Description
DI TEPI SUNGAI DAJLAH
“Dan sekarang, terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 malam yang terkenal dan masyhur itu. Teringatlah bahwasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah Utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun.
Buya Hamka, nama yang tidak asing di tanah Nusantara. Beliau seorang ulama, sasterawan dan tokoh yang sentiasa menghargai setiap perjalanan kembaranya di mana jua.
Di Tepi Sungai Dajlah, catatan beliau tentang sejarah kota Baghdad di hujung sebelah utara Jazirah Arab, di tepi-tepi Sungai Dajlah dan Sungai Furat yang merupakan negeri yang telah melalui riwayat ribuan tahun. Kota Baghdad, negeri 1001 malam yang mempunyai cerita yang mengagumkan dan juga menghibakan. Hamka bangga dan sedih semasa perjalanannya ke kota ini pada tahun 1950.
“Bertakafur di tepi Sungai Dajlah, melihat sejarah mengalir, menghidupkan kenangan pujangga pada masa yang silam, kini dan nanti.” – Buya HAMKA
Reviews
There are no reviews yet.