fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Cerpen: Hadiah Sebuah Kerusi Roda

Hasrat untuk memiliki sebuah mountain bike semakin berputik. Saban hari keinginan tersebut kian memuncak di persada pemikiranku. Di rumah, Ayah kerap menonton rancangan Eurosport mengenai perlumbaan basikal. Ditambah pula dengan beberapa orang yang kerap menaiki mountain bike pada waktu petang setiap kali aku melintasi jalan tersebut untuk pulang ke rumah dari tempat kerja. Keadaan tersebut menyebabkan aku tidak sabar memiliki basikal seperti itu walaupun pada masa yang sama aku telah memiliki sebuah basikal biasa di rumah. Basikal biasa tersebut dibeli sewaktu mendapat gaji yang pertama sejak 10 tahun yang lalu. Pada sangkaanku, basikal biasa tersebut tidak sehebat seperti mountain bike. Mungkin juga nafsu telah menjelajahi keseluruhan mindaku.

Seminggu sebelum semester bermula, kejadian yang tidak pernah disangka berlaku dengan sekelip mata. Setelah pulang dari kampus dengan keadaan badan agak kepenatan pada hari tersebut, selang tiga langkah menaiki tangga untuk ke bilik tidur di tingkat atas rumah, tiba- tiba badanku seperti ditolak jatuh ke bawah. Aku rebah. “Aduh, sakitnya”. Ayat pertama yang keluar pada mulutku ketika itu. Kebetulan ketika itu Ibu dan Ayah belum pulang dari masjid. Aku kuatkan semangat untuk bangun sendiri, namun terasa sangat sakit pada kaki kiri. Kugagahkan diri bangun dan bergerak ke sofa yang berdekatan. Kelihatan benjolan semakin besar di bahagian buku laliku. Keadaan aku yang seringkali cemas menyebabkan berpeluh satu badan apabila melihat keadaan tersebut. Pada waktu itu kedengaran suara Ibu dan Ayah pulang ke rumah. Mereka terus menerpa ke arahku. Ayah segera meletakkan beberapa ketulan ais dan terus membalut kakiku dengan kain. Malam itu aku tidur tanpa lena kerana kesakitan. Pada keesokan pagi, Ayah membawaku ke sebuah tempat di mana terdapat pakar patah tulang tradisional yang popular. Keadaan yang dirasakan semakin sakit apabila pakar tradisional tersebut memintal bahagian kaki yang sakit.

 

Proses ini berlaku sepanjang satu seminggu memandangkan Ayah begitu yakin dan percaya dengan kaedah perubatan sedemikian. Aku akur dengan keputusan Ayah. Namun jauh di sudut hati, setiap malam aku berdoa kepada Allah dapat melembutkan hati Ayah agar menerima keputusanku untuk berjumpa Doktor. Aku teringat akan sebuah  ceramah daripada seorang ustazah mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan ayat dari surah Al Ghafir iaitu ayat 44 sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam kehidupan. Tafsiran ayat tersebut bermaksud “Dan aku menyerahkan segala urusanku kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hambaNya”. Kuasa doa itu sangat ajaib. Tatkala seminggu itu juga aku meneruskan kehidupan berulang alik ke kampus untuk melaksanakan tugas sebagai seorang pensyarah.

Pada suatu petang sebelum pulang, sedang aku jalan terhincut-hincut dengan menggunakan tongkat ke tempat letak kereta, seorang sahabat fakulti menegurku. Rupa-rupanya selama ini beliau begitu prihatin dengan masalah yang kuhadapi. Beliau berkata “Darina, awak tak mahu berjumpa doktor? Sudah seminggu keadaan awak seperti ini. Cuba berikhtiar pula berjumpa dengan Doktor Ortopedik” kata Huda kepadaku. Beliau juga menghulurkan bantuan dengan memberi nombor telefon klinik tersebut.

