ISBN: 9789671476420
Jenis: Paperback
Mukasurat: 227
Halaman: Berwarna
Tahun Terbitan: 2021 (Cetakan Keempat)
Berat: 0.3 KG
Cinta penulis pada sosok ini berputik sejak kali pertama menyertai trip Jejak HAMKA pada September 2015 bersama Komuniti Jejak Tarbiah. Mengenali ketokohan HAMKA dalam pelbagai bidang, menerbitkan satu persoalan dalam diri penulis.
“Apakah yang menjadikan HAMKA itu HAMKA?”
Selaku Murabbi Ummah, pesan HAMKA dalam pelbagai karyanya amat relevan untuk direnung oleh para pendidik yang menjadi guru buat pelajarnya di dalam kelas mahupun ibu bapa yang menjadi pembimbing buat anak-anak di rumah.
Atas persoalan inilah, terhasilnya buku ini. Pesan HAMKA kepada Pendidik.
Penulisannya bersifat santai, namun tetap ilmiah dengan bersandarkan rujukan yang baik. Justeru perbahasan buku ini sesuai untuk bacaan umum sebagai inspirasi untuk membangun peribadi berbudi tidak sekadar kepada pendidik seperti guru, bahkan juga untuk ibu bapa, dan generasi anak muda.
Moga usaha buku ini menjadi sedikit sumbangan penulis dalam membangunkan generasi masa depan yang cemerlang. Apabila pendidik terbina, maka akan terbinalah anak didik yang mempunyai jiwa dan pemikiran yang matang.
Banyak mutiara nasihat dan kisah hidup HAMKA yang boleh dikaji untuk menjadi teladan buat para pendidik.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Reviews
There are no reviews yet.