fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Pemuda Ini Menyanggah Kenyataan “Library is too mainstream.”

Ada artikel di Jejak Tarbiah yang menyinggung tentang betapa perpustakaan begitu mainstream. Kata pengendali portal tersebut, kenalan saya, tulislah satu artikel untuk membalas artikel tersebut. Namun, saya kehabisan waktu untuk menulis apa lagi mahu menghantar emel. Bahkan, komputer saya juga rosak, tidak terbaiki lagi. Jadi, saya fikir, barangkali, pandangan saya ini elok ditumpahkan di sini saja.

Kata orang, Muslim tidak perlukan masjid untuk beribadah. Begitu juga dengan pembaca. Kita tidak perlukan perpustakaan untuk membaca. Terlentang di kamar, di dalam bilik mandi, di dapur ketika menggoreng ikan- di mana saja, pembacaan boleh dilakukan malahan digalakkan.

Tapi kenapa manusia memikirkan untuk mendirikan sebuah bangunan di mana ia menyimpan ratusan buku untuk dibaca secara percuma? Seperti yang saya tuliskan tadi, jika sembahyang boleh dilakukan di mana saja tempat yang bersih dan selamat, mengapa masjid masih lagi didirikan?

Perpustakaan, mempunyai sejarah yang rapat dengan arkib penulisan. Sebelum buku dihasilkan secara besar-besaran, informasi ilmiah, kajian akademik, tulisan para sarjana dikumpul di dalam perpustakaan. Suatu masa dulu, sistem masyarakat tidak memiliki sistem pengajian moden yang mempunyai universiti dan sekolah. Tanpa usaha pengumpulan dokumen sebegini yang dikumpulkan di perpustakaan, kita tidak mempunyai modul pengajian yang kita gunakan pada hari ini. Seiring zaman, perpustakaan hari ini, tidak lagi memegang tugas sebagai pemilik arkib sejarah dan akademia sepenuhnya melainkan menjadi tempat untuk bahan bacaan- merentas genre dan usia, dikumpulkan dan dipinjamkan.

Perpustakaan, pada asasnya memang diniatkan untuk sentiasa menjadi arus perdana kerana ia harus menggarap setiap lingkungan pembaca tidak kiralah apa pun yang membezakan mereka. Seperti rumah ibadat, ia tidak harus khusus untuk digunakan oleh sesuatu golongan sahaja. Ia harus dibuka seluasnya, malahan pagar juga tidak harus mengelilinginya.

Namun, membuka pagar dan pintu tidak akan secara langsung menggerakkan fungsi perpustakaan. Perpustakaan harus berdiri sebagai medium pengumpulan bahan bacaan yang neutral. Ia tidak harus condong kepada mana-mana aliran hatta untuk melayani tekak pemerintah semata.

Seperti fungsi rumah ibadat, ia adalah rumah kepada pengagungan tuhan, maka sebarang manipulasi figura ke atasnya adalah wajib diharamkan. Perpustakaan harus mengangkat semangat membaca yang bakal menggalakkan semangat berfikir untuk berani menjangkaui sempadan berfikir yang diletakkan oleh mana-mana kelompok.

Ciri inilah yang kebanyakannya hilang buat mana-mana perpustakaan yang bertapak hari ini yang didanai kerajaan. Bahan bacaan banyak yang disekat dari dimuatkan di rak yang disediakan malahan kegiatan diskusi yang menjangkaui sempadan pemikiran yang ditetapkan juga dilarang.

Perpustakaan tidak lagi menjadi ruang bebas untuk aliran pemikiran bergolak dan bertempur tetapi menjadi tempat untuk membasuh minda anak-anak kecil untuk menuruti dogma dan norma masyarakat yang diingin kelompok dominan.

Kekecewaan ini membuatkan fungsi perpustakaan yang sebegini dibawa keluar. Di jalanan, di taman, di lorong- lahirlah ratusan pustaka kecil, yang digerakkan orang perseorangan atau mana-mana kumpulan untuk membebaskan nama perpustakaan.

Perpustakaan harus dibebaskan dari manipulasi sesiapa pun jika ia didirikan menggunakan cukai yang datang dari saku orang awam. Ia harus kembali lantang dan kembali suci dari dipercik dengan lendir-lendir hegemoni politik.

Kerana perpustakaan yang mampu menyediakan ruang pembacaan yang kondusif, aman , sistem peminjaman yang bagus- tidak lebih dari sebuah rumah agam yang diisi dengan barangan mewah tapi tidak dihuni tanpa kemewahan berfikir.

Maka, perpustakaan awam tidak harus dimusuhi. Ia harus dibebaskan. Ia harus arus perdana kerana kejahilan juga arus perdana. Ia tidak mengenal kelompok, warna kulit, bangsa dan agama.

Lucy M

  1. Japri says:

    Perpustakaan harus digauli sentiasa supaya tumbuhnya mencermin rona masyarakat. Kerana perpustakaan bukan kaku dan mati tetapi hidup berinteraksi dengan warganya yang sehidup selari. Sesuai kata Ranganathan bahawa perpustakaan itu organik, buku untuk dibaca, setiap pembaca bukunya, setiap buku pembacanya.

Leave a Reply

Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

PENGHANTARAN PANTAS
Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
BUKU TERBAIK & BERKUALITI
Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
PEMBAYARAN SELAMAT 100%
Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

Inginkan ruang khas ?

Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.