Keesokan harinya, aku terus berjumpa dengan Doktor yang telah disyorkan itu. Doktor melakukan X-ray dan keputusan mendapati tulang kecil di bahagian buku laliku telah patah. Aku redha dengan keputusan tersebut. Langkah seterusnya ialah kaki perlu disimen. Doktor terus membalut sebahagian kaki kiri dengan simen. Aku tidak lagi dapat bergerak dengan sewenang-wenangkan pada kali ini. Doktor turut menasihati diriku agar kaki kiri tersebut tidak menjejaki lantai dalam jangka masa yang ditetapkan. Pada waktu itu, segala perasaan hadir. Rasa sedih, takut, kecewa dan menyesal menyelubungi perasaanku. Aku beranggapan bahawa mungkin selepas ini aku tidak dapat berjalan kembali secara normal. Setelah pulang daripada mendapatkan rawatan, Ayah terus membeli sebuah kerusi roda. Perasaan bercampur baur. Adakalanya gembira tetapi perasaan sedih melampau menyelubungi hatiku. Gembira kerana dapat melihat dunia luar dan tidak hanya berada di atas katil. Ini disebabkan Ayah akan membawaku menaiki kereta dan kadangkala menyorongku di taman rekreasi yang berdekatan di kawasan perumahan.

Sebenarnya ada hikmah rahsia Allah yang dapat kucari. Dengan adanya kerusi roda tersebut, aku dapat hadir ke kampus dan menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar. Walaupun Doktor telah memberikan tempoh cuti sakit selama sebulan, namun aku tetap bersemangat untuk mengajar. Sungguh luar biasa keadaan tersebut! Aku tidak putus-putus berdoa kepada Allah pada setiap malam dengan lafaz, “Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibah ini, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya.” Setiap hari pengkuliahan, Ayah akan membimbing aku ke kelas dan mengambil semula selepas tamat waktu kelas. Rutin tersebut berlaku selama sebulan. Dengan keadaan sedemikian juga menyebabkan aku berasa selesa dan gembira tanpa memikirkan keadaan aku yang sebenarnya pada ketika itu. Terima kasih Allah. Sungguh hebat sekali perancangan Allah.

Setelah sebulan berlalu, kini waktu yang ditunggu – tunggu untuk berjumpa Doktor telah tiba. Aku merupakan pesakit yang terawal sampai di klinik tersebut. Aku disambut mesra dengan penuh senyuman oleh pembantu jururawat dan beliau terus menyorongku ke bilik rawatan. Doktor melakukan X-ray sekali lagi ke atas kakiku. Hasil X-Ray kali ini menunjukkan tulang kecil di bahagian patah telah bercantum. Ya Allah, syukur tidak terhingga. Tidak tergambar perasaan aku pada ketika itu. Doktor terus membuka simen di kaki. Aku dapat melihat kembali keadaan kakiku yang normal tanpa sebarang benjolan. Doktor senyum melihat gelagat aku pada ketika itu dan seterusnya mengajar kaedah berjalan yang betul kepadaku. Kini hampir setahun aku dapat merasa untuk berjalan secara normal tanpa sebarang bantuan peralatan. Akhirnya hajat aku selama ini dikabulkan. Allah menghadiahkan aku dengan sebuah mountain bike yang kuinginkan. Terima kasih Ya Allah. Antara hikmah terbesar yang dapat kupelajari daripada pengalaman ini adalah bersyukur atas segala pemberian Allah. Mempunyai sepasang kaki adalah antara nikmat kurniaan dari Allah. Gunakanlah sepasang kaki itu untuk berjalan dengan betul dan sentiasa berhati – hati pada setiap langkah di atas muka bumi ini. Semoga dengan pengalaman tersebut dapat menjadikan aku sebagai seorang yang kuat dan tidak berputus asa dalam kehidupan. 

 

Aishah Mahat
Tenaga Pengajar,
Johor Bahru

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.