fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Mengenal Sosok Pramoedya Ananta Toer

“Dalam kehidupan ilmu tak ada kata malu. Orang tidak malu karena salah atau keliru. Kekeliruan dan kesalahan justru yang memperkuat kebenaran.”

Demikian ungkapan Pak Pram di dalam karya agungnya, Bumi Manusia. Pramoedya Ananta Toer atau lebih mesra dengan panggilan Pak Pram dan Pram ini merupakan salah seorang sasterawan Indonesia yang mendunia namanya. Nama beliau pernah dicalonkan beberapa kali sebagai penerima Anugerah Nobel Sastera serta berjaya merangkul banyak penghargaan di peringkat antarabangsa seperti The PEN Freedom-to-write Award pada tahun 1988, Ramon Magsaysay Award pada tahun 1995, Fukuoka Cultur Grand Price tahun 2000 dan banyak lagi. Pram telah menulis lebih 50 karya dan telah diterjemahkan lebih daripada 42 bahasa asing.

Pramoedya Ananta Toer

Pada 6 Februari 1925, lahirlah sosok ini di Blora iaitu sebuah kota yang terletak di perbatasan antara Jawa Tengah dengan Jawa Timur. Pram berasal dari keturunan bangsawan dan memiliki gelaran ‘Mas’. Ayahnya merupakan seorang nasionalis kiri dan juga merupakan seorang guru yang asalnya mengajar di sekolah pemerintah (Belanda) iaitu Hollands-Indische School lalu mengundurkan diri dan menjadi pemimpin pergerakan sekolah Budi Utomo. Di sana, ayah Pram mengajar untuk anak-anak miskin termasuk anaknya, Pram sendiri dan sekolah itu secara perlahan berubah haluan menjadi anti-kolonial. Ibu Pram, meninggal dunia seawal usia 34 tahun kerana tekanan hidup iaitu pada ketika pendudukan Jepun di Jawa.

Sesudah ibunya meninggal dunia, Pram membiayai hidupnya dengan menjual rokok dan tembakau pada usia 17 tahun sebelum ia mengambil keputusan untuk meninggalkan Blora lalu berhijrah ke Jakarta. Usia dini sebegitu, Pram sudah berani mengkritik budaya Jawa terutama dalam pembahagian hierarki sosialnya yang mempersulit hubungan demokrasi masyarakat. Di Jakarta, Pram bergabung dengan pamannya, Mudigdo dan akhirnya menjadi seorang juru ketik pejabat berita Jepang Domei.

Selepas itu, Pram menceburkan diri dalam bidang ketenteraan dan mendapat pangkat ‘letnan dua’ pada pertengahan tahun 1946 sebelum mengundurkan diri pada hujung tahun tersebut kerana konflik dalaman. Seawal tahun 1947, beliau telah bekerja sebagai juru penerang dari The Voice of Free Indonesia. Sehinggalah terbit karya roman beliau yang pertama bertajuk ‘Di Tepi Kali Bekasi’.

Pada 21 Julai 1947, Pram telah ditahan pertama kalinya selepas operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh Belanda di Jawa dan Sumatera terhadap Republik Indonesia. Selama dua tahun setengah, Beliau membekas di beberapa penjara seperti Penjara Bukit Duri dan Pulai Edam dan kemudiannya dibebaskan semula pada akhir tahun 1949.

Sepanjang membekas di dalam jeriji besi, Pram telah menulis bermacam roman yang lain seperti ‘Perburuan’ yang diterjemahkan dalam Belanda bertajuk De vluchteling dan ‘Keluarga Gerilya’, Guerillafamilie. Karya-karya tersebut sebenarnya dibawa keluar secara sembunyi oleh Han Resink, seorang ahli hukum Belanda yang diizinkan berkunjung ke sel beberapa kali.

Menjelang tahun 1950, Pram telah bernikah dan mendapat pekerjaan di penerbit negara, Balai Poestaka. Pada tahun tersebut juga, Pram terpaksa pulang ke Blora kerana ayahnya yang sedang sakit. Di sana, Pram cukup terkilan melihat keadaan keluarganya yang daif akibat perang. Selepas itu, terbitlah karya terbaru Pram yang bertajuk ‘Mereka jang (baca:yang) Dilumpuhkan’, sebuah karya yang menghimpunkan kisah-kisah dan pengalaman di Bukit Duri.

