fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Surah Luqman (Ayat 13-19): 7 Tips Pendidikan Anak

Pendidikan anak-anak menurut konteks ajaran islam telah lama dipraktikkan melalui Surah Luqman. Proses mentarbiah anak dapat kita lihat menerusi beberapa pesanan Luqman kepada anaknya yang disebutkan dalam kitab suci Al-Qur’an. Siapakah Luqman seorang ayah yang telah mendidik anak lelakinya ?

Al-Imam ibnu Katsir berkata dalam tafsir Ibnu Katsir , “Para ulama’ Salaf berbeza pendapat tentang Luqman, apakah dia seorang Nabi atau seorang hamba yang soleh yang bukan Nabi? Dalam hal ini terdapat dua pendapat dan majoriti berpendapat dengan pendapat kedua (iaitu orang yang soleh)”. Ibnu Jarir berkata bahawa Khalid ar-Rib’i berkata, “Luqman adalah hamba habsyi (ethopia) dan tukang kayu.”

Sebahagian pendapat lagi ada menyatakan bahawa Luqman seorang lelaki berkulit hitam. Sifat dan fizikal Luqman mendapat perhatian oleh Dr. Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi dalam Ma’a Qasas al-Sabiqin Fi al-Qur’an.

Menurutnya, riwayat yang menceritakan asal usul Luqman tidak kukuh, tawaqquf adalah jalan keluar dari masalah ini.

Antara perkara mubhamat (tidak disebutkan secara jelas oleh al-Quran mahupun hadith sahih):

  1. Asal Luqman, nasab beliau, kaum beliau, kabilah beliau. Kita tidak tahu sama ada beliau seorang berketurunan Habsyi atau Arab atau Bani Israil. Kita tidak ketahui nama ayah beliau dan nama datuk beliau. Seperti mana kita tidak ketahui tentang jisim beliau, sifat beliau dan warna kulit beliau.

  2. Zaman Luqman hidup, pemerintah pada zaman beliau, bandar tempat tinggal beliau dan pekerjaan beliau.

  3. Nama anak lelaki yang beliau berikan nasihat dan adakah anak tersebut menerima nasihatnya atau tidak?

  4. Bagaimana pengakhiran hidup beliau dan kematian beliau.

  5. Adakah beliau seorang Nabi atau tidak? Kerana untuk mensabitkan kenabian seseorang yang terdahulu memerlukan kepada dalil sama ada ayat al-Qur’an ataupun hadith, sedangkan di sini kita tidak memiliki dalil. Demikian juga untuk kita nafikan kenabian beliau, tidak boleh secara pasti kita katakan bahawa beliau bukan Nabi kerana ada juga kemungkinan beliau adalah Nabi. Pendapat yang lebih selamat dalam topik ini adalah tawaqquf (tidak memberikan apa-apa pendapat)”.

Siapa pun beliau yang menjadi perbincangan hebat dikalangan ulama’, Luqman ialah seorang ayah yang baik dan soleh. Al-Qur’an justeru merakamkan nasihat-nasihat indah dari Luqman kepada anaknya. Bait-bait nasihat beliau direkod bermula ayat 13 sehinggalah ayat 19. Antara pesan-pesan Luqman kepada anaknya ialah :

 1. Jangan Menyekutukan Allah.

Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”. [Surah Luqman : 13]

2. Berbuat Baik Pada kedua Ibu Bapa.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu”. [Surah Luqman : 14]

3. Tetap melayani keduanya dengan baik ketika didesak mempersekutukan Allah.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian, hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. [Surah Luqman : 15]

4. Tiap-tiap kebaikan atau keburukan sebesar biji sawi Allah akan tetap membalasnya.

“Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau langit atau bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya, Allah Maha Halus, Maha Teliti ”. [Surah Luqman : 16]

5. Mendirikan solat, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, bersabar atas ujian.

Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting”. [Surah Luqman : 17]

6. Jangan Bersikap Sombong.

Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri”. [Surah Luqman : 18]

7. Berjalan perlahan dan rendahkan suara ketika berkata-kata.

“Dan sederhanakanlah dalam berjalan (tidak terlalu cepat tidak terlalu lambat) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya, seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. [Surah Luqman : 19]

Ciri-ciri kepimpinan seorang bapa dinukilkan dalam surah Luqman. Teladan baik dari Al-Qur’an diselitkan agar dicontohi golongan lelaki dan wanita sewaktu mendidik anak-anak beragama, bergaul dan berakhlak mulia. 7 perkara ini wajib dipraktikkan oleh kedua ibu bapa dan diajarkan kepada anak-anak sekalian. Anak-anak menerapkan amalan-amalan mulia yang diturunkan.

Al-Qur’an wahyu dari langit, petunjuk bagi seorang lelaki, seorang ayah yang mengatur kehidupan anak-anak semasa menjadi ketua besar di dunia. Luqman antara lelaki pilihan yang dianugerahkan “hikmah” atau pemahaman, pengetahuan tentang islam dan takwil mimpi dari Allah Subhanahu wa ta’ala.

Firman Allah ta’ala :

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا لُقْمَٰنَ ٱلْحِكْمَةَ أَنِ ٱشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَميدٌ.

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. [Surah Luqman : 12]

Syuhara Suriati

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.