ISBN: 9789671476444
Jenis: Paperback
Mukasurat: 179
Halaman: Hitam putih
Tahun Terbitan: 2020 (Cetakan Ketiga)
Berat: 0.4 KG
Set 4 Bulan Di Amerika mengandungi 2 jilid buku.
HAMKA, menerusi buku-buku travelognya, beliau membawa pembaca untuk mengembara dalam buku dan memahami dunia manusia dan masalah yang hadir dalam komuniti mahupun kehidupan manusia.
Perjalanan hidup HAMKA tidak mendatar tanpa cabaran dan dugaan. HAMKA sangat kenal akan dunia manusia dan masalah yang ada di tanah airnya kerana dia banyak berjalan dan gemar mengembara.
4 Bulan Di Amerika ialah sebuah karya Buya HAMKA yang bertemakan travelog di mana Buya HAMKA menceritakan pengalamanya semasa di Amerika.
HAMKA menceritakan bahawa perjalanan di Amerika ini ialah suatu untuk perjalan mencari kekuatan akal, berbeza dengan perjalanan beliau ketika di Mekkah dan Iraq. Di mana bagi pendapat HAMKA perjalanan di Mekah dan Iraq ialah perjalanan untuk mencari kekuatan jiwa.
Dalam tempoh 4 bulan kembara dan berada di Amerika, HAMKA berjaya menulis sebuah travelog.
4 Bulan di Amerika, Jilid 1 tentang pandangan perjalanan sepintas lalu, tentang tempat-tempat yang diziarahi, universiti yang dimasuki dan gereja yang didatangi.
Dan pada Jilid 2, barulah ditulis tentang kesan-kesan, perbandingan, tinjauan, kelebihan orang dan kekurangan kita atau sebaliknya.
Buku yang ditulis sebagai analisis dan renungan selepas kunjungan beliau ke sana pada tahun 1952. Hebat cara Buya menyampaikan apa yang ada difikirannya pada helaian demi helaian dalam tulisan.
Meski kita tidak mengembara, dengan membaca ia seolah-olah membawa kita mengembara.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Co-working space l Seminar l Kelas l Wacana l dan lain-lain ?
Reviews
There are no reviews yet.