Pram menyertai Lembaga Kebudajaan Rakjat (LEKRA) pada tahun 1959. Kemudian setahun berikutnya, Pram telah ditahan oleh Soekarno selama dua bulan dalam rumah tahanan dan dipindahkan ke Penjara Tjipinang selama setahun. Pram ditahan atas penelitian kritisnya tentang diskriminasi terhadap kedudukan orang Cina (Tionghoa) di Indonesia. 

“Untuk, siapa saja jang boleh kusebut adikku:

 

Mula-mula aku merasa — perasaan yang berjalan dengan tiada

kesadaranku bahwa di dunia ini hanya akulah yang ada. pastilah

engkau tertawa karena kesombongan itu, tapi semua itu sudah

berjalan dengan tak setahuku, semua itu sudah jadi sebagian

dari sejarah.

 

dan tembok yang tinggi dilapisi oleh pintu besi dan pintu kayu

berangkap-rangkap itu, adikku, itulah yang membukakan mataku. 

ya, kemudian aku tahu, bahwa banyak manusia ada di dunia ini.

 

karena itu, adikku, dengan sengaja tulisan ini kubuat untuk

memperlihatkan padamu, dunia ini penuh oleh manusia —

bermacam-macam manusia. dan aku banyak berkenalan dengan

manusia-manusia dalam tulisanku ini..

 

Pramoedya Ananta Toer, Mereka jang Dilumpuhkan (1950)

 

Pram kembali menulis pada tahun 1962, dengan menjadikan riwayat keluarganya sendiri sebagai ‘tokoh’ tulisannya. Gadis Pantai ialah roman yang asalnya berlegar di akhbar sebagai cerita bersiri sebelum lenyap seketika dan disambung semula oleh Pram sesudah pembebasannya. Karya Gadis Pantai sempat dikatakan karya Pram yang paling utuh kerana beliau berhasil menghidangkan gambaran yang cukup jelas tentang diskriminasi golongan bangsawan terhadap penduduk miskin yang akhirnya menghambat kebangkitan nasionalisme.

Sehinggalah pada tahun 1965, Soeharto telah berjaya mengambil alih kekuasaan pemerintahan di Indonesia. Sejak pada hari itu, ratusan ribu orang komunis serta yang diduga berfahaman komunis dipenjara. Pram tidak terkecuali, beliau telah ditahan sebagai tapol (tahanan politik) dan banyak karya-karyanya telah dicuri dari rumah. Beliau membekas selama 14 tahun di beberapa buah penjara seperti Penjara Salemba, Penjara Tangerang dan di Pulau Nusa Kambangan.

Pada Ogos 1969 sehingga November 1979, Pram ditahan di Pulau Buru, Maluku. Di sana, pena beliau tidak pernah kering dan terus menulis sehinggalah terhasilnya ‘Nyanyian Sunyi Seorang Bisu’ yang menceritakan tentang 10 tahun pengalamannya di Pulau Buru. Ketika ditanya dalam sesebuah wawancara bersama Kees Snoek tentang bagaimana Pram boleh bertahan di penjara, Pram menjawab,

“Saya banyak belajar dari teman-teman. Kalau bangun pagi, minumlah satu botol air putih untuk membantu ginjal. Minum, air putih! Itu menyelamatkan saya, mereka juga bilang makan apa saja, makan apa saja, yang bisa ditangkap, makanlah.” Sebagai seorang tahanan politik di Pulau Buru, Pram harus melakukan kerja-kerja paksa seperti membuat jalan raya dan bercucuk tanam untuk kelangsungan sumber makanan.

Roman-roman sejarah telah lahir juga di Pulau Buru. Antaranya ialah Arus Balik yang diterjemahkan kepada bahasa Belanda sebagai De stroom uit het noorden dan Arok Dedes. Dua roman ini sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam membenihkan kesedaran bangsa Indonesia.

