fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Kenapa HAMKA Menterjemahkan Novel Perempuan Pelacur – Margaretta Gauthier?

Sebagai seorang karyawan yang produktif, Buya Hamka tidak hanya sekadar menulis bahkan turut menterjemah karya penulis lain. Margaretta Gauthier ialah buah tangan terjemahan Buya Hamka yang diterbitkan kali pertama pada tahun 1940.

Novel asalnya adalah bertajuk La Dame auk Camélias (The Lady of the Camellias) di dalam bahasa Perancis yang ditulis oleh Alexander Dumas Junior. Beliau ialah anak luar nikah kepada Alexander Dumas, penulis yang mana antara karya terkenalnya ialah; The Three Musketeers dan juga The Count of Monte Cristo.

Sasterawan Mesir, Mustafa Lutfi al-
Manfaluti menterjemah karya tersebut ke dalam bahasa Arab dan meringkaskannya sedikit supaya sesuai kepada pembaca muslim dengan judul al-Dahiyya (The Victim) dan Mudhakkirat Margarit (The Memoirs of Marguerite). Seterusnya daripada naskhah Arab al-Manfaluti itulah Buya Hamka menterjemahkannya kepada bahasa Indonesia dan memberi judul Margaretta Gauthier.

Untuk kepuasan diri sendiri, saya juga membaca karya The Lady of the Camellias versi Bahasa Inggeris. Boleh dikatakan terdapat sedikit perbezaan dari segi plot, dan juga nama watak dan watak antara dua versi ini. Sedikit sahajalah. Tak banyak pun. Keseluruhan plot dan mesej tetap sama.

Pendapat peribadi, saya boleh katakan versi Lady of the Camellias lebih sedih dan menyayat hati disebabkan ada beberapa plot yang tidak ada di dalam Margaretta Gauthier. Saya tidaklah menyalahkan Hamka kerana beliau menterjemah karya ini juga bukanlah langsung dari karya primer berbahasa Perancis.

Secara ringkasnya, ini adalah kisah berkenaan seorang pemuda Armand Douval yang jatuh cinta terhadap seorang pelacur rupawan dan terkenal di kota Paris bernama Margaretta Gauthier.

Namun, biasalah kisah cinta terhalang dek keluarga Armand Douval ialah keturunan keluarga terhormat. Haruslah ditentang. Kiranya, kisah cinta yang tak kesampaian antara dua darjat. (Hurmm… Kenapalah novel Hamka ni semua cerita-cerita sedih lagi tragis belaka? Tak ada ke yang berbahagia sikit?)

Untuk memahami mesej Margaretta Gauthier, haruslah mengenai siapa penulisnya iaitu Alexander Dumas Junior (ADJ). Dikatakan cerita Lady of the Camelias ini ialah semi-autobiografi kisah hidup beliau sendiri yang ditulis pada tahun 1848. Watak Margaretta adalah diinspirasikan daripada watak Marie Duplessis, juga seorang pelacur. Setelah diterbitkan, buku Lady of the Camelias mendapat perhatian ramai adalah disebabkan ketika itu, semua orang mengetahui ADJ sedang hangat bercinta dengan Marie Duplessis. Marie juga meninggal pada usia yang muda pada umur 23 tahun kerana sakit. Watak Armand Douval adalah bayangan watak ADJ sendiri.
Kau tengok ADJ, drama hidup tragis siap satu buku dan siap buat pementasan lagi. Popular sampai sekarang. Kau bila lagi?

Alexander Dumas Junior

Pada era ketika buku ini mula diterbitkan, untuk bercinta dengan seorang pelacur adalah sesuatu perkara yang menghinakan. Stigma ini mungkin sudah berkurangan di dunia barat pada zaman sekarang, tetapi masih tabu di sesetengah negara-negara lainnya.

Membesar sebagai anak yang tidak sah taraf membuatkan ADJ lebih memerhatikan kehidupan dengan lebih teliti. ADJ ialah antara pelopor penulis moralis ketika itu. Beliau melihat kehidupan ini penuh dengan ketidak adilan dalam masyarakat dan cuba untuk membetulkannya. Antara tema yang cuba dibawakan oleh ADJ ialah kekejaman masyarakat menolak untuk menerima perempuan jalang secara kehormat walaupun dia sudah pun berhenti dari melakukan kerja yang dikutuk itu. Ironi sekali, dikutuk masyarakat tetapi namanya sentiasa diratib dan dicari oleh ramai lelaki.

