fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Siapakah Orang Banjar Di Selangor? (Bahagian 1)

Orang Banjar dari Kalimantan Selatan (Kalsel) telah  merantau secara beramai-ramai ke Malaysia, termasuk ke negeri Selangor pada  akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sebahagian besar daripada  mereka merupakan “perantau hilang” yang  terus menetap di perantauan. Di Selangor mereka membuka “kampung Banjar” dan meneruskan cara hidup Banjar.  Dengan berlalunya waktu lebih 100 tahun, kini telah berlaku pelbagai perubahan  dalam cara hidup keturunan mereka di perantauan. Perubahan sosial ini berlaku terutamanya sebagai kesan dari dasar dan rancangan pembangunan kerajaan, tetapi ada juga kerana pengaruh persekitaran.

Oleh itu, berdasarkan kajian dan pemerhatian di Selangor, artikel ini ingin menghuraikan  dua  perkara: a) Latarbelakang sejarah, dan b) Perubahan sosial dan identiti  dalam  kalangan orang  Banjar di Selangor Dalam latarbelakang sejarah akan dihuraikan proses penghijrahan orang Banjar dan pembukaan kampung Banjar serta pembentukan komuniti Banjar di Selangor. Antara perubahan sosial yang akan dihuraikan pula termasuklah perubahan dari petani tradisional menjadi petani moden, penghijrahan  ke rancangan pembangunan tanah dan ke bandar, dan mobiliti sosial melalui pendidikan. 

Di samping itu, akan dihuraikan juga dua perubahan sosial yang lain, iaitu kemerosotan penggunaan bahasa Banjar dan meluasnya perkahwinan antara orang Banjar dengan  suku lain. Semua perubahan sosial ini turut melibatkan perubahan identiti dalam kalangan orang keturunan Banjar, walaupun pada dasarnya mereka masih mengaku sebagai orang Banjar. Akan tetapi, mereka kini jelas  telah berubah menjadi “Banjar baru” dan bukan lagi “Banjar lama” sebagaimana datuk nenek mereka.

Dalam  artikel ini saya ingin menghuraikan masalah perubahan sosial dan identiti yang dapat diperhatikan dalam kalangan orang keturunan Banjar di Selangor  pada masa kini. Akan tetapi, sebagai permulaan, saya ingin meninjau   terlebih dahulu proses kedatangan orang Banjar ke Selangor dan cara hidup orang-orang Banjar generasi awal di Selangor. Tinjauan ini saya  lakukan sebagai latarbelakang dan juga sebagai perbandingan untuk memahami  perubahan sosial dan identiti di kalangan orang Banjar di Selangor masa kini.

Orang Banjar yang berasal dari Kalimantan Selatan (Kalsel) dipercayai telah berada di Malaysia, termasuk di Selangor sejak akhir abad ke-19 lagi. Kini, keturunan mereka, bersama dengan keturunan suku lain dari Indonesia, seperti Jawa, Minangkabau, Mandailing, Rawa,  Bugis, Boyan (Bawean) dan lain-lain, dan keturunan pendatang dari China dan India, merupakan sebahagian daripada rakyat Selangor. 

Orang Banjar yang berhijrah ke Selangor bertumpu ke dua daerah, iaitu Kuala Selangor dan Sabak Bernam, walaupun pada mulanya ada yang bertumpu di daerah Kuala Langat. Sebahagian  daripada mereka terus datang dari Kalsel, tetapi ada juga yang pernah tinggal  di negeri lain, seperti Johor dan Perak, dan  beberapa tempat lain di Indonesia, seperti Kuala Tungkal (Jambi), Tembilahan (Riau) atau Deli (Sumut) sebelum berpindah  ke Selangor.

Sebagaimana orang Banjar yang berhijrah ke tempat lain, kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Selangor adalah “perantau hilang”, iaitu perantau yang terus menetap di Selangor dan tidak pulang lagi ke Kalsel.  Mereka diterima oleh kerajaan penjajah Inggeris pada masa itu sebagai sebahagian daripada bangsa Melayu atau bumiputera Tanah Melauu. Dengan itu, anak cucu mereka kini secara automatis menjadi rakyat atau warganegara Malaysia.

Orang Banjar generasi awal, yang hidup sebagai petani sara diri (subsistence farmer), tentu saja membawa dan mengekalkan cara hidup atau budaya Banjar apabila  mereka menetap di Selangor. Akan tetapi, dengan berlalunya waktu lebih seratus tahun, tidak dinafikan dalam kalangan orang keturunan Banjar masa kini, telah terdapat pelbagai perubahan  yang agak ketara dalam cara hidup mereka, dan dengan itu identiti mereka juga turut mengalami perubahan.

