Pelbagai soalan berlegar dalam fikiran sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Adakah dia pilihan yang terbaik?
Apakah red flag pada calon yang perlu kita perhatikan?
Pernikahan bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai persediaan dari aspek kewangan, psikologi, kesihatan bahkan perhubungan yang perlu diketahui demi menyempurnakan sebahagian daripada agama. Maka, penulisan ini meneroka persoalan-persoalan tersebut dengan terperinci — daripada perkara yang wajib kita tahu, hingga isu yang dianggap tabu.
Perlu Tahu Apa Sebelum Bernikah? menyajikan sudut pandang fiqah perkahwinan yang segar, padat dan praktikal berdasarkan kajian oleh Dr. Nurul Hasna’ Hazni, pemegang Ijazah Kedoktoran Pengajian Islam (Fatwa dan Kehakiman).
Buku ini wajib dimiliki oleh pembaca yang bakal bergelar raja sehari atau pasangan suami isteri yang mahu menambah baik kualiti perhubungan dalam rumah tangga.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Reviews
There are no reviews yet.