Buku Projek Bibliofil ditulis untuk mengajak semua orang supaya membaca dengan aktif. Antara caranya adalah dengan membuat catatan tentang buku yang dibaca.
Oleh itu, buku ini didatangkan dengan jurnal membaca yang ringkas. Pembaca juga digalakkan untuk berkongsi jurnal membaca mereka di laman sosial.
Menurut Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1984, rakyat Malaysia hanya membaca dua muka surat buku sahaja setahun.
Kajian Profil Membaca oleh Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) pada tahun 2005 pula menunjukkan sedikit peningkatan kepada dua buah buku setahun.
Pada tahun 2014, Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia yang juga dijalankan oleh PNM mendapati bahawa rakyat Malaysia membaca secara purata 15 buah buku setahun. Ia satu peningkatan yang agak positif.
Adakah angka tersebut cukup memberangsangkan?
Tanyalah pada diri masing-masing.
Adakah diri kita sendiri realitinya adalah seorang yang rajin atau malas membaca buku? Meskipun statistik hanyalah angka, tidak dapat disangkal bahawa banyak membaca buku yang berkualiti adalah budaya yang memajukan bangsa.
Kesedaran masyarakat bermula dengan kesedaran di peringkat individu. Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca ialah sebuah buku yang mengajak semua individu untuk memupuk amalan membaca dengan langkah-langkah yang praktikal. “Projek” tersebut bermula dengan diri sendiri, kemudian disebarkan kebaikannya kepada masyarakat.
Ayuh, apa yang kita tunggu lagi? Mari buktikan bahawa rakyat Malaysia adalah bangsa yang membaca!
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Reviews
There are no reviews yet.