fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Sahaja Aku Menjadi Imam

Kalau ditanyakan apakah genre pembacaan yang menjadi pilihan saya,saya gemar membaca buku yang menceritakan hal kesulitan, ujian dan kepayahan yang terpaksa dilalui oleh seseorang dan bagaimana mereka mengatasi dan keluar darinya, menuju kepada sesuatu yang lebih baik. Sisi pandang seorang yang pernah gagal dan dari kegagalan itu menjadikan dia seorang yang matang.

Kerana itu saya membeli buku ini setelah membaca sinopsis dan ulasanyang dikongsikan penerbit, penulis dan pembaca-pembaca lain di laman sosial.

Seperti yang dinyatakan di belakang kulit buku, buku ini memang sangat santai. Sesantai saya yang mampu menghabiskan keseluruhannya hanya pada satu malam. Namun begitu, walaupun isi dan gaya penyampaiannya yang ringan, ada beberapa manfaat yang boleh dikutip untuk dijadikan bekalan hidup :

1. Tidak semua apa yang kita nak, kita akan dapat. Kadang-kadang apa yang paling kita nak itulah yang kita takkan dapat. Lumrahnya kehidupan ini sebagai suatu ujian dan juga kerana selalunya apa yang kita berkehendak itu, bukanlah sesuatu yang kita perlukan, dan bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita. Konsep Allah Maha Mengetahui hanyalah dapat dihayati dan dilumati apabila kita berjaya untuk berdamai dengan sebuah kegagalan dan kekecewaan. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 216 :

“..Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.”

2. Mempersoalkan kasih sayang dan kredibiliti Allah pada saat kita jatuh, bagi saya bukanlah sesuatu yang tidak baik. Ia tidak menjadikan kita seorang yang jahat. Tetapi ia adalah suatu proses yang normal dalam kita memahami apa yang sedang berlaku. Ia juga menunjukkan yang kita masih kisah dan percaya pada Allah, hanya saja hati kita sedang berada dalam kekecewaan. Persoalan-persoalan itu adalah proses pembelajaran dan tarbiyah yang sangat ampuh bagi kita menterjemahkan segala teori yang kita belajar mengenai iman dalam bentuk praktikal dan kepercayaan sebenar. Seperti firman Allah dalam surah Al-ankabut ayat 2-3 :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

3. Konsep tawakal yang disampingkan dengan usaha yang bersungguh dan sedayanya. Terutamanya dalam persoalan rezeki. Logik mengatakan bahawasanya duit yang diberikan akan berkurang. Namun begitu, Islam mengetengahkan satu konsep lain yang lebih menarik, iaitu semakin kamu memberi semakin bertambah rezeki dan rezeki itu bukan sahaja diterjemahkan dalam bentuk wang tetapi juga kebahagiaan dan kemudahan dalam melalui kehidupan. Allah sedang berbicara pada kita bahawa rezeki adalah sesuatu yang bukan dalam kawalan kita, melainkan sesuatu yang diberi atas sifat Allah yang Maha Pemberi.

4. Masa haruslah diisi dengan hal-hal yang baik dan bermanfaat. Saya rasa salah satu ubat bagi jiwa yang kecewa dan patah, adalah dengan menyibukkan diri dengan perkara yang dapat meluaskan fikiran, melapangkan hati dan menjadikan kita manusia yang bertumbuh.

What you focus on, grow. Kalau kita hanya fokus pada kesedihan dan kekecewaan yang dialami, perkara itu akan menggenapi kehidupan kita seolah tiada lagi kebahagiaan di dalamnya. Kerana itu, kita perlu keluar dari zon itu dan mengalihkan fokus pada perkara lain yang lebih terisi dan bermanfaat. Beriman itu tidak bermaksud tidak sedih dan kecewa, beriman itu ialah apabila kita ditimpa kesedihan dan kekecewaan, kita tahu ada Allah yang sedang memerhati, menjaga dan tidak akan menzalimi. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 139 :

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

Membaca buku ini terasa dekat. Terasa empati. Terasa seperti “yes, I’ve been through a similar situation and eventhough I might not understand the exact circumstances, but I do understand the pain and the struggles.”

Sebagai satu sisipan tepi, saya rasa menjadi imam itu bukanlah suatu perkara yang mudah dan enteng apatah lagi dalam usia yang muda. Tetapi ia datang dengan satu tanggungjawab yang berat dan besar yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Apa yang saudara Andi lalui, melalui pemerhatian saya tidak lain ialah satu persiapan dari Allah untuk menjadikan beliau seorang yang fit dengan tugasan mencabar itu. His failure of not being able to be chosen as one of the ‘leftenan muda’ is a means and as a preparation in achieving something greater. And better. 

Dan walaupun saudara Andi tidak menceritakan “kesedihan yang berpanjangan dan proses kebangkitan” secara terperinci dan mendalam tetapi secara keseluruhannya ia adalah suatu penulisan yang bagus. Saya suka gaya penceritaannya yang jelas, teratur dan tidak kaku.

Buku Sahaja Aku Menjadi Imam boleh dibeli melalui pautan ini:
https://jejaktarbiah.com/kedai/sahaja-aku-menjadi-imam/

Oleh: Kamaliah Abbas

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.