fbpx
Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM199
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

UTAMA
JT & JIWA
CARI
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Continue shopping
TROLI

US Airways 1549 : Keajaiban di Hudson.

Peristiwa bersejarah 15 Januari 2009, pesawat US Airways 1549 telah berjaya melakukan pendaratan kecemasan di Sungai Hudson, New York tanpa melibatkan sebarang kematian jiwa. Pakar penyiasatan kemalangan udara menyebut peristiwa ini sebagai suatu keajaiban di Hudson. Namun, secara saintifiknya kejayaan pendaratan ini adalah sesuatu yang asasnya berkait dengan sistem penerbangan. Ia boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu teknologi pesawat, krew US Airways 1549, pengawal trafik udara dan kelancaran situasi (luck). Berita kejayaan ini telah tersebar ke seluruh pelosok dunia, sekaligus melonjakkan nama Kapten Chesley Sullenberger atau lebih mesra dipanggil dengan Kapten Sully. Beliau yang berusia 58 tahun merupakan seorang pakar juruterbang yang berpengalaman dan  telah merekodkan waktu penerbangan selama 19,663 jam sepanjang kariernya. Peristiwa ini juga telah diangkat ke layar filem iaitu “Sully.” Pesawat Airbus A320 yang membawa seramai 150 orang penumpang dan 5 krew dijadualkan melakukan penerbangan domestik dari New York menuju ke Charlotte, North Carolina, Amerika Syarikat. 

Laporan akhbar The New York Times yang memetik berita mengenai pendaratan kecemasan US Airways 1549.

Dua minit setelah berlepas, pesawat mengalami kegagalan enjin setelah sekumpulan burung terbang secara lawan arus ke arah pesawat berkenaan (bird strikes). Enjin pesawat yang menyedut burung Angsa Kanada yang bersaiz agak besar telah menyebabkan hilangnya daya tujah (thrust) dalam enjin pesawat US AirwaysTerdapat empat daya yang bertindak untuk menerbangkan sesebuah pesawat iaitu daya tujah (thrust), daya seret (drag), daya angkat (lift) dan daya berat (weight). Daya tujah ialah daya yang dihasilkan oleh enjin yang mendorong pesawat untuk terbang bergerak ke hadapan. Semakin kuat dorongan sesuatu enjin, semakin laju pesawat terbang ke hadapan. Menyedari kehilangan daya tujah kedua-dua enjin, Kapten Sully mengambil alih menerbangkan pesawat menggunakan teknik peluncuran (glider) dan melakukan pendaratan kecemasan di Sungai Hudson.

Empat daya yang bertindak menerbangkan sesebuah pesawat. Pada paksi mengufuk (horizontal), terdapat daya tujah (thrust) dan daya seret (drag). Paksi menegak (vertical) pula terdapat daya angkat (lift) dan daya berat (weight).

Pendaratan atas air (water landing) merupakan satu bentuk pendaratan kecemasan yang  dilakukan oleh krew apabila pesawat menghadapi sesuatu masalah dan tidak berupaya untuk mendarat di landasan kapal terbang. Pendaratan atas air adalah sesuatu yang normal bagi pesawat amfibia (amphibious aircraft/seaplane) yang boleh mendarat di kedua-dua permukaan tanah dan air, namun pesawat komersial seperti Boeing dan Airbus tidak direka khusus untuk mendarat di permukaan air. Walaupun pesawat Airbus misalnya dilengkapi dengan “ditch button,” bot dan jaket keselamatan untuk mendarat di air, ia adalah sangat berbahaya dan berisiko tinggi. Menurut laporan penerbangan 60 tahun lepas, sebanyak 19 buah pesawat komersial telah melakukan pendaratan atas air, namun hanya beberapa pesawat sahaja yang berjaya.

 

Laluan US Airways 1549 selepas bertolak dari Lapangan Terbang LaGuardia, New York.

US Airways yang mendarat di Sungai Hudson berbanding di atas permukaan laut dianggap sebagai keajaiban. Ianya adalah suatu kebetulan apabila jarak terdekat untuk pesawat mendarat ialah sungai berbanding laut. Hal ini kerana pendaratan di atas permukaan laut adalah berbahaya kerana ombak yang kuat bergelora. Malah, keadaan cuaca yang cerah pada hari kejadian memberi penglihatan yang baik kepada krew. Namun, kejayaan ini bukan keajaiban semata-mata tetapi ia berkait dengan sistem penerbangan itu sendiri. Melalui teknologi pesawat, Airbus A320 dapat dikendalikan dengan altitud dan kelajuan yang sesuai melalui teknik peluncuran (glider) tanpa enjin oleh Kapten Sully. Pesawat ini juga berupaya untuk terapung di Hudson dalam tempoh yang agak lama sehingga proses memindahkan penumpang dan krew dari pesawat selamat dilakukan. A320 turut dilengkapi dengan “ditch button” iaitu butang khusus yang berfungsi menutup aliran air memasuki pesawat (walaupun ‘ditch button’ tidak digunakan dalam insiden ini). 

