fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Kenapa Anak Perempuan Ditanam Hidup-hidup?

Sekiranya kita mengimbas kembali pada ribuan tahun yang lepas, golongan wanita ibarat golongan yang dihilangkan haknya sebagai seorang manusia, mereka merupakan golongan yang dipandang hina dan tiada nilai. Jika kita mengkaji  serba sedikit sejarah tamadun bangsa, kita dapat menilai  betapa golongan wanita ini tidak pernah di iktiraf keberadaannya, dan lebih dari itu golongan wanita sekadar pemuas nafsu golongan lelaki semata-mata. Walaupun terdapat aktiviti perkahwinan pada waktu tersebut, namun golongan wanita tetap tidak mendapat tempat yang seadilnya. 

Di dalam buku bertajuk Nisaa’ Haular Rasul Shuwaru Min Hayati ash-Shahabiyat, penulis membawa pandangan dari perspektif tamadun bangsa untuk menunjukkan nilai golongan wanita pada waktu itu sangat tidak bernilai. Contohnya, golongan wanita pada zaman Arab Jahilliyah melalui satu puncak kehinaan yang sangat dashat. Seorang anak berhak menghalang ibunya dari bernikah lain sehingga ibunya harus memberikan kepadanya apa yang telah diambil dari suaminya yang dahulu, hal ini jika si anak mengatakan “aku mewarisi ibu iaitu isteri ayahku sebagaimana mewarisi harta ayahku”. Maka itu dia berhak mengahwini ibunya tanpa mahar atau mengahwinkan ibunya dengan orang lain dengan syarat orang tersebut menyerahkan maharnya kepadanya bukan kepada si ibu”.

Ibnu Abbas r.a berkata, “orang Arab dahulu apabila ada seorang kematian ayahnya atau pakciknya maka dia lebih berhak terhadap isteri ayahnya, jika dia mahu maka dia boleh menahannya atau mengurungnya sehingga dia dapat menebus maharnya atau dia mati sehingga si anak akan pergi dengan membawa hartanya” (Jami’ul Bayan fii Tafsiiril Qur’an). 

Bahkan dari sudut pernikahan, terdapat 4 jenis pernikahan sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari di dalam sahihnya, daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata, “ sesungguhnya nikah pada zaman jahilliyah ada 4 macam. 

  1. Sebagaimana nikahnya orang sekarang, iaitu seorang lelaki melamar anak orang lain kemudian memberi mahar dan menikahinya
  2. Seorang mengatakan kepada isterinya setelah suci dari haid, “datanglah kepada si fulan (kebiasaannya seorang bangsawan) dan mintalah untuk digauli”. Kemudian suaminya akan menjauhinya iaitu tidak mengaulinya sehingga jelas apakah isterinya itu hamil anak laki-laki lain tadi! Apabila jelas tandanya bahawa isterinya telah hamil, barulah suaminya mengaulinya jika ingin. Tujuan dari perbuatan ini semata-mata ingin mendapatkan anak yang berketurunan bnagsawan. Nikah semacam ini disebut “nikah istibdha”.
  3. Sekelompak lelaki berjumlah lebih kurang 10 orang, seluruhnya akan mengauli seorang wanita yang sama. Kemudian tatkala dia hamil dan melahirkan dan berlalu beberapa malam setelah melahirkan, wanita itu memanggil para lelaki tersebut yang telah mengaulinya dan mereka tidak boleh menolaknya, sehingga apabila mereka semua telah berkumpul di depan wanita tersebut, wanita itu berkata; “kalian telah mengetahui apa yang kalian perbuat terhadapku dan kini aku telah melahirkan, dan ini adalah anak mu wahai fulan…” dia akan menyebut seorang yang dia sukai diantara lelaki-lelaki yang tersebut, kemudian dia serahkan anak itu kepada lelaki yang dia tunjuk.
  4. Sekelompak lelaki mengauli seorang wanita yang tidak menolak sesiapa pun untuk mengaulinya dirinya. Mereka adalah pelacur yang mana mereka memasang tanda pada pintu mereka sebuah tanda pengenal bagi sesiapa yang ingin mengaulinya. Manakala dia hamil kemudian melahirkan, maka panggillah mereka yang telah mengaulinya seluruhnya, kemudian anak tersebut diserahkan kepada orang yang dia anggap paling mirip dengannya sedangkan dia tidak berkuasa menolak”.

Malah kita juga sering atau pernah mendengar bahawa adat jahilliyah adalah menguburkan anak perempuan hidup-hidup. Diantara sebab terjadinya dorongan menguburkan anak perempuan hidup-hidup ini adalah disebabkan untuk menjaga kehormatan dan takut mendapat aib kerana anak perempuan digunakan untuk menebus tawanan, maka anak perempuan mereka ditangan pihak musuh.

Kabilah pertama yang menguburkan anak perempuan hidup-hidup adalah kabilah Rabi’ah. Terjadinya perkara tersebut bermula ketika mana pihak musuh dari sekelompak kaum arab cemburi terhadap mereka yang mendorong pihak musuh menawan seorang gadis anak raja mereka. Maka mereka meminta agar gadis tersebut dikembalikan. Setelah diadakan perjanjian, agar gadis itu sendiri memilih samada hendak kembali kepada kabilahnya atau mengikut kaum yang menawannya, ternyata gadis tersebut memilih untuk mengikuti kaum yang menawannya. Maka hal itu mendatangkan murka sang raja sehingga akhirnya dia membuat peraturan agar kaumnya menguburkan anak perempuan hidup-hidup. Maka mereka mengerjakannya kerana takut berulang kejadian.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah At-Takwir ayat 8 – 9 yang bermaksud, “apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh”. Ada juga yang menguburkan anak-anak perempuan disebabkan untuk mencegah kemiskinan sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-An’am ayat 151 berkenaan perbuatan tersebut yang bermaksud, “dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka”.

