fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Kerajaan Harus Terus Bantu Golongan Tersasar Selepas Moratorium

Kemudahan moratorium bayaran balik pinjaman yang akan tamat pada 30 September ini dilaporkan kemungkinan besar tidak akan dilanjutkan lagi. Justeru, tatkala impak serangan wabak Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap ekonomi rakyat dan negara terus terkesan, kita berharap pihak kerajaan dan bank akan beri perhatian yang serius untuk membantu kumpulan tersasar yang semakin terhimpit.

Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan pelbagai laporan yang mengatakan semakin ramai rakyat boleh hilang pekerjaan sehingga akhir tahun ini. Malah para peniaga juga terpaksa melakukan pelbagai penyesuaian seperti pengecilan operasi serta pembuangan pekerja demi meneruskan survival perniagaan mereka dalam sitausi yang cukup mencabar ini. Akibatnya baik individu mahupun golongan peniaga mula berhadapan dengan detik kesukaran untuk membayar balik pinjaman masing-masing mulai Oktober, iaitu selepas tempoh moratorium berakhir.

Oleh itu perlu ada program bantuan kewangan bersasar untuk peminjam yang berdepan dengan kesulitan seperti ini. Bantuan penstrukturan dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada peminjam yang mempunyai masalah pembayaran pinjaman dan syarikat yang terjejas serta berdepan kesulitan kewangan wajar dilaksanakan oleh pihak bank. Dalam konteks ini individu dalam kategori berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah antara golongan yang cukup terkesan dan memerlukan bantuan penstrukturan dan penjadualan semula bayaran pinjaman. Ringkasnya, mereka belum bersedia untuk membayar semula pinjaman.

Golongan B40 dan M40 terutamanya yang telah diberhentikan kerja serta sedang mencari pekerjaan lain perlu diberi perhatian yang serius. Mereka ini antara yang menerima kesan langsung dari serangan wabak Covid-19 serta pelaksanaan PKP. Mereka hilang pekerjaan serta punca pendapatan secara total apabila majikan yang turut terkesan dengan wabak terpaksa mengambil langkah penjimatan dengan memberhentikan mereka. Dengan kedaaan bilangan isi rumah yang ramai, keperluan sumber kewangan untuk menampung keperluan seisi keluarga dalam era kos sara hidup yang cukup tinggi dilihat mula mencengkam kelangsungan hidup golongan ini. Dan kini bakal ditambah pula dengan situasi kemudahan moratorium ditamatkan di mana beban perbelanjaan bulanan mereka akan terus bertambah. Persoalannya bagaimana mereka mampu meneruskan kehidupan dalam situasi sebegini? 

Para pengusaha PKS pula turut berhadapan dengan kesukaran untuk mengembalikan momentum perniagaan mereka sama seperti sebelum serangan wabak dan pelaksanaan PKP. Sedihnya sudah ramai yang terpaksa mengambil langkah menutup operasi atau ringkasnya sudah gulung tikar kerana tidak dapat terus bertahan. Laporan bahawa berlaku peningkatan penutupan perniagaan, terutama dalam sektor berisiko tinggi seperti berkaitan pelancongan, borong dan runcit, penerbangan, pembinaan, hartanah dan pembuatan sudah tidak mengejutkan lagi dan menjadi bukti nyata kesan serangan wabak ke atas sektor ekonomi negara secara total.

Walaupun pihak kerajaan mula melaksanaan pelbagai program, inisiatif dan juga bantuan kewangan kepada semua pihak yang terjejas namun percayalah kesan wabak ini terlalu besar dan semua pihak yang terjejas tidak mungkin dapat keluar daripada masalah ini dalam tempoh masa yang terdekat. Misalnya, bilangan pekerja yang bakal hilang pekerjaan dijangka terus meningkat, begitu juga halnya dengan golongan peniaga yang bakal menutup operasi mereka. 

Beberapa laporan yang didedahkan tentang hal tersebut baru-baru ini cukup merungsingkan kita. Misalnya, ada laporan mengatakan hampir 1.9 juta orang di negara ini akan hilang pekerjaan menjelang hujung tahun ini dan lebih membimbangkan apabila ia turut membabitkan golongan profesional.

Statistik yang dikeluarkan Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pula menunjukkan seramai 64,495 pekerja daripada pelbagai sektor di seluruh negara telah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini. Manakala itu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pula mengunjurkan kadar pengangguran akan terus meningkat mencecah 12 peratus daripada keseluruhan 15 juta tenaga kerja di negara ini. 

Di samping itu, dijangkakan lebih 1.5 juta usahawan PKS pula bakal gulung tikar jika kemudahan moratorium tidak dilanjutkan. Hal ini kerana kebanyakkan daripada mereka baru memulakan operasi perniagaan sejak Jun selepas perniagaan ditutup susulan krisis Covid-19, justeru mana mungkin mereka mampu terus memulakan bayaran balik pinjaman dalam tempoh masa yang begitu singkat. Ini sekali gus bakal meningkatkan beban kewangan mereka dan tidak keterlaluan untuk kita rumuskan mereka ini berhadapan dengan risiko diisytihar muflis sekiranya beban hutang yang ditanggung tidak mampu dilunaskan kepada pihak bank.

Oleh itu kita berharap sangat agar pihak kerajaan akan membantu dengan cara mendapatkan persetujuan bank untuk meringankan beban kewangan golongan yang terjejas teruk ini. Kita memohon agar pihak bank terus menawarkan bantuan kewangan bersasar dalam bentuk penstrukturan dan penjadualan semula bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang mempunyai masalah pembayaran pinjaman dan syarikat yang terjejas teruk serta berdepan kesulitan kewangan.

 

Disediakan oleh,

Noor Mohamad Bin Shakil Hameed

Penganalisis Isu Semasa,

UPM Serdang, Selangor.


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.