhalifahan, dengan menghancurkan Amerika, dan menaklukkan dunia”.

Donald Rumsfeld  (2011)
“Kami menghadapi musuh yang kejam. Para Islamis radikal ada di sana. Mereka berniat untuk mencoba untuk mendirikan Khilafah di dunia ini dan secara fundamental mengubah sifat negara bangsa”.


Central Inteligent Agency melalui kertas kerja yang bertajuk Mapping The Global Future meramalkan terbentuknya sebuah Kekhalifahan Baru pada tahun 2020 dan laporan kertas kerja ini telah diserahkan pada presien bush, ahli kongres dan para pembuat polisi Amerika.


Mereka begitu beriman bahawa suatu masa nanti Khilafah akan tertegak kembali. Khilafah yang anti penjajahan, Khilafah yang membebaskan ummah,Khilafah yang membakar Sykes Pykot, Khilafah Islamiyah sebagai kuasa dunia yang bakal mencabar hegemoni dan dominasi Barat dan proksinya. Walhal mereka menentang Al Quran, menolak hadith Nabi, dan tidak berakidah Islam. 


Bagi orang mukmin pula yang menjunjung Al Quran, beramal dengan Sunnah Nabawi, berzikir setiap hari, solat fardhu dan tahajudnya kuat sekali, tetapi begitu sangsi dengan kebangkitan Khilafah, apakah dengan sabda baginda saw itu tidak mampu mengentarkan hati dan menguatkan iman kepada Allah swt . Kita tidak mahu menegakan Khilafah disebabkan kekhuatiran Barat t tetapi perjuangan untuk membina kembali Daulah Khilafah terbit dari pancaran  akidah Islam yang agung diikuti dengan  bisyarah Rasulullah saw.


Inilah intipati perjuangan gerakan Islam diseluruh dunia yang ingin mengabungkan benua – benua Islam , menyatukan ratusan  etnik bangsa Islam sedunia dan mencantumkan kembali tanah – tanah yang dicerai  – beraikan oleh kaum kafir dan merealisasikan bisyarah Rasulullah saw bahawa “Akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian . (Hadis Riwayat Ahmad).


Oleh: Muhd Rizal Bin Effendi Kim

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.