Ini hanya sedikit contoh dari bangsa Arab Jahilliyah, belum lagi menyebut perlakuan keji dari bangsa lain yang memperumpamakan wanita sebagai pintu syaitan dalam hati manusia, menganggap wanita sebagai malapetaka bagi keluarga, malah hubungan badan diantara lelaki dam wanita dianggap najis walaupun diikat dengan perkahwinan. Sehingga kehidupan sebagai birawati (mereka yang tidak boleh bernikah) adalah merupakan ukuran luhurnya akhlak seseorang.

Ada juga yang menganggap wanita sebagai makhluk yang rendah dan hina, dihalang mendapatkan hak perwarisan, dianggap sebagai penggerak lelaki kepada dosa. Lebih dari itu ada juga yang dipaksa mati semasa hari kematian suaminya. Terlalu banyak untuk disebut, sehingga tidak mampu mengungkap betapa kejinya perlakuan  dan pandangan mereka terhadap wanita.

Namun semua episod keji ini berakhir apabila terpancarnya cahaya islam. Agama islam telah mengangkat kaum wanita selayaknya, diberikan hak sebagai manusia, menjaga kesucian maruah mereka, dan diangkat darjat mereka dengan darjat yang tinggi. Islam telah memberi nikmat hidup kepada kaum wanita yang mana sebelum ini mereka dianggap sebagai lebih buruk dari haiwan.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya”. – Surah Al-Hujurat, ayat 13.

Kedatangan islam telah memberi sinar baharu kepada kaum wanita. Islam meletakkan mereka ditempat yang selayaknya. Dengan panduan wahyu, kaum wanita terus dijaga dan dipelihara tanpa sedikitpun terkurang atau terlepas pandang. Bahkan di dalam perkara melibatkan ibadat, islam tidak pernah membezakan diantara mereka dan lelaki.

Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran, ayat 195 yang bermaksud, “ Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal daripada kamu sama ada lelaki atau perempuan (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) daripada setengah lainnya”.

Jika kita menyelak helaian-helaian kitab, kita akan temui bagaimana islam memuliakan wanita, meninggikan kedudukan mereka terutama kepada wanita solehah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya daripada Abdullah bin Amr r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”.

Wanita solehah merupakan wanita yang menjaga agamanya, menjaga kemaluannya (maruah), menggembirakan suami, taat kepada suami, dan menjaga harta suaminya. Bahkan jika seorang wanita yang masih belum berkahwin, mereka tetap digolongkan sebagai wanita solehah selagi mana mereka menjaga batas agama, memelihara dengan sekuat-kuatnya.

Bahkan kita melihat, betapa hebatnya islam memelihara kesucian wanita sehingga Al-Quran tidak menyebut secara jelas berkenaan ganjaran berpasangan di syurga sebagaimana disebutkan laki-laki yang dimasukkan di dalam syurga akan dilayani oleh bidadari syurga sebagiama firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Waqaaiah, ayat 22 – 23, “dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, seperti mutiara ynag tersimpan dengan sebaik-baiknya”.

Ini bukan lah diskriminasi, namun ini merupakan petunjuk bagaimana islam memelihara kehormatan wanita selayaknya, bagaimana ketinggian maruah seoarang wanita hinggakan Al-Quran tidak menyentuh bab-bab tersebut secara terus sebagaimana Al-Quran menyebut secara jelas berkenaan ganjaran kepada lelaki. Namun hadis nabi telah menyebut bahawa pasangan wanita penghuni syurga adalah bersama suaminya yang terakhir di dunia, begitu juga wanita penghuni syurga yang tidak sempat bernikah di dunia, akan berpasangan bersama lelaki dari penduduk bumi yang berada di syurga, dan persoalan ini terlalu panjang untuk dibahaskan, namun kesimpulannya kita dapat lihat bagaimana santunya islam menjaga maruah seorang wanita.

Namun amat dikesali, akhir-akhir ini kedengaran suara-suara sumbang yang memperjuangkan hak wanita, mewakili badan-badan organisasi tertentu, melaungkan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita, sehingga kita mendengar suara mereka menyalahi acuan islam. Tidak kurang juga menyatakan agama islam ini terlalu jumud sehingga mendiskriminasikan hak wanita. Mereka sebenarnya terlupa, sebelum ini betapa keji kewujudan kaum wanita sehingga datang cahaya islam yang menyinari pelusuk alam yang membawa sinar baharu, cahaya kehidupan bagi mereka. Agama ini telah cukup sempurna, tidak pernah mendiskriminasi apatah lagi tidak berlaku adil.

Oleh itu, wanita pada hari ini perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu agama agar tidak terjebak dengan perjuang-perjuang yang menyalahi agama. Tidak kira lelaki atau perempuan, kehidupan ini perlu dipandu dengan wahyu bukan akal semata-mata.

“Allah s.w.t telah memuliakan kaum ini (wanita), mengangkat mereka daripada penindasan dan janganlah pada hari ini mereka cuba untuk menghilangkan kemulian tersebut”.

 

Dsediakan oleh;

Mohd Haffiz bin Zainal Abidin

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian), bertugas sebagai Eksekutif di Yayasan Selangor


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.