fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Mukadimah – Ibnu Khaldun

RM90.00

Out of stock

Description

Sejak 600 tahun dahulu, dunia Islam mengenali dan menyanjungi Ibn Khaldun sebagai satu sosok pemikir, filsuf, penulis, ahli sosiologi, dan politikus besar yang telah mewarnai sejarah dunia. Beliau lahir di Tunis ketika kesatuan umat Islam sedang terancam dengan ancaman dalaman dan luaran. Sebagai saksi mata terhadap kucar-kacir dan segala perubahan masyarakat yang berlaku, beliau menumpahkan ideanya dalam tulisan-tulisan serta makar politiknya.

Kitab Mukadimah ini merupakan jilid pertama daripada kitab yang lebih besar, iaitu Kitab al-‘Ibar, sebuah percubaan Ibn Khaldun untuk menulis sejarah universal umat manusia sepanjang sejarah yang diketahui dan mampu diakses oleh beliau. Bukan itu sahaja, sebelum bermula menghuraikan sejarah segala umat dan bangsa yang ada di muka bumi, beliau berusaha menghuraikan dahulu jenis-jenis masyarakat, bagaimana masyarakat berubah, hubungan masyarakat dengan budaya dan persekitarannya masing-masing, dan pelbagai inkuiri lagi. Oleh sebab itulah, menurut ramai pemikir zaman moden ini, Ibn Khaldun selayaknya diangkat sebagai pengasas ilmu sosiologi moden.

Selain itu, Ibn Khaldun juga melakukan percubaan untuk mendefinisikan ketamadunan manusia berserta ciri-cirinya. Setelah ribuan tahun manusia bertamadun, dan setelah banyak percubaan untuk menghuraikan persoalan ketamadunan, Ibn Khaldun turut meneruskan usaha ini. Perkara ini adalah penting supaya kerangka pemahaman kita terhadap sejarah menjadi lebih terpandu, berpaksikan konteks yang jelas, dan tidak mencampuradukkan konteks-konteks kemasyarakatan yang berbeza tamadunnya.

Penerbitan semula Kitab Mukadimah yang agung ini dalam Bahasa Melayu dengan suntingan baharu dalam edisi ini merupakan usaha untuk memperkenalkan semula Ibn Khaldun ke dalam kesedaran massa para pembaca berbahasa Melayu. Pada masa yang sama, diharapkan wacana tentang politik, sosial, ekonomi, kebudayaan, sejarah, bahkan ketamadunan sekalipun, akan menjadi lebih matang dan berwibawa apabila idea-idea Ibn Khaldun dapat dirujuk dengan lebih mudah oleh khalayak pembaca..

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Beli juga

produk serupa

Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

PENGHANTARAN PANTAS
Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
BUKU TERBAIK & BERKUALITI
Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
PEMBAYARAN SELAMAT 100%
Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

Inginkan ruang khas ?

Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

Bintang Tanpa Nama.

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.