“Orang Melayu hanya perlu menyisip keris di pinggang, lantas dia membawa sejarah kejadian alam semesta, bangsanya dan susur galurnya. Keris yang sama itu juga alat yang bukan sahaja menjaga nyawanya, malah mempamerkan kehormatannya.”
Pada hari walimatul urus kedua Tun Selamat, leher anaknya, Tun Manis diacu keris oleh Si Kunta. Lalu muncul Gerhana, pemuda pembuat keris yang elok rupa dan baik budi bahasa datang menyelamatkan.
Kisah Tun Manis dan Gerhana berjalin kait apabila tahi bintang melintas di langit kerajaan Pahang Lama. Mereka mengembara bersama mendapatkan tahi bintang untuk menempa keris.
Setelah lebih seabad berlalu, kisah Tun Manis dan Gerhana jatuh ke tangan Hisyam, perantis ilmu pembuatan keris yang dirundung duka lara, melalui jurnal pemberian Sara Ramsay, pewaris industri pedang dari Scotland.
Adakah kisah yang selama ini berada dalam simpanan pustaka keluarga Sara Ramsay itu boleh membawa suluh pedoman terhadap kegelisahan dalam kalbu Hisyam?
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Reviews
There are no reviews yet.