fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Hanum dan Azima dalam ‘Bulan Terbelah di Langit Amerika’

Takdir telah membawa seorang perempuan bernama Hanum bersama suaminya, Rangga ke dunia seorang Azima dan seorang bekas kapitalis bernama Phillipus Brown bersama sebaris soalan “Would The World Be Better Without Islam?”

 “I love Islam, but I lost the pride!” 

Dengan linangan air mata, Azima mencabut wig yang menjadi hijab kepalanya. Dia terpaksa berbuat begitu dek asakan dikriminasi terhadap dirinya sebagai Muslim di Amerika. Tragedi 11/9 telah membelah negeri itu menjadi dua.

Arab, hijab dan muslim adalah teroris?

Perempuan itu, Azima atau Julia Collins telah bertahun- tahun dipeluk oleh kebencian manusia. Rasa cintanya pada Islam masih mekar dalam dada namun mahkota kebanggaan yang pernah terletak di atas kepalanya sebagai Muslim sudah ditanggalkan. Suaminya, Ibrahim Hussein telah membawa ‘agenda Tuhan’ yang tak diketahui ke WTC sebelum menara itu meletus!

Hussein + agenda Tuhan = Tragedi 11/9;

Hussein = Muslim = Teroris?

Tragedi 11/9 telah membiakkan virus Islamophobia, tertanam dan mengakar di tanah Amerika. Sebagai muslim, Azima ditindas, diludah, terasing dalam sebuah masyarakat yang pernah mendatangkan kedamaian hidupnya. Adakah Islam sebagai agama yang diyakini penyebab kepada kekacauan dunia? Adakah benar suaminya seorang teroris? Hussein terlalu baik untuk dituduh pengganas! Pertanyaan itu tidak pernah berhenti mengasak-asak dalam benak kepalanya sehingga pertemuannya dengan sosok Phillipus Brown, seorang kapitalis yang berubah menjadi seorang dermawan tanpa diketahui penyebabnya. Lalu Brown membongkarkan segalanya. Semua persoalan terjawab serta-merta! Namun, setelah kebenaran terbongkar, adakah bulan yang sudah terbelah mampu bercantum kembali?

Filem ini memaparkan bagaimana keadaan Muslim terasing dan terseksa disebabkan oleh virus yang mengakar. Virus Islamophobia. Azima diaturkan sebagai watak seorang perempuan yang kuat. Meski dilanyak oleh asakan mehnah dan kebencian manusia sekeliling, ketaatannya pada agamanya masih utuh. Anaknya, Sarah terpisah oleh dunia kanak-kanak lain. Pendidikan untuknya terhenti. Sekolah bukan tempat anak teroris, katanya.

Setelah bertahun-tahun menjadi persoalan, setelah Azima dan Sarah terseksa, ‘agenda Tuhan’ yang pernah dibawa ke WTC sebelum tragedi 11/9 terbongar! Brown satu-satunya saksi yang tinggal. Dia menyaksikan sendiri bagaimana ketika satu pesawat melanggar WTC, saat manusia lari bertempiaran mencari jalan keluar, Hussein lari mencari arah jerit pekik manusia. Akhirnya yang diselamatkan terselamat. Dan, Hussein terkorban, tertimbus dalam runtuhan WTC!

‘Agenda Tuhan’ yang ditolak oleh Phillipus Brown sebelum tragedi itu ialah proposal misi kemanusiaan ke Timur Tengah. Teroriskah Hussein?

Hussein is a good muslim.”

Would the world be better without Islam? Of course not.”

Dua baris ayat itu terkeluar daripada mulut seorang bekas kapitalis bukan Muslim!

Filem adaptasi novel yang berasal dari Indonesia ini adalah filem yang manis dan layak untuk ditonton. Didatangkan dengan babak-babak yang mendebarkan dan tak henti-henti mencabar emosi penonton akan mendatangkan kepuasan. Buat muslim, filem ini menghadiahkan inspirasi bahawa Islam sebagai ‘رحمة للعلمين’ dan untuk membawa kedamaian haruslah dibuktikan dengan perbuatan dan bukan menjadi slogan semata-mata.

Ketertarikan saya pada filem ini sejak 2015 yang lalu adalah pada perwatakan yang dipegang oleh Hanum (dipegang oleh Acha Septriasa) dan Azima atau Julia Collins (dipegang oleh Rianti Cartwright). Hanum seorang perempuan yang sarat dengan pertanyaan manakala Azima seorang ibu tunggal yang hampir percaya diri, terasing di buminya sendiri. Meski dihujani dengan pertanyaan, Hanum tak pernah berhenti mencari jawapan. Azimah, meski terancam atas dikriminasi yang tercipta dek agama yang dianuti, dia teguh mempertahankan ketaatannya kepada agama dalam sembunyi.

____

Oleh Aimi Rasyida Junedi

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.