Fasl al-Maqalti mà Bayna al-Hikmah Wa al-Shari’ah min al-Ittisal adalah karya pengenalan yang sangat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk memahami manhaj pemikiran Ibn Rushd al-Andalusi. Karya ini boleh dikatakan sebagai ‘batu asas’ kepada karya-karya beliau yang lain dalam tema falsafah dan teologi, khususnya adikarya beliau Tahāfut al-Tahäfut.
Buku ini diterjemahkan dengan tajuk Mengharmonikan Agama dan Falsafah kerana demikianlah apa yang disuratkan oleh Ibn Rushd pada permulaan karya ini. Buku ini bukanlah seperti karya-karya pengantar kepada falsafah yang lain – yang kebiasaannya bertujuan untuk memberi pengantar kepada sejarah dan tokoh falsafah atau mencirikan setiap bahagian daripada pelajaran falsafah atau mengajak manusia untuk berfalsafah sepanjang pembacaan buku tersebut. Tetapi Fasl
al-Maqal hadir bagi mengharmonikan tuduhan bahawa wujudnya percanggahan antara falsafah dan agama. Dalam konteks dunia intelektual pada masa dan tempat Ibn Rushd, tokoh-tokoh yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti
al-Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali.
Sebuah karya yang sangat wajar untuk ditelaah oleh orang awam mahupun para ilmuan. Perbahasan-perbahasan di dalamnya adalah malar segar dan wajar untuk diwacanakan di ruang-ruang awam mahupun kelompok-kelompok intelektual. Ya, karya ini ringkas, tetapi percayalah, ia sarat dengan ilmu.
Walaupun Ibn Rushd menulis karya ini dalam medan ruang-masa yang spesifik, idea-ideanya masih relevan untuk diwacanakan sesuai dengan perkembangan ilmu hari ini.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Reviews
There are no reviews yet.