fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

HAMKA dan Idea Kebebasan

Menurut Prof. Dr. Hamka, kebebasan menyuarakan pemikiran itu haruslah terlebih dahulu difikirkan dengan matang dan penuh pertimbangan. Hal ini telah dinukilkan di dalam bukunya Falsafah Hidup Katanya, “Suatu hasil pemikiran setelah matang difikirkan dan diyakini, merdekalah orang mengatakan ke hadapan umum. Kelak orang lain merdeka pula membantah dengan fikiran pula.”

Falsafah Hidup

Buku Falsafah Hidup boleh dibeli melalui pautan ini:
https://jejaktarbiah.com/kedai/falsafah-hidup-hamka/

Kematangan dan pertimbangan pemikiran yang dibahaskan mesti disokong fakta-fakta atau maklumat yang rasmi, sahih dan diyakini kebenarannya.

Sesebuah pengetahuan itu biasanya didapatkan hasil daripada pemerhatian, kajian, pengalaman, penelitian serta persepakatan oleh institusi atau tokoh-tokoh yang pakar dalam bidangnya.

Pengetahuan tidak boleh terbina Bdari mitos, dari mulut ke mulut, tanggapan dan andaian semata-mata, atau maklumat sekunder yang belum dipastikan lagi kebenarannya; atau mereka yang berbahas itu, latarbelakangnya diragui.

Seterusnya, maklumat yang sahih itu pula harus dipertimbangkan juga tujuan dan fokus utama maklumat itu terhasil. Supaya tidak disalahertikan yang akhirnya menimbulkan salah faham.

Setelah kebebasan bersuara itu dibahaskan, maka orang lain bebas juga menyatakan hujah mereka.

Hamka turut menekankan ada peraturan dan undang-undang dalam meyuarakan pendapat. Selagi had itu dipatuhi, setiap pemikiran bebas untuk dinyatakan di hadapan umum. Kata Hamka, “hendaklah orang yang merdeka menyatakan pemikiran itu, menjaga beberapa undang-undang, yang tidak keluar dari garis keadilan dan peraturan, dan tidak pula mengganggu kemerdekaan orang lain.”

Oleh sebab itu, menghasut orang lain mengerjakan suatu kejahatan, atau menghasut massa supaya memberontak dan menjatuhkan pemerintahan yang sah, tidaklah merdeka manusia mengerjakannya, bahkan dia mesti dihukum.

Hal ini disebabkan kerana kemerdekaan telah dipergunakan untuk merosakkan kemerdekaan orang dan membinasakan ketenteraman umum. Maka, jelas dan nyatalah di sini, merdeka yang dimaksudkan adalah keharmonian dan kesejahteraan hidup yang selari dengan fitrah bersyariat.

Kemerdekaan yang membawa kebinasaan, kezaliman dan lari dari landasan kebenaran bukanlah sebuah kemerdekaan. Kerana halatujunya membawa kepincangan terhadap kesejahteraan hidup. Jika keamanan masih terpelihara sekalipun, ia masih bercanggah syariat.

Walaubagaimanapun, skop dan ruang menyatakan pemikiran sangat luas. Maka orang yang menilai dan melabel harus mempunyai ilmu serta pemikiran atau kepekaan yang luas, atau sekurang-kurangnya memahami situasi individu yang menyatakan ideanya dengan bebas.

Keluasan pemikiran dan idea di sini bermaksud suatu hujahan yang membangkitkan serta menyumbang kepada aktiviti keintelektualan secara membina dan adil. Bukannya menegakkan benang yang basah, atau membela keingkaran, ataupun menjumudkan perkembangan pemikiran.

Hamka turut menjelaskan bahawa agama Islam sentiasa membuka pintu seluas-luasnya terhadap kebebasan menyatakan pemikiran. Katanya, “Pintu kebebasan menyatakan fikiran itu terbuka luas dalam agama Islam, iaitu dengan kebebasan ijtihad. Kemajuan ilmu Ushul Fikah, Fikah, Ilmu Tafsir, Ilmu Tasawuf dan lain-lain dalam Islam adalah berpangkal dari terbukanya pintu ijtihad. Ulama’-ulama’ besar, yang telah mendirikan Empat Mazhab Fikah (Maliki, Hambali, Syafi’e, Hanafi) dalam Islam adalah bersumber dari kebebasan ijtihad.” Maka dapat disimpulkan dan difahami di sini, kebebasan itu adalah ada objektif, iaitu berfokus pada ijtihad. Dan ijtihad ini telah melahirkan banyak hukum-hakam kontemporari serta buah pemikiran yang telah disepakati oleh ulama’-ulama’. Kebebasan ideologi inilah yang sepatutnya dimeriahkan dan diketengahkan.

Tidak sedikit para ulama’ menghasilkan karya-karya penulisan mereka untuk maslahat masyarakat umum. Mereka mengarang tidak sekadar berkaitan syariat Islam sahaja, malah meliputi pelbagai genre. Bidang apa al-Khawarizmi mahir? Atas jasa apa Ibnu Sina dikenang sepanjang zaman? Apakah kepakaran Ibnu Khaldun sehingga karya Muqaddimahnya dirujuk sampai sekarang? Dan setiap mereka (termasuk tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang tidak dinyatakan di sini) tetap membawa mesej ke-Tauhid-an Yang Maha Esa secara tersirat. Betapa eloknya jika ijtihad yang telah disepakati oleh jumhur ulama’ ini sentiasa menjadi rujukan orang ramai—dan  lebih mendapat tempat di hati mereka, kemudian menyatakannya dengan bebas.

Inilah yang membezakan dengan ideologi liberalisme. Pemahaman ijtihad berakarkan ke-Tauhid-an, tidak kira betapa luasnya pemikiran, hujah mahupun perbahasan. Adakah ideologi liberalisme berakar umbi dari sumber yang serupa?

Seterusnya, kemerdekaan menyatakan pemikiran ini telah Hamka simpulkan, iaitu kemanakah sepatutnya ia berhalatuju? Bahas Hamka, “Tetapi menyatakan pendirian sendiri dalam satu perkara, meskipun itu berlain dengan yang biasa terpakai tidaklah boleh dihalangi, malah wajib dihormati. Kemerdekaan fikiran yang seperti ini amat besar faedahnya bagi kemajuan masyarakat. Sebab apabila pendapat itu telah dikeluarkan, dapatlah kelak mendapat bandingan dari yang lain, sehingga nyata yang benar dan yang salah.”

“Apabila telah terjadi pertukaran fikiran mencari yang benar, dan menyingkirkan yang salah, atau menyelidiki mana yang lebih benar dan mana yang tidak benar, alamat akan terdapat kemajuan dan kesedaran (keinsafan). Itulah yang dikehendaki di dalam masyarakat demokrasi.”

Dan tidaklah Buya Hamka menulis akan hal ini, melainkan sebagai ‘alim yang berpegang teguh dan menjunjung falsafah agamanya. Pemikiran dan jiwanya yang bebas telah dipenuhi dan kaya dengan ilmu-ilmu bersumberkan kebenaran dari wahyu Ilahi.

Oleh: Mohd Faiz Rasip

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.