fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Resensi Buku: Ayah karya Irfan Hamka

“Seperti sentiasa berada di sisi Hamka, dalam menelusuri hari-hari dalam hidupnya!”

 

Itulah perasaan saya ketika menyemak dan membelek setiap halaman dalam buku ini. Sentiasa terasa dekat, terasa hidup penulisannya, malah terasa asyik sekali.

Apabila membaca buku ini, fikiran saya kembali menerobos kepada setiap satu daripada karyanya yang telah saya baca. Bermula dari buku pertama beliau yang menjentik hati saya iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, kemudian terus kepada bacaan yang lebih berat iaitu Falsafah Hidup, Lembaga Hidup,Tasauf Moden, dan Tafsir Al-Azhar. Kemudian datang pula novel-novel beliau yang berkisar tentang pengharapan hidup seperti Merantau Ke Deli, Di Bawah Lindungan Kaabah, serta Menunggu Beduk Berbunyi. 

Kesemua buku- buku yang saya sebutkan diatas adalah sebahagian daripada perjalanan spiritual saya yang membawa saya kepada peribadi dan karakter saya sekarang. Sedikit sebanyak telah mencorak bagaimana saya berfikir, memerhati dan menilai kehidupan ini dari sudut yang berbeza.

KISAH MENARIK PERTAMA

Dalam buku ini, terdapat satu peristiwa menarik antara Irfan dan ayahnya iaitu Buya Hamka berkenaan pengalaman Irfan yang mahu berbohong kepada Buya Hamka. 

Irfan gugup ketika ayahnya, Buya Hamka mengetuk pintu biliknya secara tiba-tiba lalu ditanya Buya kepadanya.

“Sudah solat kau, Irfan?” tanya Buya Hamka.

“Alan, ayah,” jawabnya gugup.

Dalam Bahasa Minang, “alah” bererti sudah dan “alun” bererti belum. 

Sebenarnya dia ingin berbohong kepada ayahnya dengan mengatakan sudah (alah), tetapi kerana begitu gugup, dia menggabungkan kedua perkataan itu menjadi alan (alah dan alun).

Namun setelah Irfan selesai solat,Buya Hamka cuba berbual dengan anaknya itu. Kata Buya Hamka:

“Ada tiga syarat yang harus ada pada orang yang suka berbohong.”

  1. Orang itu harus memiliki mental kuat, berani,tegas, dan tidak ragu-ragu untuk berbohong. Jangan jadi seperti kamu tadi.
  2. Tidak mudah lupa dengan kebohongan yang diucapkannya.
  3. Harus menyiapkan kata-kata bohong untuk melindungi bohongnya yang pertama.

Lalu Buya Hamka menerangkan lagi dengan memberikan perumpamaan.

“Contoh, ada seorang bertanya kepada kawannya. “Tadi solat Jumaat di mana?” Si teman yang ditanya sebenarnya tidak ikut solat berjemaah, namun kerana malu, dia berbohong, lalu menjawab, “ Di Masjid Agung”. 

Si teman yang bertanya kembali bertanya, “Di tingkat berapa kau solat?” Yang ditanya kembali menjawab, “Di tingkat bawah”. Bertambah lagi bohongnya.

“Saya juga di tingkat bawah, tapi tidak Nampak pun?” Dengan mantap yang ditanya terus menjawab, “ Saya di saf yang paling belakang”.

Cuba kau kira, Irfan! Untuk melindungi bohongnya, berapa kali dia menambah bohong agar temannya percaya bahawa dia memang solat di Masjid Agung? Mengerti kau Irfan akan cerita ayah ini?

“ Ayah lihat, kau tidak berbakat untuk berbohong. Pada awal-awal lagi kau ragu-ragu mahu berbohong pada ayah tadi. Kalau tidak berbakat, jangan berbohong. Dan ingat, bohong itu salah satu dosa yang harus kau pertanggungjawabkan di hadapan Allah.”

Begitulah kisah Irfan yang cuba berbohong kepada ayahnya. Menurutku, Buya Hamka amat berhikmat sekali menyampaikan pengajaran sehingga saya pun terasa terkesan dengan cerita tersebut.

INTIPATI BUKU

Daripada buku ini, saya melihat tentang kepentingan mencatat dan meceritakan semula peristiwa atau riwayat hidup seseorang. Bayangkan jikalau Irfan (anak Buya Hamka) tidak menulis tentang ayahnya, kita sudah kehilangan satu ‘diari bergerak’ untuk menggambarkan bagaimana peribadi Buya Hamka semasa dia masih hidup.

Orang kita agak terkebelakang tentang perkara ini. Tidak menjadi satu tabiat untuk kebanyakan orang untuk menulis diari. Sedangkan apabila kita melihat orang-orang yang besar, mereka banyak mencatat. Dan termasuklah sebahagian catatan itu ialah diari — kisah hidup untuk tatapan generasi akan datang.

Buku ini menceritakan secara kronologi tentang kehidupan Buya Hamka. Daripada asal usulnya, di mana beliau lahir, dengan siapa beliau berguru dan kemuncaknya apabila beliau ditahan di dalam penjara selama dua tahun lebih. Sehinggalah di akhir buku ini diceritakn dengan sempurna saat-saat akhir Buya Hamka menghembuskan nafasnya di dalam hospital kerana sakit tenat.

Setelah habis membaca buku ini, titik-titik kabur tentang kehidupan menjadi lebih jelas kepada saya. Sebelum ini saya hanya mendapat gambaran tentang hidupnya hanya melalui buku-buku karya beliau sendiri. Tetapi kali ini, ia adalah cerita langsung dari sudut pandang anaknya sendiri. 

KARYAWAN DAN ULAMA

Pendapatku, Buya Hamka adalah permata kepada umat ini, bukan sahaja di Indonesia malah seluruh nusantara. Karya beliau yang banyak, bermula dari novel-novel ringan yang membawa mesej besar dan persoalan berat hinggalah karya yang paling agung Tafsir Al-Azhar. 

Secara peribadi, saya amat gemar dan seronok membaca tentang kehidupan seseorang, apatah lagi jika beliau seorang ulama, karyawan dan orang yang tersohor. Kerana dengan mengetahui cerita hidup seseorang, kita akan cenderung untuk meniru dan mencontohi mereka. Dengan tujuan kita juga akan menjadi seperti mereka, ataupun lebih baik daripada mereka.

Bagi anda yang sudahpun mempunyai anak yang masih kecil, tidak pernahkah anda terfikir apa yang anak-anak akan tulis nanti apabila anda meninggal? Apakah cerita-cerita garang dan kenangan pahit sahaja?

Atau seperti Irfan yang menulis sebuah buku khas untuk ayahnya, Buya Hamka? Memotivasikan dan menghidupkan kembali sebuah jiwa yang sudah pergi. 

Sama- sama kita fikirkan dan kenang-kenangkan.

 

Pengulas,

Dr. Baihaqi Mohamad
Merawat dengan ubat,
Menjentik hati dengan tulisan.

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.