fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Kisah Mariah Dan Margaretta oleh Hamka

Saya mengambil masa kurang dua hari untuk menghabiskan kedua buku ini. ‘Terusir’ yang merupakan karya penulisan Buya Hamka dan ‘Margaretta Gauthier’ yang merupakan hasil terjemahan beliau. Walaupun jalan cerita keduanya berbeza tetapi ia memiliki banyak persamaan:

1. Mariah dan Margaretta terjebak dalam kancah pelacuran disebabkan oleh desakan dan tekanan hidup.

2. Tanpa sokongan dan pembelaan, keduanya terpaksa memilih jalan yang salah walaupun mereka tahu apa yang mereka lakukan itu adalah sesuatu yang mengundang dosa dan kehinaan.

3. Masyarakat umumnya bersikap menghukum dari membela, membiarkan dari melindungi walhal tahu keadaan keduanya yang hidup hilang arah dan melarat. Wanita yang malang ini bukan dipandang sebagai mereka yang harus dipelihara diri dan kehormatannya malah diperalatkan dan diperguanakan untuk kepuasan mereka.

4. Naluri penyesalan dan keinsafan sering kali muncul, namun dalam pergaulan dan persekitaran yang sedemikian, ia sukar untuk mereka lakukan.

5. Walaupun dipandang keji dan dianggap sebagai sampah masyarakat, Mariah dan Matgaretta masih memiliki jiwa dan hati yang murni. Mereka sering kali memberikan bantuan kepada mereka yang bernasib malang dan yang memerlukan. Bagi mereka, nasib yang menimpa diri mereka tidak seharusnya berlaku pada insan lain.

6. Kedua mereka rela mengorban diri dan kepentingan mereka demi insan-insan yang mereka kasihi. Sekaligus mengangkat darjat mereka dipenghujung hayat.

Mariah membuktikan betapa kasih seorang ibu itu adalah sepanjang zaman. Mariah rela menerima hukuman dan menafikan statusnya sebagai ibu semata-mata untuk menjaga nama baik dan memelihara kehormatan satu-satu anak tunggalnya Sofyan.

Manakala Margaretta rela melepaskan satu-satunya insan yang dikasihi dan mengasihi dirinya demi nyawa dan kebahagian adik kekasihnya Armand. 

Kisah ini mengingatkan kita kepada kisah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebutkan tentang seorang pelacur yang diampunkan dosanya kerana memberikan air kepada anjing yang kehausan. Kisah ini bukanlah untuk meringankan perbuatan maksiat yang dilakukan oleh manusia tetapi menggambarkan kebaikan yang sedikit jika dilaksanakan dengan jiwa yang ikhlas dan luhur, ada nilainya di sisi Allah.

Kisah penulisan Buya Hamka sangat terperinci. Hasil daripada pemikiran yang jelas. Pemerhatian yang jitu. Dan nilai kemanusiaan yang tinggi. Buya Hamka mengangkat kisah Mariah dan Margaretta pada sisi lain yang jarang dipedulikan dan dianggap jelek oleh masyarakat. Kisah yang disampaikan bukan fiksi yang melekakan tapi realiti yang menyedarkan kita tentang hakikat yang berlaku dalam kehidupan manusia yang sepatutnya kita jadikan ibrah dan tauladan. 

Sesiapa yang pernah membaca tulisan Buya Hamka sahaja yang tahu, betapa setiap patah perkataan yang tertulis mampu menghantui jiwa, menjadi bait yang terngiang-terngiang di segenap fikiran. Ibarat ayat yang diungkapkan dalam kisah ‘Terusir’yang seharusnya kita jadikan renungan:

 

“Bukan sedikit jumlah perempuan yang terjerumus ke liang kesengsaraan dan penipuan manusia. Bukan kepadanya saja harus dipikulkan segala tanggungan, bahkan beribu kali kejadian disebabkan kesalahan masyarakat yang selalu tempang ini” 

 

 

Penulis,
Nurmashitah Mohd. Aminudin

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.