fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

Titip Nasihat Usman Awang Kepada Pelajar

Gambar diambil daripada laman web Yayasan Usman Awang

Sebelum makalah ini dilanjutkan, ingin dikongsikan tentang mengapa saya memilih sosok Usman Awang untuk diceritakan. 

Pertama sekali, pembicaraan mengenai individu ini amat kurang. Sedangkan Usman Awang merupakan sosok yang amat baik untuk diwacanakan, hatta dalam penulisanpun. Baik dari segi pemikiran dalam karya-karya beliau ataupun islah yang beliau perjuangkan, watak ini perlu lebih diperkenalkan kepada masyarakat. Tidak boleh tidak diceritakan kepada generasi kedepan kerana pemikiran, akhlak dan sikap beliau sesungguhnya perlu dibincangkan dan diajarkan kepada mereka. 

Kedua; kalaupun ada yang mengenali Usman Awang, hanyalah sebagai seorang penyair dan pujangga penulis cereka. Adapun gelar yang tinggi sikit diberikan ialah seorang Sasterawan Negara. Tidak salah gelaran itu semua kerana beliau memang hidupnya dihabiskan kearah mengabdi kepada sastera untuk masyarakatnya. Namun, kita harus faham bahawa Usman Awang harus dilihat jauh lebih luas berbanding hanya sekadar itu. Beliau merupakan sang inspirator yang mewujudkan impian dan inspirasi dalam nadi setiap masyarakat yang hidup seiring kehidupannya, bahkan sehingga kehari ini. Tongkat Warrant (nama pena Usman Awang) juga banyak mengkritik tentang masalah-masalah yang mampir ke masyarakatnya. 

Namun, mesej-mesej itu disampaikan oleh beliau melalui puisi-puisi, cerpen-cerpen dan novel-novel. Jadi, tidak salah jika beliau jauh lebih dikenal hanya sebagai seorang penulis. 

25 Mei 1970, lima hari sebelum bonda saya dilahirkan, Usman Awang datang ke London untuk bertemu dengan adik-adik (mungkin anak-anak) yang belajar di Kota Big Ben itu. 

Di Malaysian Hall, Usman bertemu dengan para pelajar Malaysia dan Singapura. Kini, beliau datang bukan untuk membacakan puisi musim bunga (memandangkan waktu itu musim bunga), namun beliau ingin menyampaikan nasihat-nasihat tegas kepada intelek-intelek muda ini; mereka yang akan mengemudi bahtera bangsa kelak. 

Usman menamakan teks yang ditulisnya sendiri itu, “Peranan Intelektual”. Beliau yang hanya bersekolah di sekolah Melayu hingga darjah 6. Jauh sekali jika Usman ingin bandingkan dirinya dengan yang sedang ada dihadapannya, namun hanya jika perbandingan itu terhad pada portfolio semata. Hakikatnya, pemikiran dan idea-idea Usman sudah jauh berkembang, hasil tuaian beliau merentas segenap zaman ke zaman. 

Dalam perkongsian itu, Usman menyenarai keluar empat ciri-ciri seorang cendekiawan.

Pertamacendekiawan perlu sentiasa memperbaharui dengan mengolah pengetahuan dan ilmu yang ada agar sesuai dengan peredaran zaman. Perkara ini perlu untuk mengelakkannya lapuk dan ketinggalan zaman. 

Keduacendekiawan perlu menyumbangkan pengetahuan, ilmu yang dipunyai dan idea-idea yang dikembangkan kepada masyarakat sekelilingnya. Seorang cendekiawan perlu menjadi seperti mana falsafah Habibie: menjadi mata air, memberi manfaat kepada masyarakat sekelilingnya.

Ketigagelaran cendekiawan patut diberikan kepada sesiapa yang menggunakan pengetahuan dan ilmunya itu untuk mencari susur galur kebenaran sesebuah permasalahan dan berusaha setengah mati untuk menegakkannya. 

Keempatcendekiawan patut menegakkan kebenaran yang diketahuinya dengan sepenuh asa yang ada walaupun tahu dengan menegakkannya, dia akan menerima tohmahan dan tekanan yang dahsyat. 

Usman Awang menggariskan itu. Beliau bukan takat bercakap. Beliau sejak waktu muda sehingga zaman tuanya diangkat menjadi pejuang hak asasi dan berteman akrab dengan para pelajar. Suara beliau sudah lama menggelegak hasil jerangan suara-suara masyarakat yang tertindas oleh penjajah serta kemiskinan.

Pesan Usman Awang ini merentas era dan perubahan, tidak terhenti hanya di dalam Malaysian Hall ketika itu sahaja. Pelajar-pelajar yang sedang ada di universiti sekarang ini (ataupun yang sudah balik kampung kerana PKP), jadikan nasihat-nasihat ini sebagai pedoman untuk kita. Juga kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, rendah mahupun tadika juga perlu faham nasihat-nasihat ini. 

Usman Awang juga berpesan,

kita tidak perlu jadi pemimpin untuk merubah masyarakat. Boleh jadi, sesudah bergelar pemimpin, dilupa orang-orang di kampung. Cukup jadi mata, lidah, telinga dan tangan masyarakat kerana untuk merubah masyarakat itu bukan kerana pemimpin, melainkan keinginan masyarakat itu sendiri yang ingin berubah. 

(Terima kasih kepada Dr Muhaimin Sulam atas karangan buku “Akar Bangsa: Budaya, Naratif dan Identiti” yang menjumpakan saya kepada nasihat-nasihat Usman Awang ini. Saya berharap dapat bertemu di kemudian hari).

-Naiem Zikri

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.