fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Perempuan dan Perjuangan

“Saya tak akan berhenti. Saya tahu, setidak-tidaknya dua kali dalam hidup saya, sekiranya saya berhenti berjuang, saya akan menjadi orang berada dan lebih terjamin daripada segi material, tapi ini bukan jiwa saya.” Khatijah Sidek

Bergetar rasa mengenangkan bait-bait yang disusun oleh sang srikandi Khatijah Sidek (1918-1982)  dalam memoir ‘Sang Puteri Kesatria Bangsa’ beberapa puluh tahun yang lalu. Binar mata, lantunan suara pejuang perempuan itu ‘terdengar’ kukuh dan lantang, sekukuh tubuhnya berdiri dan menyusun langkah!

“Entah apa yang membuat dirimu senekad itu, wahai ibu?” 

Perjuangan, fitrahnya memang tak indah.

Dijatuhkan, bangkit.

Dipulaukan, tabah.

Dipecat, terus hidup!

“Demimu, perempuan!” – Taraf wanita tak seharusnya diinjak-injak, menurutmu. Kaum Ibu wajib dikurniakan layanan yang sewajarnya dan tidak hanya menjadi kutip yuran dan tukang kutip suara undi saja, menurutmu lagi.

DUNIA patriarkal ketika itu mewujudkan binari antara lelaki dan perempuan adalah punca keterpinggiran kaum wanita hasil corakan hagemoni lelaki. Salahlah dakwaan sebahagian dari mereka; wanita tak sepatutnya pasif, kurang kesedaran, lemah, tak berupaya dan tak perlu tinggi pengetahuan.

Bahkan sejarah Islam sendiri telah mencatatkan sejak awal kedatangannya, satu persatu peristiwa telah membuktikan wujudnya wanita dalam segenap cabang kehidupan sama ada dalam sosial, ekonomi mahupun politik. Santunilah bakti isteri Baginda, Khadijah dan Ummu Salamah untuk membantu Nabi yang dikasihi!

Lagi pula, ingatkah engkau pada firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah itu maha perkasa lagi maha bijaksana” (al-Quran 9:71).

Hari ini – para wanita kurang kefahaman tentang tujuan hidup dan identiti diri. Mereka bukan sekadar hamba keghairahan lelaki! Pramoedya Ananta Toer sendiri pernah mengakui, perempuan tak seharusnya bergantung sepenuhnya pada lelaki tapi tetap mandiri dan tangguh di samping tak lupa memberikan rasa cintanya kepada lelaki (suami).

Bukan material, bukan itu yang dikejar. Bukan cantik wajah, bukan kemasyhuran. Bukankah wanita yang cantik itu yang punya tinggi akal budi dan akhlak?

___

oleh Aimi Rasyida

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.