Oleh yang demikian, dalam makalah  ini saya akan membincangkan dua perkara: a) penghijrahan dan pelestarian cara hidup Banjar dalam kalangan orang Banjar generasi awal, dan  b) perubahan sosial   dan identiti dalam  kalangan orang Banjar masa kini. 

Untuk memahami proses penghijrahan orang Banjar generasi awal, kita boleh mengaitkannya dengan dua faktor yang boleh dianggap mempengaruhi fenomena itu, iaitu faktor penolak di Kalsel dan faktor penarik di Malaysia (termasuk Selangor). Sementara itu, pelestarian cara hidup  Banjar pula berlaku terutamanya kerana di Selangor mereka meneruskan kehidupan sebagai petani sara diri, tinggal di perkampungan mereka sendiri (kampung Banjar) yang terpisah dari perkampungan suku lain dan kurang berkomunikasi dengan kumpulan etnik atau suku yang lain.

Perubahan  sosial dan identiti pula boleh  dikaitkan dengan dua faktor juga, yang dianggap sebagai  faktor utama  yang mempengaruhinya: pertama,   dasar dan rancangan pembangunan kerajaan dan kedua, persekitaran atau lingkungan sosial di mana orang Banjar berada.

Idea utama yang ingin saya hujahkan di sini adalah bahawa dengan berlakunya pelbagai perubahan dalam cara hidup mereka  itu, orang Banjar di Selangor  masa  kini telah berubah dari “Banjar Lama” menjadi “Banjar Baru”.

Data untuk artikel ini diperoleh dari  kajian dan pemerhatian saya dalam beberapa komuniti orang Banjar di Sabak Bernam, Selangor. Di samping itu, saya  gunakan juga data yang diperoleh dari  pemerhatian di daerah lain, khasnya di daerah Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Penghijrahan dan Pelestrarian  Cara Hidup  Banjar

a) Meneruskan Kehidupan Sebagai Petani Sara Diri

Di daerah Sabak Bernam khususnya, orang Banjar yang membuka kampung di daerah itu,   meneruskan kehidupan mereka sebagai petani sara diri. Jika mereka bertanam padi, mereka terus bertani mengikut cara lama, bergantung kepada tenaga manusia dan alat-alat yang simpel, seperti tajak dan cangkul. Mereka bergantung kepada air hujan, kerana ketika itu belum ada sistem pengairan. Jika mereka bertanam tanaman wang seperti  kelapa pula, orientasi pertanian mereka masih untuk sara diri. Jadi mereka hanya berpindah tempat tinggal dari Kalsel ke Selangor, tapi masih meneruskan kehidupan sebagai petani  tradisional seperti di tempat asal mereka. Mungkin kehidupan mereka di Selangor lebih senang sedikit daripada di Kalsel, tetapi status mereka masih  tetap sebagai petani sara diri.

b) Berkomunikasi dalam Bahasa Banjar

Sebagai orang Banjar, bahasa yang digunakan oleh orang Banjar di Sabak Bernam untuk berkomunikasi dalam kehidupan sehari-hari tentu sahaja bahasa Banjar, walaupun dialeknya mungkin berbeza-beza mengikut tempat asal mereka di Kalsel.  Di dalam kampung mereka dan dalam perhubungan sesama Banjar memang tidak ada keperluan untuk mereka menggunakan bahasa lain. Mereka hanya perlu menggunakan bahasa lain, khasnya bahasa Melayu, jika sekali sekala mereka berinteraksi dengan imigran Indonesia  yang lain atau  dengan orang Cina yang mungkin mereka temui di pasar atau di kedai runcit orang Cina.

Bahasa Banjar memang mereka ajar atau sosialisasikan kepada anak-anak mereka dalam kehidupan sehari-hari. Jadi sekurang-kurangnya sehingga generasi ketiga orang Banjar di Sabak Bernam  memang boleh berbahasa Banjar dengan fasih dan menggunakan bahasa Banjar dalam interaksi sesama mereka. Berbanding dengan unsur kebudayaan yang lain, ketika itu bahasa Banjar jelas merupakan unsur kebudayaan yang terpenting bagi orang Banjar, kerana ia merupakan salah satu ciri yang menjadi identiti orang Banjar dan yang membezakan orang Banjar daripada imigran Indonesia yang lain.

c) Berkahwin Sesama Banjar

Oleh kerana orang Banjar yang baru berhijrah ke Sabak Bernam    ketika itu tinggal di kampung mereka sendiri, dan kurang berinteraksi dengan suku  lain, sama ada orang Melayu Jati atau imigran lain dari Indonesia,  maka sebagai kesannya,  perkahwinan anak orang  Banjar hanya berlaku dengan  anak orang Banjar juga, dan jarang sekali, kalau ada,  yang melibatkan anak suku lain. Orang Banjar generasi pertama dan kedua khasnya majoritinya memang terlalu jarang yang berkahwin dengan suku lain.

Oleh: Dr. Mohamed Salleh Lamry

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.