fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Jahitan Jalinan Kata “Noktah Terjahit” karya Nik Nur Madihah

Melihat kepada judulnya, hati tertarik untuk mendalami hasil penulisan seorang insan yang pernah menggemparkan negara tercinta dengan keberhasilannya mencipta kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2008. Ditambah dengan keunikan ilustrasi luaran buku ini, menambahkan lagi keterujaan untuk jiwa mengelus madah buat kekuatan nurani.  

Foto: Nik Nur Madihah

Menghalusi jahitan jalinan kata dalam Noktah Terjahit karya Nik Nur Madihah umpama memasrahkan kejadian dalam hidup. Kata-kata yang memikat mempesona jiwa minda, seolah-olah memujuk hati yang gulana. Karya yang terkandung 6 bahagian “noktah” ini tampak sangat menawan dengan istilah topik yang digunakan. Apatah lagi apabila pada setiap “noktah” itu terkandung “catatan” dan “warkah”nya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi turut tersisip Ayat-ayat Cinta dari Allah, Mutiara Hadis, juga Kata-kata Bijak Ilmuwan Memujuk Hati. Tiap-tiap “noktah”nya ada alur kisah dan motivasi hidup yang melekat di jiwa.

Noktah 1Mencari erti diri yang sebenar. Kadang manusia sering menganggap sudah cukup kenal akan diri sendiri, sedangkan masih tertanya-tanya. Manusia itu belum cukup mampu memahami dirinya dengan bertualang ke merata tempat andai dia tidak meneroka ke dalam dirinya sendiri. Justeru, cari diri dalam diri sendiri kerana hanya Allah dan diri sendiri yang Maha Tahu. Kenali Tuhan-Mu, nescaya kamu kenali dirimu. 

Noktah 2Siapa sahaja yang tidak pernah merasakan kehilangan, kepedihan dan kelukaan? Tetapi, bagaimana cara untuk bisa merelakan semua yang telah terjadi? Tinggalkan bagasi luka. Terus melangkah ke hadapan, namun jangan cuba memaksa diri untuk melupakan semua kelukaan. Kerana, saat kita bertindak kuat menghilangkan semua kenangan yang menyakitkan, kita sebenarnya makin memaksa diri kita terluka. Jadi, ketika kaki harus melangkah, jangan pernah menoleh lagi pada duka itu. Kebangkitan daripada sebuah kejatuhan itu adakalanya permulaan terbaik bagi menumbuhkan diri. Jangan pernah meragui keupayaan diri dan teruslah mohon kekuatan dari Allah. 

Noktah 3Kenapa diciptakan kita daripada bangsa yang pelbagai? Supaya kita saling berkenalan. Bangsa manusia itu Allah wujudkan untuk saling kebersamaan. Tidak harus membezakan dengan harta yang ada kerana pangkal hati itu tidak terletak pada timbunan harta mahupun darjat. Kemiskinan sebenar bukan terletak pada wang ringgit, namun pada tahap keimanan kepada Allah. Biarlah miskin harta, jangan miskin jiwa. Justeru, Rasulullah S.A.W. sebagai Qudwah dan Uswah Hasanah pada kita, umat manusia.

Noktah 4Hati. Di situ letaknya kebahagiaan. Di situ juga letaknya kedukaan. Dan di situ juga letaknya keluh-kesah segala rasa. Jika tidak diperlakukan fungsinya dengan baik, boleh jadi ianya akan merana. Ingin jadi manusia yang paling bahagia? Lahirkan dalam hati tanda kesyukuran atas segala nikmat Kurniaan Allah. 

Noktah 5Manusia. Makhluk yang sering meluahkan ketidakpuasan, mempersoalkan, membantah dan menuntut kebebasan. Sedang diri yang menuntut tidak memahami apa sebenarnya kebebasan yang dituntut. Sampai bila mahu jadi anak kecil? Memberontak tika tidak mendapatkan apa yang diinginkan. Ayuh kita jadi dewasa. Dewasa itu saat kita benar-benar memahami apa yang dimiliki dalam hidup adalah pinjaman dari Allah semata. 

Noktah 6Perempuan. Lemahkah perempuan? Sering ditindas, dipermainkan dan dibiarkan menunggu. Aku perempuan. Sedang cuba mencintai diri sendiri. Mendamba-damba cinta daripada yang lain, akhirnya diri yang kecewa. Aku akan baik-baik saja. Betul. Aku akan baik-baik saja sampai kekuatanku habis dipergunakan. Cuma jangan sampai biarkan diri jauh dari-Nya. Kerana Dia Maha Baik, tidak pernah menjauh dari hamba-Nya. 

Untuk segala kisah yang dilewati. Untuk segala rasa yang dipendam. Untuk segala kenangan yang tercipta. Semuanya akan bertemu titiknya. Kadang kita mengenangkan saat diri masih dijulang tinggi sehingga diri diinjak lemah. Kita harus kuat kerana ada Allah. Berhenti sejenak untuk memerhati dan dan menghayati setiap situasi dalam hidup kerana di situ terselit pelbagai ibrah yang ingin Allah sampaikan pada kita, hamba-Nya yang paling dikasihi. 

Siti Khairiah binti Abu Hassan
Pengulas,
Serdang, Selangor

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.