Pada tahun 1980, terbitlah roman yang dikatakan sebagai ‘masterpiece’ Pram iaitu siri Pulau Buru tentang lahirnya nasionalisme, dimulakan dengan Bumi Manusia (Aarde der mansen). Tidak lama selepas itu, lahirlah Semua Anak Bangsa (Kind van alle volken) yang merupakan siri kedua dari Bumi Manusia. Pada ketika itu, Soeharto bertindak dengan melarang sebarang pemilikan buku-buku tersebut.

Pada pertengahan tahun 1985, terbitlah Jejak Langkah (Voetsporen) dan akhirnya siri ini ditutup dengan Rumah Kaca (Het glazen huis). Semua karya-karya Pram ini telah dilarang. Karya-karya ini mengetengahkan perkembangan semangat nasionalisme melalui watak utamanya Minke.

 

Gambar 2: Tetrologi Pulau Buru, karya Pram

 

Penjara tidak pernah menghambat api semangat Pram untuk terus menulis. Pada 21 Disember 1979, Pram telah mendapat surat pembebasan dari Pulau Buru, namun beliau masih dikenakan tahanan rumah sehingga tahun 1999. Kebanyakan karya-karya Pram yang lahir di Pulau Buru dikeluarkan secara senyap-senyap untuk disiarkan kepada masyarakat. Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 April 2006.

Secara keseluruhannya, gambaran tentang karya-karya Pram pada awalnya bermula dengan kehidupan-kehidupan di sekitarnya, kemudian beralih kepada satu tinjauan dari tahanan kolonial (Belanda), lalu dari sudut pandang seorang penulis miskin yang mengamati lingkungan miskinnya dan barulah menyentuh soal-soal politik dengan nada moral yang utuh. Akhirnya, karya beliau mengajak kepada kebangkitan nasionalisme pada abad ke-20.

Sebagai seorang penggemar berat Pak Pram, wajarlah kiranya jika karya-karya beliau terus dibaca dan terus dikaji agar ia tidak hanyut dibawa arus zaman. Pemikiran-pemikiran beliau memang cukup menarik untuk dibahaskan. Pram dilihat sebagai ancaman yang besar terhadap pemerintah pada zamannya dengan pemikiran dan suara-suara hurufnya yang panas.

Pram pernah dituduh menganuti fahaman komunisme dan pada suatu ketika Pram ditanya tentang komunisme? Beliau menjawab,

Komunisme sebagai ideologi merupakan suatu masalah yang mampu menjadi objek perhatian setiap orang. Namun, komunisme sebagai sistem politik adalah masalah lain. Walaupun komunisme dalam sejarah bersifat membebaskan, sebenarnya komunisme menghasilkan penindasan. Pada saat itu, saya sudah menganggap; sebagai ideologi, komunisme bermakna untuk individu, akan tetapi sebagai sistem politik ianya tidak demokratik dan mengarah pada penindasan.”

Demikianlah riwayat ringkas tentang seorang nasionalis, sasterawan dan sejarawan yang mahsyur di Nusantara; Pramoedya Ananta Toer.

 

“Kau, nak, paling sedikit harus bisa berteriak.

tahu kau mengapa aku sayangi kau lebih dari siapa pun?

karena kau menulis. 

suaramu takkan pernah padam ditelan angin,

akan abadi, sampai jauh, jauh di kemudian hari..”

 

Pramoedya Ananta Toer, Anak Semua Bangsa (1980)

 

Disediakan oleh,

Ilham Yusuf

 


RUJUKAN SILANG;

  1. August Hans den Boef & Kees Snoek. (2008). Saya Ingin Lihat Semua Ini Berakhir: Esai dan Wawancara dengan Pramoedya Ananta Toer. Jakarta: Komunitas Bambu.
  2. Pramoedya Ananta Toer. (2005). Bumi Manusia. Jakarta Timur: Lentera Dipantara.
  3. Pramoedya Ananta Toer. (2005). Anak Semua Bangsa. Jakarta Timur: Lentera Dipantara.

Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.