fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Menonton filem Lykke-Per “A Fortunate Man”

Lykke dalam bahasa Dannish membawa dua maksud. Tuah dan Bahagia.

Aku rasa cerita ini menonjolkan pengajaran yang baik. Untuk menjadi pelopor berjaya, kau harus punya sikap merendah diri dan bergantung harap dengan orang lain.

Peter Andreas meninggalkan kampung untuk belajar bidang kejuruteraan. Dia berdendam terhadap keluarga kerana sang ayah selalu memukul dan membelasah beliau.

Disebabkan Peter tidak mahu menyambung pengajian agama, ayahnya tidak membekalkan wang kepadanya. Namun, ayahnya tetap memberi sebuah hadiah, iaitu jam saku. Peter menolak.

Peter kaya dengan bakat dan berpandangan jauh. Latar masa sekitar abad 19, dia mahu mencipta tenaga semulajadi, dari angin, dan gelombang ombak. Tanpa wang, wawasan ini tidak dapat menjadi realiti.

Peter tidak putus asa. Cita-citanya dihidupkan dalam setiap nafas. Dia terus melakar ideanya. Disebabkan keluarganya miskin, dia bekerja di sebuah restoran pada satu malam untuk makan. Di sini dia bertemu dengan sang gadis.

Sang gadis memberi apa yang ada kepada Peter. Badan, cinta dan harta. Gadis ini tidak memandang kemiskinan Peter. Dia mahu membantu. Sehingga satu hari, Peter berjumpa dengan Ivan Salomon. Mendengar idea Peter, Ivan terus mengesyorkan agar Peter bertemu ayahnya Philip.

Philip Salomon adalah Yahudi, mempunyai tiga orang waris, Jakobe, Ivan dan Nanny. Bagi Ivan, idea Peter menguntungkan.

“Siapa yang pegang kunci masa depan, dia memegang kunci kekayaan dan kuasa”

“Kejuruteraan telah lama membantu manusia. Saya kira, suatu hari, ia dapat membuatkan semua manusia merasa sama, tiada lagi keangkuhan kerana pangkat, nama dan harta.”-Jakobe Solomon.

Inilah yang membuatkan Peter dan Jakobe bercinta.

Hidup Peter semakin berubah, setelah dia bertemu dengan keluarga kaya Salomon. Beliau sering digelar Lykke Per. Namanya juga diubah menjadi Per. Maksudnya Lelaki.

Nama Peter semakin dikenali dalam kalangan orang atasan. Aku dapat rasai perasaan dan fikiran Jakobe tentang kesamarataan, maruah dan belas kasihan ditonjolkan berkali-kali. Setiap kali Peter berjalan, akan kelihatan orang miskin di merata-rata tempat.

Falsafah Peter adalah masa depan. Ia diisi dengan cinta dan roh dari Jakobe, mahu kejuruteraan yang diterajui Peter penuh dengan kebaikan dan manfaat.

Sayangnya, Peter terlalu idealisitik. Banyak perkara yang dia tolak, antaranya memohon maaf kepada seorang jurutera kerajaan. Mengapa? Kau harus menonton.

Ayahnya mati, sekali lagi Peter bertemu dengan ibunya. Jam saku datang kembali, bersama sebuah cerita. Ayahnya sangat meminati sastera, tetapi datuk mahu ayahnya menjadi agamawan. Sang ayah memberontak, datuknya memberi sebuah beg pakaian, bekal untuk ayah. Rupanya, di dalam beg itu adanya jam saku tersebut. Ia sebagai sebuah hadiah kepada ayahnya. Jam saku tersebut membawa dua makna. Hadiah dan juga kemaafan. Ayahnya menangis dan memohon maaf kepada datuk.

Peter tidak mahu menerima hadiah itu. Jam saku digantungkan di pusara ayahnya. Hidupnya dihantui penyesalan.

Peter sering merasakan bahawa dia boleh hidup sendiri. Dia lebih bahagia dengan kehidupannya. Lalu, dia memutuskan hubungannya dengan Jakobe. Ketika itu, Jakobe secara rahsia mengandungkan anak Peter.

Lykke hilang dalam hidup Peter. Dia sedar, setelah hubungannya
dengan Jakobe sudah tamat , tiada siapa memandang dirinya lagi. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dan berkahwin dengan Inger. Perkahwinan ini tidak.lama, kerana Peter tidak boleh hidup berkeluarga dengan sifat mementingkan dirinya.

Peter menghidap kanser. Dia mengutus surat kepada Jakobe. Nama Jakobe terkenal, kerana mendirikan sebuah sekolah untuk anak-anak miskin.

Peter kesal berpisah dengan Jakobe. Bukan kerana wang, tetapi betapa dia sayangkan cita-citanya lebih dari dirinya sendiri.

“Aku dengar, kau dah dirikan sekolah.”

“Untuk anak yang tidak bernasib baik. Aku tidak punya anak. Mereka semua adalah anak-anak kita.”

“Bolehkah kau ambil projek, idea dan lakaranku. Aku mahu ia menjadi inspirasi kepada mereka. Sebuah masa depan yang baik.”

“Ini wasiatku, ada 12600 kroner. Tidak banyak. Aku mahu ia untuk sekolahmu.”

Dua cinta hanya pernah hidup bersama dalam tempoh singkat, kini bercantum untuk hidup dengan lebih lama.

Perlawanan antara Kristian-Yahudi, Kemanusiaan-Kemusnahan, Cita-Cita dengan mimpi, serta banyak lagi. Dua jam masaku tidak sia-sia..

Novel Lykke Per pernah menang hadiah Nobel Sastera. Walaupun ia berkisar tentang kegagalan, kesombongan,serta kejatuhan tetapi dengan melihatnya, kau lebih faham makna kejayaan, kebahagiaan dan kemanusiaan.

Dalam hidup, kau tidak berjaya dengan sendiri. Bila kau kaya, kau tidak boleh terlalu sombong, angkuh dan merasakan bahawa orang lain bodoh. Orang miskin yang mendapat tuah sahaja selalunya memandang ke angkasa, merasakan dirinya terbang sehingga lupa kaki berpijak di bumi. Paling penting, kau akan faham makna sebenar – maaf sesaat, bahagia seumur hidup.

“I when to a restaurant and the lady told me the table wasn’t available. So, I bought the restaurant and told her job wasn’t available”

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.