Watak utama dalam insiden ini iaitu Kapten Sully adalah seorang krew yang sangat mahir, berpengalaman dan profesional. Perkara ini dilihat ketika beliau tenang mengendalikan situasi apabila kehilangan kuasa kedua-dua enjin. Beliau telah membuat keputusan yang betul untuk mendarat di Hudson berbanding lapangan terbang berhampiran iaitu Teterboro atau LaGuardia kerana meyakini pesawat tidak mampu untuk sampai ke lapangan terbang disebabkan kegagalan enjin. Hal ini mengelakkan dari terjadinya suatu tragedi. Sifat tanggungjawab beliau sebagai ketua juga terserlah apabila memastikan kesemua penumpang dan krew dipindahkan ke dalam bot penyelamat dengan segera. Tambahan juga, teknik peluncuran (glider) yang digunakan oleh beliau tanpa daya tujah kedua-dua enjin adalah suatu kemahiran yang baik sehingga pesawat selamat mendarat. Namun, apa yang lebih penting ialah kerjasama beliau bersama pembantu juruterbang, Jeffrey Skiles dalam mengendalikan pesawat sehingga selamat mendarat. Pengawal trafik udara dari Pusat Terminal Radar New York, Patrick Harten juga telah melakukan tugasnya dengan baik ketika kejadian. Melalui komunikasi beliau dengan Kapten Sully, Harten dilihat tenang dan bertindak dengan responsif. 

Dari kiri : Kapt. Chesley Sullenberger. Tengah : Pembantu Juruterbang Jeffrey Skiles. Kanan : Pengawal Trafik Udara, Patrick Harten.

Peristiwa ini telah diiktiraf oleh National Transportation Safety Board sebagai pendaratan atas air yang paling berjaya dalam sejarah penerbangan. Malah, kesemua krew yang terlibat telah dianugerahkan medal atas pencapaian mereka. Peristiwa ini perlu dijadikan contoh sebagai lambang kerjasama semua pihak demi satu tujuan iaitu keselamatan penumpang dan krew. Apa yang boleh dipelajari melalui peristiwa ini ialah seseorang itu adalah seorang ‘hero’ apabila dia dapat melakukan tugasnya dengan baik walau apa jua jenis pekerjaan dan komitmennya. Pesawat US Airways kini telah disimpan di Carolinas Aviation Museum, Charlotte, North Carolina.

 

Pengulas,

Nur Amal Fatinah
Pembantu Eksekutif,
Lembaga Zakat Negeri Kedah.

 


Rujukan :

  1. Paries, J. (2009). Lessons from the Hudson. From the Briefing Room, 26-28.
  2. Sewell, M. (2011). US Airways 1549 : Forced Landing on Hudson River. Safety Culture Communicator. United States Regulatory Commisions. 1-2.
  3. National Transportation Safety Board. (2010). Loss of Thrust in Both Engines After Encountering a Flock of Birds and Subsequent Ditching on the Hudson River US Airways 1549. Aircraft Accident Report. Washington, DC.
  4. International College of Yayasan Melaka Di Sebalik Awan. Bagaimana Kapal Terbang Boleh Terbang. Dicapai pada 24 Jun 2020, dari http://www.icym.edu.my/v13/about-us/our-news/bulletin/290-di-sebalik-awan-bagaimana-kapal-terbang-boleh-terbang.html

    Leave a Reply

    Kenapa anda perlu membeli dengan kami?

    PENGHANTARAN PANTAS
    Tempahan anda akan diproses pada hari yang sama jika dibuat sebelum tengah hari.
    BUKU TERBAIK & BERKUALITI
    Buku-buku terbitan kami hanyalah yang terbaik dan berkualiti. Disaring mengikut keperluan semasa.
    PEMBAYARAN SELAMAT 100%
    Pembayaran boleh dibuat secara FPX / MasterCard / Visa melalui pelbagai jenis bank.

    Mari sertai komuniti buku kami agar anda tidak terlepas peluang info terkini.

    Selamat datang ke Kafe Buku Paling Sempurna, JEJAK BUKU & KOPI.

    Kombinasi sempurna antara rasa kopi dan pastri yang lazat dengan ratusan judul buku pelbagai genre.

    Nikmati WiFi percuma dan ruang duduk yang selesa untuk anda bersantai bersama keluarga atau menyiapkan tugasan di sini.

    Jemput datang ke JEJAK BUKU & KOPI di Bandar Puteri Bangi.

    Inginkan ruang khas ?

    Co-working space   l   Seminar   l   Kelas   l   Wacana   l   dan lain-lain ?

    Bintang Tanpa Nama.

    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang – dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.

    Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.

    Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat – kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.

    Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.