“Memperbaiki perempuan yang telah rosak itu adalah sebahagian daripada pekerjaan lelaki muliawan. Dan pekerjaan itu jauh lebih suci berbanding sebahagian lelaki muliawan lagi, yang membawa perempuan baik-baik menjadi binasa. Banyak sekali lelaki bangsawan pada masa ini yang berasa bangga jika dia dapat membawa perempuan yang masih suci kepada kebinasaan, dihela tangannya ke dalam lembah kehinaan dan pelacuran,” Armand Douval membalas kepada bapanya. (Petikan daripada Margaretta Gauthier)

Setakat ini, novel-novel yang saya baca yang watak utamanya ialah seorang pelacur; Terusir oleh Hamka, Perempuan di Titik Nol oleh Nawal El Saadawi, Cantik Itu Luka oleh Eka Kurniawan, dan Salina oleh A. Samad Said, semuanya menyatakan mereka menjadi pelacur bukanlah kerana kehendak mereka sendiri tetapi adalah disebabkan sama ada terdesak atau dipaksa oleh orang lain.

Sebagaimana ADJ mempunyai kesedaran tanggungjawab untuk membetulkan moral masyarakat, Hamka juga mempunyai kesedaran sedemikian. Halusnya jiwa Hamka, sehinggakan perempuan jalang yang dikutuk dan tidak dipeduli orang, beliau cuba untuk mengubah sisi pandang masyarakat terhadap mereka melalui tulisan beliau. Dalam banyak-banyak karya, karya ini juga yang dipilihnya untuk diterjemah.

Masyarakat senang sekali menghukum dan mengutuk, hanya sedikit sekali yang cuba memahami dan menghulurkan tangan. Jikalau agamawan sendiri tidak peduli, apatah lagi orang kebanyakan. Jika agamawan menunjukkan teladan yang baik, baiklah diikuti orang kebanyakan.

Lihatlah pada babak akhir ketika waktu kematian Margaretta. Pada mulanya paderi agak keberatan untuk menemani Margaretta ketika waktu ajalnya.

“Tuan, rahmat Tuhan itu meliputi orang yang berdosa juga, jika mereka bertaubat,” – pelayan Borodin memarahi paderi.

“Ketika hidupnya, dia berdosa. Tetapi ketika akan mati, dia telah menjadi hamba yang tulus,” paderi memberikan kata akhir. (Petikan daripada Margaretta Gauthier)

Kenapa versi asalnya bertajuk The Lady of the Camellias dan ada apa dengan bunga camelia? Signifakannya adalah ketika Margaretta Gauthier menjual dirinya, dia akan membawa sebakul bunga camelia putih selama 25 hari setiap bulan. Hari selebihnya, bunga camelia berwarna merah tanda dia sedang bermenstruasi. Hal ini tidak disebutkan di dalam Margaretta Gauthier versi Hamka.

Di dalam The Lady of the Camellias juga, kisah ini dimulakan dari perspektif ADJ sendiri yang kemudiannya bertemu dengan Armand Douval yang mengadu kepada ADJ kisah cinta tragisnya. Berbeza dalam Margaretta Gauthier, kisah ini dimulakan terus mengenai Margaretta.

Paling ketara perbezaan plot ialah apabila Margaretta memilih untuk meninggalkan Armand selepas dirayu oleh Tuan Douval (bapa Armand) dengan berpura-pura mengikut lelaki lain. Di dalam The Lady of the Camellias, apabila Armand mendapat tahu dia ditinggalkan, dia mengambil langkah berpacaran dengan pelacur lain, Olympe, dengan niat untuk membuatkan Margaretta cemburu. Walaupun hakikatnya dia sangat sayangkan Margaretta dan langsung tak ada perasaan buat Olympe. Gila kau. Sakit jiwaku bagai ditoreh baca bab ni. Tetapi bahagian ini langsung tidak ada di dalam Margaretta Gauthier. Armand sekadar merajuk bawa diri kembara ke negara lain. (Kalau patah hati, ubat terbaik pergilah travel). Walaupun tak ada babak kejam cubaan bagi cemburu tu, namun tetap meruntun hati. Inilah kelebihan tulisan Hamka. Bukan main menyentuh.

Cinta tak semestinya bersatu.

Sekian. Eh, kesian.

Ulasan oleh: Annemishi, 19 Mei 2020

Novel ini boleh didapati di www.jejaktarbiah.com

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.