Description
Kerana buku,
“Minat membaca akan melahirkan keinginan yang tidak dapat ditahan-tahan hingga ketagihan untuk membaca buku datang tanpa dipaksa-paksa.”
Aku, Buku & Kota Kaherah adalah himpunan memoir penulis yang penuh dimaknai dengan buku, sebagai seorang mahasiswa pada era 90-an di Kaherah – sebuah kota yang menyimpan kisah para anbia. Di antara bau buku-buku lama dan debu-debu bertebaran, kota ini juga menyaksikan pahit getir kehidupan penulis dalam mengharungi zaman belajarnya di sana. Semangat cintakan ilmu dan buku membawa beliau menerokasi pesta-pesta buku sehingga ke pasar-pasar buku di jalanan. Begitu gigih memburu buku-buku langka – hinggakan terpaksa berebut dengan si penggila buku!
Penulis menceritakan pengalaman beliau tentang dunia buku yang dilaluinya. Ada apa dengan buku? Objek yang tak bernyawa itu? Tapi ia punya aura yang memikat hingga beliau memburu buku-buku lama, terpakai dan nadir. Asyiknya mencium bau buku-buku lama begitu mengujakan. Kita? Pasti merasai pengalaman yang sama juga. Hanya pencinta buku tahu apa perasaannya.
“Apa yang tertulis akan terus abadi. Apa yang terucap akan berlalu – bersama angin.”
Satu rangkap kata-kata yang dipegang penulis supaya terus menulis dan berkarya, lalu meninggalkan sesuatu yang bermakna, iaitu “buku”.
Naskhah ini ditujukan khas buat semua pencinta buku. Kalian akan menemui kepuasan dan nikmat membaca sebuah buku dengan menelusuri kehidupan penulis di kita yang terkenal sebagai pusat peradaban ilmu ini.
Reviews
There are no reviews yet.